PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Cuaca panas di kawasan utara fenomena biasa

Kuala Lumpur: Cuaca panas di kawasan utara baru-baru ini sebenarnya keadaan biasa berlaku di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia menjelang hujung bulan Januari hingga Februari.

Penyelidik meteorologi dan iklim Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Chung Jing Xiang, berkata corak cuaca begitu menandakan musim tengkujuh yang sedang melanda negara kita ini bakal berakhir.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT berkata, kejadian cuaca panas itu tidak dapat digunakan untuk meramalkan sama ada kemarau panjang bakal berlaku.

“Hal ini kerana, kejadian kemarau bukan sahaja bergantung kepada perubahan angin monsun, tetapi juga anomali iklim yang lain seperti kejadian Pengayunan Selatan El Nino, Dwipolar Lautan Hindi, Pengayunan Madden-julian dan lain-lain.

“Pusat Ramalan Iklim, National Oceanic and Atmospheric Administration, Amerika Syarikat menjangka kejadian El Nino bakal berlanjutan pada musim-musim akan datang, tetapi akan secara perlahan-lahan berubah ke keadaan Pengayunan Selatan El Nino neutral pada sekitar April hingga Jun 2024,” katanya kepada BH.

Cuaca lebih kering

Dalam pada itu, Jing Xiang berkata, kejadian El Nino biasanya akan menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih kering.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) turut menekankan perkara ini dalam tinjauan cuaca jangka panjang yang diuar-uarkan pada 31 Januari lalu.

“Namun demikian, orang ramai tidak perlu berasa terlampau gelisah kerana negara kita bakal dilanda musim peralihan monsun (sekitar Mac hingga Mei), iaitu musim keberangkalian untuk berlakunya hujan petang akan meningkat, sebelum kita dilanda sekali lagi dengan satu musim kering yang lebih panjang, iaitu Monsun Barat

Daya,” katanya.

Ditanya jika monsun barat daya yang bersifat kering ini akan mendatangkan kemarau panjang, Jing Xiang berkata, masih terlalu awal untuk diramalkan dengan tepat.

“Hal ini kerana sistem iklim kita amat kompleks. Cerapan, ramalan dan laporan yang dikemas kini dari semasa ke semasa daripada Metmalaysia dan agensi lain yang berkaitan diperlukan untuk ramalan yang lebih tepat.

“Bagaimanapun, penting untuk kita mengingati negara kita sedang mengalami fenomena El Nino, suatu fenomena yang biasanya akan menyebabkan corak iklim menjadi lebih kering berbanding daripada biasa.

“Kita mesti sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi cabaran cuaca kering ini, dan peka kepada maklumat terkini yang akan disalurkan oleh pihak berkenaan, seperti Met Malaysia,” katanya.

Selangor punyai simpanan air untuk tempoh sembilan bulan

Shah Alam: Selangor mempunyai simpanan bekalan air yang dapat menampung keperluan penduduk untuk tempoh kira-kira sembilan bulan, bagi menghadapi fenomena El Nino yang sedang melanda negara.

EXCO Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim, berkata empangan di negeri itu mempunyai simpanan air untuk keperluan pengguna selama enam bulan, manakala kolam air takungan untuk tempoh tiga bulan.

“Kita kini dalam proses untuk memastikan semua bekalan itu bersambung bagi membolehkan kita dapat menggunakan air tersebut apabila diperlukan,” katanya ketika lawatan kerja ke tapak projek pemuliharaan Sungai Klang, di sini semalam.

Beliau berkata, usaha kerajaan Selangor berkenaan sejajar dengan kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) yang menjangka kemarau akan melanda negara pada 2026.

“Kita merancang dan buat persiapan, kemarau terakhir melanda negara adalah pada 2014 dan kitaran fenomena itu akan berulang dan kita perlu melakukan persiapan dan berharap ia tidak teruk,” katanya.

Mengenai lawatan beliau hari ini, Izham berkata, projek terbabit merangkumi kerja pendalaman dan pelebaran 56 kilometer Sungai Klang serta pengukuhan tanah tebing dan pembinaan permatang yang dijangka siap pada 2028 melibatkan kos RM700 juta.

Timbunan sampah-sarap Katanya, usaha itu berdepan cabaran ekoran timbunan sampah-sarap dan mendapan yang terkumpul di dasar sungai sedalam dua hingga tiga meter, berbanding empat meter ketinggian sungai yang menyukarkan operasi pendalaman dan pelebaran sungai.

“Barang buangan besar seperti tayar dan perabot serta plastik menjejaskan keadaan teknikal jentera pengorek dan menyebabkan gangguan terhadap operasi harian,” katanya.

Izham berkata, projek terbabit menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti Sungai Klang sebanyak 40 peratus apabila siap sepenuhnya. BERNAMA

El Nino dijangka berterusan hingga pertengahan tahun ini - MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Fenomena El Nino dengan intensiti kuat yang sedang melanda dunia ketika ini, dijangka berterusan hingga pertengahan tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena itu bermula sejak pertengahan tahun lalu dan boleh berterusan sehingga 18 bulan.

 

"Berdasarkan ramalan terkini, ia dijangka mula melemah dan beralih kepada keadaan neutral secara beransur-ansur menjelang pertengahan tahun ini," katanya kepada BH.

Berdasarkan episod El Nino yang terdahulu, Muhammad Helmi berkata, fenomena itu yang kuat boleh menyebabkan peng

"Kemuncak kesan El Nino biasanya bermula pada penghujung Monsun Timur Laut (MTL) dan boleh berlarutan sehingga pertengahan tahun," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MTL 2023/2024 yang bermula pada 11 November lalu masih berterusan dan dijangka berakhir pada penghujung bulan depan.

urangan taburan hujan dan peningkatan suhu udara di negara kita berbanding daripada kelaziman, terutamanya di negeri utara Semenanjung, pedalaman Perak, Kelantan dan Pahang, serta Sabah."Kelazimannya hujan dan ribut petir akan berkurangan di fasa akhir MTL, iaitu bermula awal bulan ini hingga penghujung bulan depan," katanya.

Low on water

The combination of drought and hot weather is creating havoc for various businesses, such as tourism, agriculture and even large manufacturers, that have to deal with a water shortage. Those affected are asking for a long-term solution to a situation that is occurring on a regular basis.

ALOR SETAR: Padi farmers in Pokok Sena, Kedah, are racing against the clock to save their crops, which are suffering in both quality and quantity.

Already, many have lost almost half their income with the padi harvest suffering due to the extreme heat in the region.

“Those who planted padi early saw a decrease in the weight of rice during harvesting,” said farmer Wan Maharuddin Sulaiman, 67.

“The rice grains are empty and there are other issues, such as padi-related diseases and pests like stemborers.

“This has affected our livelihood,” he said, adding that the land could become infertile if the sweltering heat persists.

Some are calling it the New Year heatwave and the Malaysian Meteorological Department (Metmalaysia) said it can only get worse in Penang, Kedah and Perlis, with temperatures reaching more than 35°C, and without rain until Sunday.

Another farmer, Che Hassan Ghaz, 40, said there was nothing much they could do about the weather.

“The water supply from Muda Agricultural Development Authority (Mada) is enough for now, but if there is no rain for another month, we must have a Plan B to ensure the crops are properly irrigated.

“Most probably we will have to pump water from nearby rivers,” he said.

As of Monday, the effective capacity of dams in Pedu, Muda and Ahning were 73.53%, 84.96% and 96.96% respectively.

These three dams are under the management and supervision of Mada.

In Pendang, Farmers Area Organisation South Pendang chairman Abdullah Mohamad said there has been no rain in several places since a month ago with Kampung Charok Kering, Sungai Jagong, Paya Mat Inson and Bakar Arang the most affected.

“Most of us have already planted our crops and are currently waiting for the next harvest.

“However, we may suffer losses of as much as 50% due to the heatwave,” he said.

Abdullah said for now, the farmers would have to pump water from nearby rivers such as Sungai Jagong and Sungai Pendang to irrigate the canals.

