PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Kunjungan Hormat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) | 5 Mac 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan tugas Ketua Penolong Pengarah (Krisis dan Bencana) di bawah Jabatan KDNKA dalam memperkukuh pengurusan bencana dan kesiapsiagaan keselamatan negara. Pewujudan jawatan ini berperanan untuk mengkoordinasikan tindakan kecemasan, penyelamatan dan pengurusan keselamatan semasa bencana. Ini penting bagi memastikan kelancaran operasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani bencana alam atau krisis.
 
Antara perkara yang dibincangkan semasa sesi kunjungan hormat ini adalah cadangan supaya diadakan lebih banyak Tabletop Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) untuk melatih Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Negeri selaku Komander Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan lain-lain latihan berkaitan untuk memperkasa peranan PDRM dalam pengurusan bencana.
 
Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi. Delegasi Jabatan KDNKA diketuai oleh YDH SAC Pahruradzi bin Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Krisis dan Bencana serta diiringi enam (6) orang pegawai dari Jabatan KDNKA dan Maktab Polis Diraja Malaysia.
Previous Next

Sesi Pembentangan Sistem Disaster Now oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) | 5 Mac 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Telah berlangsung sesi pembentangan mengenai Sistem Disaster Now oleh Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kepada NADMA.
 
Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk membolehkan rakyat melaporkan bencana secara atas talian, memberikan notifikasi segera, menyediakan peta lokasi bencana, menghubungkan komuniti dan organisasi, serta menjadi platform utama bagi rakyat untuk mendapatkan maklumat dan sokongan semasa bencana.
 
Sesi perbentangan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), serta pengarah-pengarah dan wakil-wakil daripada pelbagai seksyen.
Previous Next

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara atas Ketua Pengarah NADMA | 4 Mac 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Telah berlangsung sesi Kunjungan Hormat Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) atas YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA. Turut hadir mengiringi Ketua Pengarah LKTN ialah Puan Tan Eng Nee dan Encik Abdul Hadi Hassan.
 
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan bagi memperkenalkan produk tilam berasaskan fiber kenaf yang dicadangkan untuk kegunaan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). LKTN turut mengadakan pembentangan berhubung penghasilan lain-lain produk berasaskan kenaf termasuk untuk kegunaan sektor pembinaan, penerbangan, perabot dan biodegradable utensils. Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Pengarah Seksyen Logistik dan Ketua Penolong Pengarah Seksyen Logistik NADMA.
Previous Next

Sesi Bengkel Tadbir Urus Perkhidmatan Digital Kerajaan bersama agensi di bawah Sektor Keselamatan | 27 & 28 Februari 2025 | Dewan Bankuet, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
 
Telah berlangsung satu sesi Bengkel Libat Urus Perkhidmatan Digital Kerajaan Sektor Keselamatan yang bertujuan untuk memberi pencerahan dan pengetahuan menyeluruh kepada semua wakil agensi mengenai inisiatif pendigitalan melalui pendekatan Whole-of-Government (WoG), seterusnya mencadangkan dan menyelaras aktiviti di bawah Sektor Keselamatan.
 
Kementerian Digital (KD) dan Jabatan Digital Negara (JDN) telah dibentuk untuk memperkasakan inisiatif pendigitalan melalui konsep Government Technology atau GovTech dengan hasrat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, cekap dan berkesan kepada rakyat. Pelaksanaan inisiatif pendigitalan mengikut pendekatan WoG, perancangan dan pelaksanaan projek pendigitalan kerajaan bermula tahun 2025 perlu dirancang secara bersepadu bagi memastikan semua kementerian dan agensi memahami hasrat dan kepentingan pelaksanaan inisiatif pendigitalan secara pendekatan WoG ini.
 
Wakil NADMA yang telah hadir dalam menyumbang idea untuk menyempurnakan templat domain perkhidmatan bagi ekosistem sektor pengurusan bencana ialah Puan Norbazliah binti Ibrahim dan Encik Mohd Izzamuddin bin Nadin sebagai SME, manakala Ts. Abrar Noor Akramin bin Kamarudin sebagai Pengurus ICT. Wakil dari agensi-agensi lain yang turut sama terlibat pada sesi ini adalah dari KKM, KDN, ATM, APMM, APM, ESSCOM, RELA, PDRM, JBPM, MKN, NACSA, CGSO dan JIM. Hasil draf bengkel ini akan dimurnikan oleh pihak JDN sebelum diangkat ke MKN bagi memuktamadkan dokumen blueprint projek pendigitalan sektor keselamatan sebagai sebahagian daripada pendekatan WoG.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search