PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sesi Taklimat dan Lawatan Fizikal ke atas Barangan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana daripada Kerajaan Pakistan yang ditempatkan di Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) | 14 Februari 2025
 
Telah berlangsung sesi taklimat dan lawatan fizikal ke atas barangan bantuan kemanusiaan dan bencana daripada Kerajaan Pakistan yang ditempatkan di gudang A dan D, DTBKN pada 9 dan 13 Disember 2024 yang lalu. Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Pegawai Seksyen Logistik NADMA serta wakil daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi mengenal pasti kesesuaian serta kapasiti ruang penyimpanan di Depoh Simpanan Keperluan Bencana JKM Negeri serta Stor APM Negeri bagi penempatan barangan bantuan kemanusiaan dan bencana daripada Kerajaan Pakistan kelak. Antara bantuan barangan keperluan yang diberikan adalah termasuk family tent, beg tidur, selimut, quilt, tikar dan jaket keselamatan. Bantuan kemanusiaan dan bencana daripada Kerajaan Pakistan ini merupakan tanda sokongan dan solidariti kepada Malaysia semasa bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL).
Previous Next

Mesyuarat dan Lawatan Tapak ke Gunung Jerai berkenaan Integrasi Maklumat Early Warning System | 13 Februari 2025 | Pejabat Daerah & Tanah Yan, Gunung Jerai, Kedah
 
Telah berlangsung mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA. Untuk makluman, NADMA kini dalam fasa penyelarasan bagi mendapatkan input dan cadangan untuk mengintegrasikan sistem amaran awal (Early Warning System- EWS) dengan sistem amaran awam (Public Warning System- PWS) di Malaysia.
 
Selain itu, mesyuarat dan lawatan tapak ini adalah untuk membincangkan keperluan bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan sistem amaran yang dibangunkan sebagai usaha dalam memberikan maklumat dan ramalan yang tepat serta berkesan kepada masyarakat agar impak kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat diminimakan.
Previous Next

Latihan Secara Hands-On Penggunaan Admin Console Athoc bersama pihak Blackberry | 12 Februari 2025 | Bilik Mesyuarat Oval, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
 
Telah berlangsung sesi latihan penggunaan Admin Console Athoc bersama pihak Blackberry yang melibatkan pegawai-pegawai NADMA. Antara tujuan utama latihan ini dilaksanakan adalah untuk menyelaraskan pengurusan penghantaran amaran bencana, koordinasi dan pematuhan peraturan semasa kecemasan serta pengurusan bencana.
Previous Next

10 Februari 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Sumbangan Barangan Bantuan dari GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) kepada mangsa bencana di daerah Miri, Kuching dan Bintulu.
 
Pihak GDRN akan menyumbang sebanyak 5,000 kit keperluan untuk keluarga seberat 47 tan dan bernilai RM 1.24 juta. Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima satu (1) kotak barang bantuan yang terdiri daripada:
 
• 1 Cerek elektrik
• 1 Periuk nasi
• 2 Selimut
• 2 Tuala
• 2 kain sarong
• Beserta 1 toto (Narita)
 
Kit sumbangan tersebut akan di hantar ke Kuching, Sarawak (2 trip) melalui pesawat MASKargo.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search