PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir kilat: 97 murid SK Jeram Tekoh naik lori balik sekolah

Banjir kilat: 97 murid SK Jeram Tekoh naik lori balik sekolah

GUA MUSANG: Seramai 97 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di sini, dihantar pulang ke rumah masing-masing menggunakan lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas banjir kilat menenggelamkan laluan utama ke kampung tersebut, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini menyebabkan beberapa jalan kampung dan laluan utama dilimpahi air sekali gus tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Pegawai APM Gua Musang, Mohd. Hanafi Mohd. Bokri berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada pukul 10.15 pagi sebelum menggerakkan enam anggota bersama sebuah lori lima tan ke lokasi.

Katanya, operasi penghantaran pulang murid dijalankan kerana jalan utama dan beberapa jalan kampung hanya boleh dilalui kenderaan berat.

“Sejurus selepas menerima laporan, enam anggota bersama sebuah lori lima tan digerakkan ke lokasi. Seramai 97 murid dihantar pulang ke rumah masing-masing termasuk seorang murid prasekolah.

“Murid yang dihantar pulang terdiri daripada 20 orang murid Zon 1, 17 orang (Zon 2), 16 orang (Zon 3), 16 orang dari Kampung Baru dan 28 orang murid dari Sungai Asap,” katanya hari ini. – UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search