Lawatan Penanda Aras ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) | 19 Februari 2025
Telah berlangsung sesi lawatan penanda aras dari pihak Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur ke NDCC. Sesi lawatan ini adalah untuk memberi perkongsian tentang pengurusan bencana yang dikendalikan di NDCC.
Delegasi DPPC (MJIIT, UTM) ini adalah seramai 20 orang yang turut dihadiri oleh Adjunct Professor UTM, pelajar-pelajar pascasiswazah mengikuti program Sarjana Pengurusan Risiko Bencana (Master in Disaster Risk Management, MDRM) termasuk rakan strategik, Johor Petroleum Development Corporation (JPDC). Taklimat telah disampaikan oleh En Mohd Firdaus bin Jahaya, Penolong Pengarah Kanan NDCC.
Mesyuarat INSARAG Working Groups & Team Leaders Meeting | 9 hingga 15 Februari 2025
Telah berlangsung Mesyuarat INSARAG Working Groups dan Team Leaders Meeting yang diadakan di Tunisia secara back-to-back. Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah diwakili oleh dua (2) orang pegawai iaitu DSP Safrizan dan Insp. Zul Khairi, yang merupakan ahli tetap daripada rantau Asia Pasifik untuk Guideline Review Group dan National Capacity Working Group.
Pasukan SMART telah dipilih untuk berkongsi best practices dalam aspek Speed and Flexibility, Quality Assurance, Base of Operation dan Home Support semasa aturgerak bencana, berdasarkan kecemerlangan semasa operasi gempa bumi Turkiye 2023. Pengalaman Pasukan SMART dan NADMA dalam aturgerak bencana ke Turkiye telah diambil kira dalam dokumen pindaan INSARAG Guidelines 2026.
Seterusnya, untuk Mesyuarat Team Leaders, Ahli Working Group bertindak sebagai fasilitator dalam sesi konsultasi draf bersama wakil ketua pasukan bagi setiap negara dan pegawai SMART telah dilantik sebagai fasilitator bagi menerangkan draf pindaan INSARAG Guidelines 2026.
Lawatan Teknikal Peserta Kursus Ketua Perkhidmatan Airport Fire & Rescue Service (AFRS)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Lawatan Teknikal Peserta Kursus Ketua Perkhidmatan Airport Fire & Rescue Service (AFRS) | 17 Februari 2025 | Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
Telah berlangsung satu sesi taklimat dan lawatan teknikal dari Airport Fire & Rescue Service (AFRS) oleh Malaysia Airports Academy (MAA) ke NDCC. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan yang lebih terperinci kepada peserta kursus mengenai peranan dan pengoperasian di NDCC. Taklimat telah disampaikan oleh En. Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah NDCC.
15 Februari 2025 – Telah berlangsung Majlis Flag Off Kargo ke-2 Misi Ihsan Madani Bantuan ke Sarawak sumbangan GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) di bawah koordinasi NADMA dan Rakan NADMA. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana serta wakil-wakil dari Yayasan Hasanah, Yayasan TM dan badan-badan penderma lain.
Latihan Pengukuhan Pengendalian Mayat, Forensik dan Disaster Victim Identification (DVI)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Latihan Pengukuhan Pengendalian Mayat, Forensik dan Disaster Victim Identification (DVI) | 13 & 14 Februari 2025 | Markas Pasukan SMART
Telah berlangsung Latihan Pengukuhan Pengendalian Mayat, Forensik dan Disaster Victim Identification (DVI) yang bertujuan untuk memastikan tahap kesiapsiagaan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sentiasa tinggi dalam operasi bencana. Latihan yang diadakan bersekali dengan latihan komponen USAR ini telah dikendalikan oleh Pegawai Perubatan Pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sepanjang latihan yang telah diketuai oleh Dr. Salmah Arshad, Pengarah Jabatan Forensik HKL, peserta telah dikongsikan dengan ilmu-ilmu forensik, DVI dan latihan praktikal sepertimana yang dinyatakan di dalam INSARAG Guideline dan Arahan NADMA No. 1.