Mada chairman Datuk Dr Ismail Salleh urged more farmers to join the programme to have five harvests every two years to boost padi production and avoid the impact of the drought.

“Padi farmers must adhere to a planting schedule prepared by agricultural experts, right down to the specific days to begin phases such as seeding, transplanting, fertiliser and pesticide applications, and finally, harvesting.

“Currently, only about 12% of farmers have joined this programme.

“If they follow Mada’s advice, they won’t be affected by the current hot season,” he said, adding that Mada would maintain irrigation canals to help the farmers every season.

In Perlis, Harumanis farmer and entrepreneur Mohd Nasir Salim, 33, said the extremely hot weather might affect the mango harvest too.

“For Harumanis to grow healthy, we need at least a month of hot temperature to produce sweet and delicious fruits. But if it is too hot, the flowers will drop prematurely from the trees.

“If this happens, it will affect production. I expect the first harvest just before Hari Raya or in early April,” he said.

Perlis Harumanis Entrepreneurs Association chairman Datuk Hashim Suboh urged the relevant agencies to build tube wells for plantations located far from a water source.

“These tube wells only cost between RM4,000 and RM5,000 each.

“They can be built at Harumanis farms to help cool the temperature if the weather is extremely hot,” he said.

Pelaburan bersasar tangani isu banjir, capai matlamat SDG

Kerajaan dilaporkan memperuntukkan RM15 bilion bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) hingga 2030 sebagai strategi jangka panjang menghadapi perubahan iklim di seluruh negara. Banjir dan kemusnahan harta benda, tanaman dan pertanian tidak boleh dipisahkan.

Justeru, ia menuntut pelaburan yang tinggi terutama membina rumah mampu milik berdaya tahan terhadap banjir bagi meningkatkan tahap keselamatan komuniti serta menggalakkan kemampanan dan daya tahan jangka panjang.

Pelaburan dalam perumahan tahan banjir dapat meningkatkan daya tahan bandar terhadap bencana alam. Usaha ini memerlukan perancangan teliti, reka bentuk kreatif dan dedikasi untuk mewujudkan ruang bandar mampan, inklusif dan makmur.

Berdasarkan temu bual ketahanan terhadap banjir dan mencapai kelestarian, pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor pernah menyatakan mengenai keperluan meningkatkan kesedaran perubahan dan memahami matlamat pembangunan mampan supaya pihak berkepentingan tidak lupa mereka perlu menggabungkan reka bentuk ketahanan banjir bagi mencapai matlamat pembangunan lestari (SDG).

Selain itu, PBT di Putrajaya mengulas perlunya menggalakkan pihak berkepentingan untuk mewujudkan persekitaran tahan banjir dan menyemai kesedaran ini ketika mereka masih berstatus pelajar. Ini boleh dicapai melalui kursus dan bengkel tertumpu kepada isu ini ketika belajar di universiti.

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga penting dalam kalangan perunding dan profesional untuk menangani bidang ini. Dengan meningkatkan kesedaran melalui pendidikan dan penyelidikan, pihak berkepentingan dapat memahami lebih baik kepentingan ketahanan banjir untuk mencapai SDG.

Objektif utama Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDGS) adalah untuk membasmi kemiskinan menjelang 2030. Salah satu sasaran Malaysia menjelang 2030 adalah membina daya tahan golongan miskin dan rentan serta mengurangkan kelemahan mereka terhadap pelbagai bencana berkaitan iklim ekstrem, ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Bagi mencapai objektif ini, penting untuk melindungi masyarakat paling lemah, meningkatkan akses kepada perkhidmatan penting dan memberikan bantuan semasa krisis. Perumahan tahan banjir mampu milik adalah amat penting kepada penduduk.

Ia memberi peluang kepada penduduk lemah dan terdedah kepada ancaman untuk mengakses tempat perlindungan selamat, mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup.

Tingkat kesihatan, kesejahteraan penduduk

Bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan manusia, penting untuk mengutamakan penyediaan air selamat, sanitasi dan kebersihan kepada semua individu. Objektif ini asas kepada SDG 6.

