PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Mesyuarat Penyelarasan Semakan Garis Panduan Sedia Ada bagi Mengatasi Banjir Kilat Akibat Projek Pembangunan | 15 April 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Semakan Garis Panduan Sedia Ada bagi mengatasi banjir kilat akibat projek pembangunan yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA. Seperti yang kita tahu, banjir kilat semakin kerap berlaku khususnya di kawasan bandar atau sub-bandar yang pesat membangun. Kajian mendapati projek pembangunan infrastruktur dan perumahan sering menjadi penyumbang kepada perubahan guna tanah, kehilangan kawasan tadahan hujan dan sistem saliran yang tidak mencukupi.
 
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyemak dan menilai keberkesanan garis panduan sedia ada yang diguna pakai dalam mengawal dan mengurus risiko banjir kilat yang berpunca daripada aktiviti pembangunan. Ia juga bertujuan untuk mengkoordinasi tindakan antara pelbagai agensi teknikal seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, PLANMalaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain.
 
Turut hadir wakil daripada NADMA yang terdiri dari Seksyen Penyelarasan Operasi, Seksyen Pelaksanaan Operasi dan Seksyen Teknikal & Infrastruktur. Agensi lain yang turut hadir adalah PLANMalaysia, JKR, JPS CIDB serta JKT.
Previous Next

Kunjungan Hormat NADMA kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan | 14 April 2025 | Kota Bharu, Kelantan
 
Delegasi NADMA yang diketuai oleh YBrs. Tuan Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) telah membuat kunjungan hormat kepada YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
 
Delegasi NADMA turut disertai oleh Encik Jefny Bin Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS); Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan; Encik Ir. Haji Hanizan Bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi serta pegawai-pegawai kanan dari Seksyen Teknikal dan Infrastruktur dan SPKS.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan bagi bertukar-tukar pandangan mengenai pengurusan bencana negeri Kelantan khususnya susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 yang baru berakhir. NADMA juga telah mengadakan sesi libat urus bersama kerajaan Negeri Kelantan selepas kunjungan hormat tersebut.
Previous Next

11 April 2025 - Telah berlangsung lawatan peserta The Malaysia-US Collaboration Workshop on Civil-Millitary Coordination in Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Logistics di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Encik Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah NDCC telah menyampaikan sesi taklimat mengenai peranan dan fungsi NDCC serta sistem yang digunakan kepada peserta lawatan ini.

Previous Next

AIM-Net Training Course 2 | 5 hingga 11 April 2025 | Da Nang, Viet Nam
 
Pihak ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) selaku Sekretariat AHA Centre Information Management Network (AIM-Net) telah menjemput tiga (3) orang pegawai NADMA untuk menghadiri AIM-Net Training Course 2.
 
Delegasi NADMA terdiri daripada Encik Mohd Firdaus bin Jahaya, Penolong Pengarah Kanan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC); Encik Mohd Syafiq bin Ahmad Dusuki, Penolong Pengarah NDCC dan Encik Mohamad Faiz Farhan bin Ahmad Fauzan, Penolong Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat (ICT).
 
Latihan ini merupakan inisiatif peringkat ASEAN yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti agensi pengurusan bencana negara-negara ASEAN, khususnya dalam aspek pengurusan maklumat dan pelaporan bencana yang boleh dimanfaatkan di negara masing-masing. Pengurusan bencana dan tindak balas kecemasan yang berkesan dan cekap amat bergantung kepada data dan maklumat yang berkualiti, boleh diakses dan tersedia sepanjang kitaran pengurusan kecemasan.
 
Selaras dengan AIM-Net Training Roadmap dan AIM-Net Workplan 2025, latihan kali ini memberi tumpuan kepada Advanced Geospatial Analysis dan Introduction to Artificial Intelligence (AI) and Big Data. Penyertaan ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan perkongsian pengalaman dalam kalangan pegawai NADMA bagi menyokong usaha mempertingkatkan pengurusan maklumat bencana di peringkat nasional dan serantau.
Previous Next

Kursus INSARAG Coordination and Management System (ICMS)

Telah berlangsung kursus INSARAG Coordination and Management System (ICMS) yang dianjurkan oleh EMERCOM of Russia selaku tuan rumah melalui sekriteriat INSARAG (International Search and Rescue Advisory Group)

Kursus ini diadakan pada 7-11 April 2025 bertempat di Pusat Latihan EMERCOM Moscow, Rusia. Penglibatan peserta seramai 21 orang terdiri daripada 9 buah negara termasuk Malaysia yang menghantar penyertaan dari Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam mengukuhkan kerjasama serta mempelajari sistem pelaporan, pengurusan dan koordinasi pasukan penyelamat antarabangsa.

Sistem terbaru yang akan datang dinamakan sebagai ICMS 3.0 sedang dalam proses pembangunan kepada sistem baharu yang lebih efektif dalam menambah baik sistem sedia ada.

Kursus dan kemahiran mengendali ICMS ini amat penting bagi pasukan penyelamat antarabangsa terutamanya bagi Pasukan SMART yang telah diiktiraf sebagai INSARAG Heavy USAR Team.

Selain itu, penyertaan wakil daripada Malaysia ini juga seiring dengan keperluan Pasukan SMART yang akan memperbaharui pensijilan standard antarabangsa INSARAG pada tahun 2026.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search