PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

MESYUARAT PENYELARASAN PENEMPATAN SATU (1) SET JAMBATAN KELULI BERMODULAR (BAILEY BRIDGE) NADMA DI NEGERI SARAWAK | 5 Disember 2024
 
Telah berlangsung Mesyuarat penyalarasan bagi penempatan satu (1) set Jambatan Bailey NADMA di negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Gerawat Gala merangkap Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sarawak.
 
Turut hadir YBrs. Encik Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah Dasar NADMA, Encik Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA, wakil pihak SUK Sarawak dan wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.
 
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk penyelarasan atur gerak serta penempatan satu (1) set Jambatan Bailey di JKR Miri, Sarawak. Selain itu, pelaksanaan lawatan tapak telah diadakan di Bekenu Depot JKR Miri bagi tujuan melihat keadaan dan tahap kesiapsiagaan tapak untuk penerimaan 12 unit kontena Jambatan Bailey yang akan dijangka tiba sekitar bulan Januari 2025.
Previous Next

MAJLIS PENGUMPULAN DANA IHSAN MADANI KEPADA MANGSA BANJIR | 4 Disember 2024 | Dewan Protokol, Kompleks Seri Perdana
 
Telah berlangsung Majlis Pengumpulan Dana Ihsan Madani Kepada Mangsa Banjir yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.
 
Majlis ini merupakan inisiatif kerajaan bagi pengumpulan dana untuk meringankan beban mangsa yang terkesan dengan banjir yang telah mencecah seramai 150,000 orang mangsa. Sumbangan dana ini merupakan sumbangan daripada pelbagai syarikat korporat dan orang kenamaan yang akan disalurkan kepada mangsa banjir.
 
Kesemua dana ini akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk disalurkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
 
Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan Ketua Pengarah dari pelbagai Agensi Tindak Balas.
Previous Next

Mesyuarat Khas Penyelarasan Pengurusan Bencana Banjir | 4 Disember 2024 | Bilik Mesyuarat Pasukan SMART
 
Telah berlangsung Mesyuarat Khas Penyelarasan Pengurusan Bencana Banjir yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA, Ketua-Ketua Jabatan, Wakil Pejabat YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri 1, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA dan Pengarah-Pengarah Seksyen NADMA.
 
Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemaskini situasi banjir semasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana. Maklumat ini penting dalam membuat perancangan keperluan atur gerak Skuad Ihsan MADANI bagi membantu kerja-kerja pasca bencana di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana.
 
YBhg. Tan Sri KSN juga menyampaikan pesanan agar jentera kerajaan giat menguar-uarkan usaha pengoperasian bencana yang telah dilaksanakan di lapangan untuk pengetahuan masyarakat, sekaligus memberi imej yang baik kepada kerajaan. Mesyuarat ini diakhiri dengan tinjauan beliau dan ahli mesyuarat ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
Previous Next

3 Disember 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Skuad Ihsan Madani telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). YBrs. En Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA telah hadir selaku wakil Sekretariat Pengurusan Bencana Pusat dan membentangkan laporan semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 serta fokus utama MTL ketika ini.
 
Mesyuarat juga mengambil maklum akan keperluan koordinasi pergerakan sukarelawan terutama bagi bantuan pasca bencana. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selaku sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri sepertimana tahun lepas, akan menjadi focal point untuk mengaturgerak Sukarelawan Skuad Ihsan Madani mengikut keperluan di lapangan. Mesyuarat turut diingatkan agar sukarelawan memastikan keperluan kendiri disediakan terlebih dahulu seperti makanan, penginapan, logistik dan alatan bantuan sebelum turun ke lapangan dan mematuhi arahan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Negeri yang terkesan.
 
Sesi flag-off sukarelawan Skuad Ihsan Madani akan dimaklumkan oleh APM dan segala peruntukan gerak kerja sukarelawan adalah di bawah peruntukan jabatan masing-masing. Selain itu, wakil NADMA turut meninjau UniKL Sepang yang menawarkan hangar bay untuk dijadikan staging area jika ada keperluan untuk pengumpulan sumbangan serta sukarelawan Unikl bagi misi MTL 2024/2025. Seterusnya, wakil NADMA juga turut meninjau koordinasi Rakan NADMA bagi urusan penghantaran barang-barang bantuan ke kawasan terjejas.
Previous Next

3 Disember 2024 - YBhg. DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA telah bersiaran di Radio THR Gegar pada pagi ini untuk memberikan penjelasan berkenaan topik “Peranan NADMA dalam Menguruskan Bencana Banjir”.
 
Perkongsian informasi yang jelas ini dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang tindakan kerajaan dalam aktiviti operasi menyelamat dan pengurusan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
 
Sentiasa dapatkan maklumat yang sahih dan tepat melalui Portal NADMA.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search