PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

32 sekolah di Sabah ditutup terjejas banjir

KOTA KINABALU - Sebanyak 32 sekolah rendah dan menengah ditutup selepas terjejas akibat banjir yang melanda Beaufort dan Membakut sejak Sabtu lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, data tersebut diperoleh menerusi kemas kini setakat jam 10 pagi Isnin.

 

"Setakat ini di Beaufort sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar, SK Lago, SK Bangkalalak, SK Klias Baru, SK Lupak, SK Suasa, SK Pintas, SK Baru 60, SK Garama, SK Biah Batu 65, SK Kebulu, SK Ladang Lumadan, SK Luagan, SK Takuli, SK Rancangan Klias, SK klias kecil, SK Jabang, SK Pg Jaya Pimping dan SK Kebatu.

"Selain itu, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC) Kung Ming dan SJKC Lian Hwa serta dua lagi sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Paul dan SMK Saint John turut ditutup akibat terjejas banjir," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, Raisin berkata, sebanyak lapan sekolah di Membakut juga dikenal pasti terjejas akibat banjir di kawasan tersebut.

"Antara sekolah yang terjejas ialah SK Pekan Membakut, SK Kampung Brunei, SK Bambangan, SK Saint Patrick Membakut, SK Sinoko, SK Bandau, SK Pg Jaya Pimping dan SK Lembah Poring," katanya.

Menurut beliau lagi, pemakluman mengenai sekolah yang ditutup telah dilakukan oleh pihak sekolah masing-masing menerusi pelbagai kaedah.

"Ini termasuk disebarkan menggunakan media sosial, kumpulan WhatsApp dan juga surat rasmi kepada ibu bapa murid dan pelajar di sekolah-sekolah yang terjejas," katanya.

 

Gempa bumi kuat landa Pulau Jan Mayen

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi kuat dilaporkan melanda rantau Pulau Jan Mayen pada pukul 10.33 pagi tadi. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan bahawa gempa tersebut berukuran 6.6 magnitud.

“Kejadian berlaku di 71.3 darjah Utara dan 8 darjah Barat dengan kedalaman 10 kilometer (km). “Ia terjadi 2,114km Barat Laut dari Saint Petersburg, Russia,” katanya.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. -KOSMO! ONLINE

Floods hit eastern Australia, 200,000 properties blacked out

GOLD COAST — Torrential rain from the remnants of Cyclone Alfred flooded swathes of Australia’s east coast on Monday, as workers battled to restore power to more than 200,000 homes and businesses.

Even as the weather system weakened, authorities issued a string of flood and severe weather warnings across a 400-kilometre (250-mile) stretch of coast straddling Queensland and New South Wales.

The tropical depression dumped 30 centimetres (one foot) of rain in 24 hours over Queensland’s capital city of Brisbane, the bureau of meteorology said.

Floodwaters swamped some streets in the city of 2.5 million, stranding half-submerged cars in the worst-affected areas, images published in Australian media showed.

Emergency services rescued 17 people from fast-moving waters in Queensland overnight, the state’s premier, David Crisafulli said.

“Rainfall is leading to flash flooding as well as river flooding in parts of the southeast,” he told a news conference. “We are urging people to stay connected because of the prospect of more intense flooding during the course of today.”

Heavy rainfall, flash flooding and moderate-to-major river flooding remained a risk, bureau of meteorology forecaster Jonathan How said. “This is all due to the remnants of ex-Tropical Cyclone Alfred,” he told AFP.

“It did cross the southeast Queensland coast on Saturday, but it has been very slow moving even as it moved over land. And, quite importantly, it is still dragging a lot of moisture.”

Mass power cuts

 

Utility companies said more than 210,000 homes and businesses were still blacked out in Queensland, and another 10,000 in New South Wales.

In New South Wales, Essential Energy said repairs were underway across the storm-hit region, with “significant vegetation work to remove trees from power lines, re-standing power poles, replacing electrical assets and restringing power lines”.

“The weather pattern is still somewhat unpredictable. We’re expecting some increased rainfalls over the next 24 hours,” New South Wales Premier Chris Minns told a news conference.

Nevertheless, all but one of the evacuation notices in the state had been lifted, he said.

The wild weather has so far claimed at least one life, after a 61-year-old man’s four-wheel-drive pickup was swept off a bridge Friday in northern New South Wales.

He tried in vain to cling to a tree branch in the river before disappearing into the rapid waters, police said, and his body was found the next day.

In a separate incident Saturday, 13 soldiers were injured and taken to hospital when two army trucks rolled over during a deployment to clear roads near the flood-prone northern New South Wales city of Lismore.

All but one of the troops had been released from hospital by Monday, Defence Minister Richard Marles said.

“The one person who is still in hospital is in a stable condition. Not a life-threatening injury, and is expected to recover,” he told national broadcaster ABC.

“So that’s a relief.” — AFP

Ribut petir, angin kencang landa Sarawak pagi ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, antara daerah terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong) dan Mukah (Matu & Dalat & Mukah).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Amaran laut bergelora hingga Selasa ini

PETALING JAYA – Amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, utara Tioman, utara Bunguran, barat daya Reef North dan Sulawesi sehingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) di bahagian timur laut yang berkelajuan 50-60 kilometer/jam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore dan barat laut Reef North.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) turut dikeluarkan iaitu angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan timur laut Condore.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search