PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Status aktiviti Gunung Lewotobi Laki-Laki dinaikkan ke tahap IV

Status aktiviti Gunung Lewotobi Laki-Laki dinaikkan ke tahap IV

INDONESIA: Status aktiviti Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores dinaikkan kepada tahap IV susulan peningkatan aktiviti yang dikesan oleh kakitangan Pos Pemantauan Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) berhampiran gunung itu.

Menurut pemantauan yang dijalankan antara 5 hingga 13 Januari, debu dan asap tebal setinggi 50 hingga 1,500 meter direkodkan.

Status menunjukkan aktiviti gunung itu mencapai fasa kritikal dengan berpotensi menghasilkan letupan yang lebih besar.

Ia juga seiring dengan peningkatan gegaran yang direkodkan di kawasan sekitar kawasan gunung itu serta rekahan yang terbentuk di sisi barat laut puncak gunung.

Menurut laporan Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB), keadaan ini jelas menunjukkan aliran magma dan tekanan di dalam gunung berapi yang semakin meningkat.

Penduduk pada masa sama diingatkan agar sentiasa waspada dan mengelakkan sebarang aktiviti dalam zon bahaya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. – BNPB

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search