PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Humanitarian Leadership Course | 22 hingga 24 April 2025 | Mercure Living, Putrajaya
 
Telah berlangsung Humanitarian Leadership Course yang dianjurkan oleh Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) dengan kerjasama Mercy Centre of Humanitarian Development (MCHD). Kursus ini telah dihadiri oleh 21 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Wakil daripada NADMA yang turut serta ialah Mej. Wazirudin bin Mahfot dan Puan Nur Jumatul Asyikin binti Junaidi.
 
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dalam konteks kemanusiaan serta melengkapkan kemahiran dan keupayaan kepimpinan dalam menguruskan pasukan dan sumber, membuat keputusan di bawah tekanan, membuat perancangan strategik dan kerjasama berpasukan.
 
Upacara pembukaan telah dirasmikan oleh YM Datin Raja Riza Shazmin Raja Badrul Shah, Chief Executive Officer of MCHD. Manakala upacara penutup telah dirasmikan oleh Dato’ Agus Salim bin Yusof, Pengarah Pusat Kepimpinan Perundingan dan Diplomasi Awam, IDFR.
Previous Next

The Second Meeting of ICT Advisory Group on Disaster Management and Related Events | 23 & 24 April 2025 | Kuala Lumpur
 
Telah berlangsung The Second Meeting of ICT Advisory Group on Disaster Management and Related Events anjuran AHA Centre. Wakil NADMA yang turut hadir dalam program ini ialah Puan Murni binti Mat Amin (Seksyen Logistik), Encik Ts Abrar Noor Akramin bin Kamarudin (Seksyen ICT) serta pembantu urus setia, iaitu. Puan Norhaslina binti Mohd Zan (Seksyen Logistik) dan Encik Muhammad Alif Irfan bin Abdul Nafii (Seksyen Logistik).
 
Puan Murni turut membentangkan satu kertas yang bertajuk ”Strengthening Emergency Telecommunication for Disaster Management: NADMA Strategies”. Beberapa kertas lain turut dibentangkan oleh pelbagai pihak luar negara yang memberi fokus kepada ASEAN Emergency Telecommunication Network (ETN) dan The Disaster Emergency Logistics System for ASEAN (DELSA). Ia disusuli dengan sesi perbincangan kumpulan bagi mendapatkan input dan maklumbalas dari semua negara berhubung inisiatif ETN dan DELSA. Kedua-dua inisiatif ini merupakan strategi AHA Centre bagi menambahbaik pengurusan bencana di rantau ASEAN.
Previous Next

24 April 2025 - Telah berlangsung lawatan Encik Bambang Surya Putra dari Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Puan Norbazliah binti Ibrahim telah menyampaikan sesi taklimat mengenai peranan dan fungsi NDCC serta sistem yang digunakan kepada beliau semasa lawatan ini berlangsung.

Previous Next

Mesyuarat Rakan NADMA: Post Mortem Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 dan Bengkel Jawatankuasa Kerja Rakan NADMA | 22 April 2025 | Dewan Perdana, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kuala Lumpur

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pasca Bencana NADMA dan telah menghimpunkan penyertaan seramai 130 orang (52 NGO serta wakil-wakil daripada agensi kerajaan, institusi akademik dan badan korporat).

Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk mengenalpasti cabaran dan ruang penambahbaikan terhadap aturgerak NGO Rakan NADMA dan Rakan NADMA Akademia pada MTL 2024/2025 yang lepas. Antara fokus mesyuarat termasuklah penilaian keberkesanan penyelarasan operasi bantuan NGO, pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI).

Sesi sebelah petang pula diteruskan dengan Bengkel Jawatankuasa Kerja Rakan NADMA yang turut dihadiri oleh YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan, Bulan Sabit Merah Malaysia yang turut mendengar hasil dapatan mesyuarat dan bengkel.

Usaha ini juga akan menyumbang kepada usaha memperkemas mekanisme koordinasi, memperkukuh sistem amaran awal serta memantapkan jaringan kerjasama antara semua rakan strategik NADMA. Mesyuarat ini telah menzahirkan komitmen berterusan NADMA dan seluruh rakan strategik dalam mempertingkat daya tindak bencana negara secara menyeluruh, inklusif dan berdaya tahan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search