KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan DYTM Raja Muda Selangor telah mencemar duli ke PPS di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Ketua Setiausaha Negara telah mengadakan lawatan ke PPS di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Pasukan SMART berlepas ke Myanmar
Home Base Support Operasi Gempa Bumi Myanmar | 28 Mac 2025 | Markas Pasukan SMART, Pulau Meranti, Puchong
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 telah berada dalam keadaan bersiap sedia untuk diatur gerak bagi operasi mencari dan menyelamat di Myanmar. Semua peralatan penyelamatan untuk kegunaan operasi USAR siap sedia untuk dibawa. Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah melaksanakan koordinasi home support bagi atur gerak pasukan SMART. Turut hadir bagi memantau gerak kerja ialah YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi.
INSARAG Steering Group Meeting | 23 hingga 28 Mac 2025 | Geneva
Telah berlangsung Mesyuarat INSARAG Steering Group yang dianjurkan oleh INSARAG, UNOCHA. Seramai 142 orang wakil dari 18 buah negara serta NGO hadir ke mesyuarat ini, manakala 40 buah negara lagi menyertai secara online. Delegasi Malaysia terdiri daripada Encik Muhammad Ridzuan bin Zawawi, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA; PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Encik Rosli bin Shaari, Pegawai Penempatan Khas NADMA.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk meraikan Tahun Ke-20 IEC/R INSARAG dan Tahun Ke-10 inisiatif EMT WHO, sesi ini memberikan fokus kepada transformasi serta jaminan kualiti dalam tindak balas kemanusiaan. Melalui sesi ini, delegasi telah membincangkan halatuju dan sumbangan kolektif INSARAG dan EMT. Perbincangan panel memfokuskan penyertaan pasukan yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk sistem ini.
Wakil negara telah berkongsi pengalaman dan pandangan tentang proses jaminan kualiti dan menjelaskan cabaran seperti kemampanan, permintaan sumber serta cadangan resolusi mengekalkan momentum dalam rangka kerja yang kebanyakannya didorong oleh kesukarelawanan. Sesi ini juga membincangkan penambahbaikan serta sumbangan oleh INSARAG dan EMT kepada komuniti yang terjejas bencana melalui sistem yang lebih efisien dan cekap.