Majlis Penyerahan Satu (1) Set Jambatan Keluli Bermodular kepada Kerajaan Sarawak
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
MAJLIS PENYERAHAN SATU (1) SET JAMBATAN KELULI BERMODULAR KEPADA KERAJAAN SARAWAK | 11 Januari 2025 | Miri, Sarawak
Telah selesai satu Majlis Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) kepada Kerajaan Sarawak yang diadakan di JKR Bekenu, Miri, Sarawak. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan YB Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek).
Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengukuhkan kerjasama antara NADMA dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melalui penyerahan rasmi aset strategik bagi tujuan pengurusan bencana. Selain itu, ia juga untuk menyokong usaha memperkukuhkan kesiapsiagaan logistik bencana di negeri Sarawak, khususnya di kawasan pedalaman yang sering berdepan gangguan infrastruktur akibat bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
Kesemua Jambatan Keluli Bermodular ini telah diagihkan ke negeri-negeri yang mempunyai keperluan tinggi, iaitu sebanyak satu (1) unit untuk PBN Kelantan, tiga (3) unit untuk JPBN Sabah dan satu (1) unit untuk JPBN Sarawak. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha NADMA dalam memastikan kesiapsiagaan logistik bencana di negeri-negeri yang sering terjejas akibat bencana berada pada tahap optimum.
Sesi Perbincangan Teknikal bagi Proses Integrasi Data Cerapan Imej Satelit Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
9 Januari 2025 - Telah berlangsung Sesi Perbincangan Teknikal bagi Proses Integrasi Data Cerapan Imej Satelit Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Flood Risk Assessment and Maping System (MyFloodRAS) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk digunakan oleh pihak NADMA bagi melakukan penilaian awal kerosakan akibat bencana banjir.
8 Januari 2025 - Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menganjurkan Program Penyesuaian JUPEM T28/2022 dan JUPEM RT1/2023. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan perolehan perkhidmatan langganan imej satelit Orthorectified Raster Data berketepatan tinggi dan berkekerapan tinggi yang diperoleh melalui platform SecureWatch dan Planet Explorer.
Program ini bertindak sebagai medium strategik untuk memberi maklumat terkini serta meningkatkan kefahaman peserta mengenai fungsi dan keupayaan kedua-dua platform tersebut. Antara peserta utama adalah wakil daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi-agensi keselamatan negara dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana negara.
Selain itu, program ini juga bertujuan membantu agensi-agensi berkaitan dalam memperoleh input dan idea yang relevan bagi menyokong proses perancangan keperluan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Program ini turut disertai oleh En. Mohd Syafiq bin Ahmad Dusuki, Penolong Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Sesi Perbincangan Antara Pihak Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC) dengan NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
6 Januari 2025 - Telah berlangsung sesi perbincangan antara pihak Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia – Japan International Institute of Technology (MJIIT) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA yang bertujuan untuk membincangkan mengenai kerjasama teknikal antarabangsa dalam bidang pengurusan dan pengurangan risiko bencana di Malaysia. Antara lain, bagi membincangkan syor pengukuhan kerjasama peringkat antarabangsa dalam bidang pengurusan risiko bencana dan daya tahan bersama negara Taiwan, Rwanda dan Jepun.
Perbincangan ini telah dihadiri oleh Dr. Khamarrul Azahari Razak, Pengarah DPPC, MJIIT, UTM; YBhg. Dato’ Zakaria Mohamd, Adjunct Professor UTM & Pengerusi Geo – Resilience; Prof Dr Azlan Adnan, Penyelidik DPPC UTM; Dr. Norhafifi Ismail, Penyelidik DPPC MJIIT; Dr. Fitri Yakub, Full member of DPPC (MJIIT, UTM), Dr. Nurul Zainab Along, Full member of DPPC (MJIIT, UTM) dan Encik Roslan Ghani, DPPC Associate Member / Pengerusi Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM).
Turut hadir ke sesi perbincangan ini adalah pegawai-pegawai kanan Seksyen Dasar dan Perancangan, Seksyen Mitigasi dan Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial NADMA.
Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
3 Januari 2025 - Pengurusan tertinggi dan warga NADMA telah menghadiri ke Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari Tahun 2025 di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya.