PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

NADMA minta mangsa banjir daftar di PPS, lengkapkan MyIBJKM untuk bantuan RM1,000

KANGAR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memohon mangsa banjir di seluruh negara supaya mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat pemindahan sementara (PPS) serta melengkapkan maklumat dalam aplikasi MyIBJKM untuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 disalurkan dengan cepat dan teratur.

Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim, berkata pendaftaran rasmi dengan JKM di PPS adalah syarat utama sebelum bantuan itu dapat disalurkan kepada ketua isi rumah (KIR) selain memudahkan pengesahan maklumat melalui sistem yang digunakan jabatan itu.

"Bantuan ini diberikan kepada mangsa yang terjejas banjir walaupun tidak berpindah ke PPS, yang pertama kena daftar dengan JKM dahulu, kemudian daftar dalam aplikasi.

"Jika mereka tidak daftar, kita bimbang timbul masalah sehingga melambatkan bayaran. Jadi, saya amat berharap semua mangsa, di mana-mana sahaja mereka berada, datang ke PPS dan daftar dalam aplikasi MyIBJKM menggunakan kod QR yang disediakan oleh JKM," katanya selepas meninjau PPS Dewan 2020 di sini, semalam.

Meor Ismail berkata, proses pembayaran bantuan itu akan dibuat melalui dua kaedah, iaitu secara pindahan wang elektronik (ETF) kepada penerima yang mengemas kini butiran dalam mana-mana akaun bank melalui MyIBJKM atau secara tunai kepada mereka yang tiada akaun dengan bantuan boleh diambil di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

"BSN akan memberikan notifikasi melalui SMS (Sistem Pesanan Ringkas) berkaitan kaedah bayaran BWI kepada penerima layak. Kita berharap semua mangsa yang layak, daftarlah dalam aplikasi MyIBJKM. Jika ada masalah teknikal atau tidak faham prosesnya, boleh jumpa pegawai JKM di PPS. Insya-Allah, semua dipermudah," katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihati mangsa yang mempunyai anak kecil dan warga emas atau ahli keluarga berisiko tinggi supaya berpindah ke PPS demi keselamatan masing-masing selain memastikan pergerakan kanak-kanak sentiasa dipantau sepanjang berada di PPS.

Mengenai situasi banjir di Perlis, Meor Ismail berkata keadaan pada masa ini terkawal walaupun negeri itu sedang mengalami episod hujan berterusan berdasarkan ramalan semasa.

"Perlis pernah mengalami banjir besar pada 2010, dan kali ini juga luar biasa. Tetapi, saya lihat semua agensi bersiap siaga, koordinasi pun lancar. Kita doa keadaan kembali pulih dan jumlah mangsa semakin berkurang," katanya. – BERNAMA

NADMA mohon mangsa banjir daftar di PPS, lengkapkan MyIBJKM untuk bantuan RM1,000

KANGAR - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memohon mangsa banjir di seluruh negara supaya mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat pemindahan sementara (PPS) serta melengkapkan maklumat dalam aplikasi MyIBJKM untuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 disalurkan dengan cepat dan teratur.

Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim berkata, pendaftaran rasmi dengan JKM di PPS merupakan syarat utama sebelum bantuan itu dapat disalurkan kepada ketua isi rumah (KIR) selain memudahkan verifikasi dan pengesahan maklumat melalui sistem yang digunakan jabatan itu.

"Bantuan ini diberikan kepada mangsa yang terjejas banjir walaupun tidak berpindah ke PPS, yang pertama kena daftar dengan JKM dahulu, kemudian daftar dalam aplikasi.

"Jika mereka tidak daftar, kita bimbang timbul masalah sehingga melambatkan bayaran.

Meor Ismail berkata, proses pembayaran bantuan itu akan dibuat melalui dua kaedah, iaitu secara pindahan wang elektronik (ETF) kepada penerima yang mengemas kini butiran dalam mana-mana akaun bank melalui MyIBJKM atau secara tunai kepada mereka yang tiada akaun dengan bantuan boleh diambil di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

"BSN akan memberikan notifikasi melalui SMS (Sistem Pesanan Ringkas) berkaitan kaedah bayaran BWI kepada penerima layak. Kita berharap semua mangsa yang layak, daftarlah dalam aplikasi MyIBJKM. Jika ada masalah teknikal atau tidak faham prosesnya, boleh jumpa pegawai JKM di PPS. Insya-Allah, semua dipermudah,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihati mangsa yang mempunyai anak kecil dan warga emas atau ahli keluarga berisiko tinggi supaya berpindah ke PPS demi keselamatan masing-masing selain memastikan pergerakan kanak-kanak sentiasa dipantau sepanjang berada di PPS.

Mengenai situasi banjir di Perlis, Meor Ismail berkata, keadaan pada masa ini terkawal walaupun negeri itu sedang mengalami episod hujan berterusan berdasarkan ramalan semasa.

"Perlis pernah mengalami banjir besar pada 2010, dan kali ini juga luar biasa. Tetapi, saya lihat semua agensi bersiap siaga, koordinasi pun lancar. Kita doa keadaan kembali pulih dan jumlah mangsa semakin berkurang,” katanya. - Bernama

28,000 displaced, 2 killed

TWO people have lost their lives as the monsoon continues to rage, displacing nearly 28,000 people. Both the victims were women and died in Kelantan.

The latest occurred yesterday, when a 70-year-old travelling in a car with her 48-year-old daughter ended up in a drain swollen by floodwaters at Batu 5 of the Machang-Jeli Highway.

Tanah Merah police chief Superintendent Mohd Haki Hasbullah said Siti Gayah Zakaria was travelling with her daughter, Sharmila Ahmad Basyaruddin, when the incident occurred.

He said the daughter survived the incident. “Police received information regarding the missing victim at 4.10am today (yesterday).

“The 70-year-old was discovered by a member of the public at 7.45am, some 120m from the crash site. “She was taken to Tanah Merah Hospital for a post-mortem.”

On Nov 21, a woman identified as Yenni, from Indonesia, was found dead a day after a Toyota Hilux in which she was travelling with two others was swept away by a water surge in Gua Musang.

Her body was found about 1km from where the incident took place. The other two occupants of the vehicle survived.

Up to 6.25pm yesterday, the Welfare Department’s Info Bencana portal listed the number of people evacuated in nine states at 27,980 from 9,762 families.

They are being housed at 208 relief centres. Kelantan continues to be the worst-hit state with 10,982 evacuees. This is followed by Perak (5,005 evacuees), Kedah (4,076), Terengganu (3,060), Selangor (2,496) and Perlis (2,306).

Other places where people have been displaced are Sarawak, Pahang and Kuala Lumpur.

Fire and Rescue Department director-general Datuk Seri Nor Hisham Mohamad said this was only the first surge of the monsoon season.

He said the public must prepare for more surges of heavy rain in the coming months.

Nor Hisham said early monsoon episodes usually hit Kelantan and Terengganu, while Pahang, Johor, Sabah and Sarawak are expected to experience heavier rainfall in December and January.

Malaysia records between four and six heavy rain episodes throughout the monsoon season from November to March.

“This means that once the current rain eases or floods recede, it does not signify the end of the monsoon season.

“It may be a temporary pause before the next wave arrives,” he said.

The peak period is expected between mid-December and January, when the risk of major floods is higher as the ground will be saturated from earlier episodes.

 

Negara dijangka berdepan lagi beberapa gelombang hujan lebat

Kota Bharu: Negara diramal berdepan beberapa lagi gelombang hujan lebat pada bulan-bulan akan datang yang boleh menyebabkan banjir lebih teruk berikutan Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Ia kerana tanah sudah tepu akibat serapan air pada gelombang awal yang menyebabkan risiko banjir pada gelombang hujan seterusnya lebih besar.

Banjir di 10 negeri sejak beberapa hari lalu adalah episod pertama MTL bagi tahun ini yang menyebabkan lebih 20,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Nor Hisham Mohamad, berkata cuaca yang sedang melanda negeri Pantai Timur pada masa ini menandakan permulaan kepada siri episod hujan monsun yang dijangka berterusan sehingga awal tahun depan.

“Secara teknikalnya, kita baru melangkah ke fasa awal MTL. “Apa yang kita alami sekarang boleh dianggap sebagai episod pertama gelombang monsun.

“Berdasarkan corak kaji cuaca dan unjuran Metmalaysia, orang ramai perlu bersiap sedia untuk beberapa beberapa lagi episod yang akan menyusul,” katanya.

Beliau berkata episod awal MTL lazimnya melanda Kelantan dan Terengganu, manakala Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan lebih lebat dalam episod yang diramalkan pada Disember dan Januari ini.

Beliau berkata, Malaysia biasanya merekodkan antara empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang musim MTL dari November hingga Mac.

“Ini bermakna apabila hujan reda atau banjir surut, ia bukan petanda bahawa musim monsun berakhir. “Ini mungkin hanya jeda sementara sebelum gelombang seterusnya tiba,” katanya.

Beliau berkata, tempoh kemuncak dijangka antara pertengahan bulan depan hingga Januari ini, ketika risiko banjir besar lebih tinggi kerana tanah sudah tepu akibat episod sebelumnya,” katanya.

