KUALA LUMPUR: Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei dan berterusan sehingga September ini, dengan angin mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata sepanjang tempoh itu, kadar kelembapan udara yang rendah lazimnya akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan negara akan menerima jumlah hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.
"Bagaimanapun, hujan lebat, angin kencang serta ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah terutama pada awal pagi berikutan kehadiran fenomena garis badai.
"Ia merupakan barisan ribut petir yang terbentuk di perairan Selat Melaka dan timur Laut Cina Selatan sebelum bergerak ke kawasan daratan akibat daripada penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohd Hisham berkata, ketika kemuncak monsun berkenaan iaitu pada Julai hingga September, fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan juga boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya mengelakkan pembakaran terbuka bagi mengurangkan risiko pencemaran jerebu, selain menggalakkan penggunaan air secara berhemat sepanjang musim berkenaan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi jabatan atau menghubungi talian hotline 1-300-22-1638.
TANJUNG MALIM: Jambatan Sungai Engkun di Cegar Macang, Kampung Guntong di Tanjung Malim di sini terputus akibat banjir semalam yang menyebabkkan kenaikan air sungai selain faktor hakisan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin, kerosakan infrastruktur awam itu menjejaskan ratusan penduduk yang terputus akses perhubungan darat.
Katanya, hari ini tindakan segera akan diambil demi keselamatan penduduk dan memudahkan kembali urusan harian masyarakat di kawasan tersebut.
Dalam pada itu, Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, daerah yang terjejas setakat ini ialah Larut, Matang dan Selama dengan sebuah pusat pemindahan banjir (PPS) di Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor melibatkan sembilan keluarga (37 mangsa).
Katanya, PPS di Dewan Serbanguna Kampung Klah Baru di Batang Padang telah ditutup setelah keadaan kembali normal. βΒ UTUSAN
BUKIT MERTAJAM : Seramai 191 pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Maahadul Islami Tasek Junjung di sini terpaksa mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas sekolah tersebut dilanda banjir lumpur susulan hujan lebat, malam tadi.
Jumlah tersebut termasuk 77 pelajar yang dipercayai terkandas di asrama selepas bangunan tersebut turut dinaiki air, namun, mereka berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba sebelum dibawa pulang oleh ahli keluarga masing-masing.
Pengarah Pendidikan negeri, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, meskipun cuaca sejak pagi tadi kembali cerah, pihaknya masih memantau keadaan semasa sebelum memutuskan sama ada sesi PdPR itu akan diteruskan atau sebaliknya.
βKita akan lihat keadaan cuaca petang ini dahulu bagaimana. Jika tiada hujan lebat, maka, sekolah akan dibuka seperti biasa esok. Namun, jika keadaan sebaliknya yang berlaku, kita akan teruskan PdPR seperti hari ini,β katanya ketika ditemui semasa meninjau keadaan sekolah itu, tengah hari tadi.
Dalam pada itu, Mohamad Dziauddin menjelaskan, sekolah tersebut merupakan antara lokasi yang sering dilanda banjir kilat kerana terletak di kawasan rendah serta berhampiran dengan sungai.
βBoleh dikatakan bahawa banjir di kawasan ini berlaku setiap tiga bulan sekali dan perkara itu amat membimbangkan kerana ia melibatkan keselamatan pelajar. Selain arus air yang deras, kita juga risau ancaman binatang berbisa yang boleh bergerak bersama air banjir,β katanya.
Justeru, beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mendapatkan penyelesaian jangka panjang berhubung perkara tersebut.
Katanya, antara langkah yang dicadangkan termasuk membina benteng tambahan serta menaik taraf kawasan sekolah bagi mengurangkan risiko banjir berulang selain merangka mekanisme pemindahan awal pelajar sekiranya terdapat tanda-tanda berlakunya kenaikan air di kawasan hulu.
βKita sedang mempertimbangkan supaya pelajar-pelajar di sekolah ini (SMA Al-Maahadul Islami Tasek Junjung) dipindahkan lebih awal ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasik dengan menggunakan bas agar mereka tidak berada di kawasan sekolah ketika air sedang naik,β katanya.-UTUSAN
Dryer, hotter weather incoming: Southwest monsoon to begin May 14, says MetMalaysia
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR, May 11Β β The Southwest Monsoon is expected to begin on May 14 and will persist until September, following consistent winds blowing from the southwest, the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) announced today.
MetMalaysia director-general Dr Mohd Hisham Mohd Anip said that during this period, low humidity levels will typically result in reduced cloud formation over most areas.
This means fewer rainy days and more dry days across the country, he explained in a statement.Β
However, Dr Mohd Hisham cautioned that heavy rain accompanied by strong winds and thunderstorms may still occur in certain areas.
These include the western parts of Peninsular Malaysia, northern Sarawak, and western Sabah, particularly in the early morning hours due to the presence of squall lines.
"These are squall lines that form over the Straits of Malacca and the eastern South China Sea before moving inland as a result of wind convergence. These squall lines can persist for several hours," he said.Β
Dr Mohd Hisham noted that during the peak of the monsoon, from July to September, localised and transboundary haze could occur if open burning activities are not controlled.
In light of this, he advised the public to avoid open burning and also encouraged water conservation throughout the season.
The public can obtain the latest weather information through MetMalaysia's official website, myCuaca mobile app, the department's official social media channels, or by calling the 1-300-22-1638 hotline. β Bernama
IPOH: Hujan berterusan lebih dua jam malam semalam mengakibatkan berlaku runtuhan tanah sekali gus menyebabkan jalan utama ke Kampung Pos Yum di Sungai Siput di sini terhalang.
Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, masa kejadian berlaku pada pukul 1.05 petang tadi dengan hakisan dan runtuhan tanah mengenai struktur jalan.
Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut.
Mengikut kronologi kejadian, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Unit Sungai Siput menuju ke lokasi tersebut selepas menerima maklumat dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun.
βAPM Unit Sungai Siput (U) membuat pemantaun di sekitar kawasan tanah runtuh. Hasil pemeriksaan mendapati berlaku hakisan dan runtuhan tanah mengenai struktur jalan yang menyebabkan jalan utama ke Kampung Pos Yum terhalang,β menurut jurucakap sekretariat itu hari ini.
Kampung Pos Yum terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Sungai Siput.
Kerja-kerja bagi membuka laluan terhalang telah dijalankan oleh pihak kontraktor, menurut sekretariat itu. βΒ UTUSAN