Selain itu, usaha ini perlu menggabungkan teknologi cekap air dan sistem pengurusan sisa dalam reka bentuk perumahan mampan bagi meningkatkan pemuliharaan serta kualiti air, terutama di kawasan terdedah kepada banjir.

SDG 7 pula memberi tumpuan kepada tenaga boleh diakses dan bersih untuk kemajuan pertanian, perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan.

Sebagai langkah memastikan sumber tenaga mampan, penting untuk menggabungkan sistem tenaga boleh diperbaharui seperti panel solar atau turbin angin ke dalam pelan perumahan tahan banjir. Pendekatan ini berkesan untuk mengurangkan pergantungan pada grid kuasa tradisional sering terdedah kepada gangguan ketika banjir.

Dalam SDG 9, ia menuntut penubuhan infrastruktur berdaya tahan, peningkatan inovasi dan galakan perindustrian mampan. Teknik dan bahan inovatif digunakan untuk membangunkan perumahan tahan banjir berpotensi besar menyumbang kepada kemajuan teknologi dan infrastruktur.

SDG 11 mengiktiraf kesan besar pembandaran terhadap pembangunan mampan. Oleh itu, penting untuk mewujudkan bandar dan penempatan manusia inklusif bagi menangani cabaran pembandaran dan memanfaatkan peluangnya yang luas untuk menggalakkan pembangunan mampan.

Jika diteliti SDG 13, ia memerlukan tindakan diambil untuk menangani isu perubahan iklim dan impaknya. Perubahan iklim pada masa ini memberi kesan kepada setiap negara seluruh dunia. Reka bentuk perumahan tahan banjir boleh merangkumi ciri penyesuaian iklim mengurangkan kesan buruk banjir dan meningkatkan daya tahan iklim.

Ciri penyesuaian iklim termasuk membina unit perumahan dengan kualiti asas dipertingkatkan bagi mengurangkan risiko penyusupan air banjir dan kerosakan struktur. Bahan binaan tahan banjir boleh digabungkan untuk kedua-dua bahagian luar dan dalam unit perumahan bagi meningkatkan daya tahan terhadap kerosakan air dan kesan hakisan banjir.

Salutan dan pengedap kalis air boleh digunakan pada dinding, lantai dan bumbung untuk mewujudkan pelindung menghalang penyusupan air. Sistem pengurusan air ribut cekap juga perlu diwujudkan untuk mengumpul dan mengalih air hujan dari kawasan kediaman.

Pelaksanaan bumbung hijau merangkumi tumbuh-tumbuhan serap air hujan dan berupaya mengurangkan aliran air. Bumbung hijau menawarkan penebat tambahan dan membantu pengawalan suhu dalaman. Unit perumahan harus dibangunkan dengan laluan kecemasan mudah diakses dan selamat ketika bencana banjir.

Tangga dan laluan pejalan kaki bertingkat membolehkan penduduk berpindah ke tempat lebih tinggi, selain membina ruang komuniti bertingkat dalam rumah berfungsi sebagai tempat perlindungan sekiranya berlaku banjir.

Bagi mengurangkan hakisan tanah dan meningkatkan daya tahan banjir, tumbuhan asli dan penyesuaian iklim ke dalam landskap wajar digabungkan. Landskap direka dengan baik boleh membantu menyerap lebihan air hujan.

Sementara itu, bagi memastikan bekalan tenaga dan air mampan ketika dan selepas banjir, penting untuk menyepadukan sumber tenaga boleh diperbaharui, seperti panel solar dan sistem penuaian air hujan.

Merealisasikan SDGS memerlukan kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat. Pembinaan rumah tahan banjir dan mampu milik memerlukan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan.

Dasar kerajaan, insentif untuk pembinaan mampan dan perkongsian dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar industri dan komuniti tempatan boleh menyumbang kepada merealisasikan visi Malaysia mencapai SDG. Usaha ini boleh menyumbang kepada pelaksanaan berkesan rumah tahan banjir dan mampu milik di Malaysia.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search