Aset bomba berjaga-jaga

Nor Hisham berkata, semua aset bomba dan penyelamat di seluruh negara kini berada dalam keadaan berjaga-jaga.

“Ujian peralatan dilakukan dua kali setiap hari, termasuk enjin bot, gergaji rantai bagi pokok tumbang dan penjana kuasa,” katanya.

Semua anggota turut dilengkapi peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap termasuk jaket keselamatan dan lampu suluh terutama bagi operasi berisiko tinggi pada waktu malam.

“Balai bomba di peringkat lokaliti juga sudah menyiapkan pemetaan laluan bagi mengenal pasti jalan alternatif ke kampung pedalaman sekiranya laluan utama dinaiki air,” katanya.

Di peringkat zon pula, mobilisasi rentas balai akan diaktifkan segera jika mana-mana balai berdepan beban tugas berlebihan semasa operasi banjir.

Bekalan logistik tambahan juga sedang distruktur di hab zon bagi memastikan penghantaran dapat dilakukan dengan cepat apabila diperlukan.

Nor Hisham berkata, rangkaian komunikasi radio jabatan kekal lancar melalui Government Integrated Radio Network yang berfungsi walaupun rangkaian telefon mudah alih terganggu ketika banjir.

9,058 PPS sudah disediakan di seluruh negara

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara (NADMA) mengarahkan kesiapsiagaan seluruh agensi terbabit berikutan mangsa banjir di beberapa negeri yang terus meningkat ketika ini.

Sehingga jam 3 petang semalam, lebih 25,000 mangsa banjir ditempatkan di 195 pusat pemindahan sementara (PSS) di sembilan negeri yang terbabit.

Ahmad Zahid berkata, jumlah itu dijangka meningkat berikutan fenomena perubahan cuaca yang dipengaruhi luruan angin kuat dari Vietnam dan Filipina.

“Sebagai Pengerusi NADMA, saya sudah mengarahkan kesiapsiagaan seluruh agensi yang terbabit. Tanpa mendahului hukum Allah, sebenarnya kita sudah menyediakan sebanyak 9,058 PPS di seluruh negara.

“Tujuannya ialah jika berlaku keadaan banjir yang agak teruk, semua PPS ini boleh menempatkan kira-kira 2.2 juta mangsa banjir.

“Kita harap ini tidak akan berlaku, namun kita harus bersiap siaga,” katanya selepas merasmikan Program Eksplorasi TVET Komuniti di Kolej Komuniti Tawau, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Selain itu katanya, bagi menghadapi banjir di seluruh negara, lebih 9,800 anggota dari pelbagai agensi digerakkan bersama aset masing-masing.

“Turut disediakan 14 unit jambatan sementara (jambatan pasang siap) ‘Bailey Bridge’ iaitu masing-masing tujuh di Semenanjung, tiga di Sabah dan empat di Sarawak sebagai persiapan bagi menghubungkan laluan yang berisiko terputus akibat banjir,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menasihatkan 1.7 juta pengundi Sabah supaya keluar awal pada 29 November ini, hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, susulan unjuran Jabatan Meteorologi bahawa luruan angin yang membawa hujan dijangka bermula tengah hari.

“Untuk memastikan proses demokrasi berjalan lancar, saya mohon pengundi keluar awal pagi sebelum cuaca berubah,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan pendidikan TVET, Ahmad Zahid berkata, Malaysia kini mempunyai 1,398 institusi TVET, merangkumi politeknik, kolej komuniti, kolej vokasional dan institusi berkaitan termasuk Maahad Tahfiz yang menawarkan kemahiran teknikal.

Berucap pada majlis itu, beliau berkata, tahun lalu seramai 432,000 pelajar melanjutkan pengajian dan memilih aliran TVET dan terus meningkat kepada 492,000 tahun ini selari dengan usaha kerajaan mengubah ekosistem pendidikan yang terlalu berorientasikan akademik.

Beliau berkata, kira-kira 18,000 calon SPM tidak menduduki peperiksaan tahun lalu kerana dipercayai lemah dalam membaca, menulis dan mengira, justeru TVET adalah laluan pendidikan alternatif yang memberi penekanan 70 peratus latihan praktikal berbanding 30 peratus teori di bilik darjah.

“Kerajaan turut meningkatkan peruntukan TVET secara konsisten daripada RM6.8 bilion pada 2023, meningkat kepada RM7.5 bilion (2024) dan RM7.9 bilion bagi 2025.

“Gaji lepasan TVET jauh lebih tinggi berbanding lepasan SPM. Kerajaan Madani melihat TVET sebagai pelaburan masa depan negara,” katanya.

 

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search