Kuala Berang: Tiga kedai dua tingkat, serta masing-masing sebuah rumah dan rumah kongsi serta stor hangus dalam kebakaran berhampiran Masjid Pekan Ajil, Kuala Berang, hari ini.
Komander operasi Mohd Anuar Mamat berkata, turut terbakar, sembilan enjin bot yang musnah 100 peratus, sebuah van (terbakar 80 peratus) dan kereta Proton Waja tersadai terbakar lima peratus.
Menurutnya, selain itu sebuah forklift juga rosak lima peratus akibat kebakaran, namun kejadian itu tidak membabitkan mangsa.
"Pihak kami menerima panggilan jam 8.42 pagi manakala jentera tiba pada jam 9.08 pagi dan operasi berjaya dikawal jam 9.57 pagi.
"Operasi membabitkan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, Kuala Berang dan Kuala Terengganu bersama dua jentera memadam kebakaran dan sebuah water tanker," katanya.
KUALA LUMPUR β Kejadian lubang benam di Jalan Wangsa Delima 4, Wangsa Maju dipercayai bukan berpunca daripada masalahΒ Β tanahΒ mendap, sebaliknya akibat kerosakan sistem perparitan bawah tanah.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini menjalankan siasatan terperinci bersama semua penyedia utiliti bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Katanya, kawasan lubang benam tersebut telah ditutup dan dikawal dengan anggaran keluasan kira-kira empat meter lebar serta empat meter dalam.
βSemalam saya pergi ke tapak dan kita dapati ada satu longkang utama dengan diameter 1.5 meter serta takungan di kawasan itu.
βKita dapati tembok takungan itu pecah dan kita tidak jumpa ke mana runtuhan tembok itu pergi,β katanya pada sidang akhbar di Anjung Singgahsana Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, hari ini.
Menurut beliau, terdapat kemungkinan kerja utiliti menggunakan kaedah Horizontal Directional Drilling (HDD) di bawah tanah menyebabkan struktur tembok sistem perparitan berkenaan pecah.
βBila tembok itu pecah, air longkang terus masuk ke tanah dan menyebabkan rongga.Β βBagaimanapun, pasukan kami masih menjalankan siasatan penuh bersama semua penyedia utiliti untuk kenal pasti punca sebenar,β katanya.
Fadlun berkata, kejadian itu juga tidak mempunyai kaitan dengan masalah tanah mendap lain, sebaliknya dipercayai berpunca daripada kerosakan sistem perparitan.
Dalam pada itu, beliau berkata, DBKL turut menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu lubang benam atau lubang jalan di sekitar ibu kota.
βDalam banyak kes lubang jalan, ia berpunca daripada paip kumbahan atau sistem perparitan yang pecah sehingga menyebabkan kawasan bawah tanah menjadi lompong.
βApabila tanah di kawasan berhampiran jatuh, ia akan menyebabkan lubang jalan kecil atau besar,β katanya.
Tambah beliau, DBKL akan melaksanakan penutupan sementara jalan di lokasi lubang jalan sebelum pemeriksaan dibuat bagi mengenal pasti sama ada berlaku kebocoran paip atau kerosakan utiliti lain sebelum kerja pengukuhan kekal dijalankan.
Dalam perkembangan sama, Fadlun memaklumkan kerja pemetaan utiliti di Jalan Masjid India kini hampir 90 peratus siap membabitkan jajaran sepanjang 32 kilometer.
Katanya, DBKL juga akan memasang βSettlement Markerβ dari Semua House hingga Masjid India bagi mendapatkan bacaan pergerakan tanah secara masa nyata untuk membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku mendapan tanah. β KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Putrajaya dan 8 negeri lain hingga jam 9 pagi ini.
Dalam hantaran Facebook MetMalaysia, negeri yang dijangka mengalami cuaca berkenaan ialah Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama dan Manjung) dan Selangor (Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).
"Melaka, Johor dan Negeri Sembilan membabitkan kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau turut diramal dengan cuaca yang sama.
"Selain negeri berkenaan, ribut petir dan angin kencang diramal membadai Sarawak di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi), sementara Sabah di Pedalaman (Tenom, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu)," kata kenyataan itu.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.
Kulim: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini yang menempatkan 33 mangsa daripada 10 keluarga dari dua kampung di daerah ini susulan banjir kilat, malam tadi.
PPS terbabit dibuka di Masjid Al Muhtadin Sungai Seluang, Lunas yang menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Seluang Bawah dan Kampung Batu 7.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, air naik susulan hujan lebat berterusan selama satu jam sejak 5 petang semalam yang mengakibatkan limpahan air sungai ke kawasan rendah.
Beliau berkata, kebanyakan mangsa berpindah sendiri ke PPS terbabit sejak 10.45 malam tadi kerana tiada tempat tidur.
"Air masih bergenang di dalam rumah dan penduduk tiada tempat tidur walaupun trend air mulai menurun dan tiada hujan.
"Daripada jumlah itu, mangsa yang tinggal di PPS berkenaan terdiri daripada 13 orang lelaki dewasa, sembilan wanita, 10 kanak-kanak, seorang bayi perempuan, tujuh warga emas dan seorang wanita orang kurang upaya (OKU), " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi meneliti kapasiti kolam takungan di sekitar ibu negara sebagai langkah memperkukuh usaha menangani isu banjir kilat ketika hujan lebat luar biasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata beberapa kawasan di Kuala Lumpur (KL) merekodkan taburan hujan melebihi kadar purata biasa selain beberapa faktor lain turut dikenal pasti menyumbang kepada banjir kilat.
Menurutnya, antara punca banjir kilat di KL termasuk sistem perparitan tersumbat, kapasiti kolam takungan yang tidak mencukupi serta saliran yang tidak mampu menampung jumlah air hujan semasa.
βIntensiti hujan sejak beberapa hari kebelakangan ini lebih tinggi daripada biasa. Lazimnya, jumlah taburan hujan sekitar 60 millimeter (ml) namun terdapat kawasan yang merekodkan sehingga 96 ml.
βHujan lebat juga berlaku hampir setiap petang. Bagaimanapun, kami berusaha menyalurkan maklumat kepada orang ramai tiga kali sehari mengenai jangkaan waktu hujan bagi setiap kawasan di KL,β katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Perasmian Transformasi Penggunaan Kotak Ikan Berinsulansi (KIB) di Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Sementara itu, Hannah berkata pihaknya mengambil maklum kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar ibu kota dan DBKL sentiasa komited menyalurkan perkembangan terkini kepada semua pihak berkaitan.
βKadangkala kapasiti saliran tidak mencukupi, jadi terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan banjir kilat berlaku. Setiap kali kejadian berlaku, DBKL akan menyediakan laporan harian dan Datuk Bandar turut memberi perkembangan terkini kepada semua Ahli Parlimen,β katanya lagi.
Tambahnya, satu sesi sidang media juga akan dilakukan bagi memperincikan langkah dan intervensi yang akan dilakukan oleh pihaknya bagi menangani isu ini. -TVS
