Jalan raya bertukar menjadi sungai akibat hujan lebat
- Admin UKK
- Berita
MEXICO CITY, 3 Jun - Beberapa jalan di Mexico City bertukar menjadi sungai selepas hujan lebat melanda ibu kota berkenaan pada Isnin.
Keadaan itu menyebabkan sebahagian besar kawasan terbabit tidak dapat diakses selain puluhan kenderaan ditenggelami banjir.
"Seluruh kawasan mula dinaiki air dalam beberapa minit. Kami tidak dapat menyelamatkan kereta, begitu juga dengan kenderaan," kata seorang penduduk.
Seorang lagi penduduk berkata, walaupun pihak berkuasa telah membantu selepas kejadian itu, masih banyak yang perlu dilakukan untuk membantu komuniti setempat.
"Ini adalah seruan kepada semua pejabat Datuk Bandar, kerajaan tempatan dan semua peringkat kerajaan persekutuan. Mereka membantu kami, tetapi mereka sepatutnya berbuat lebih kerana itu adalah tanggungjawab mereka," katanya.
Sementara itu, pihak berkuasa juga telah mengeluarkan amaran merah susulan angin kencang di beberapa kawasan termasuk Iztacalco, Iztapalapa, Coyoacan dan Venustiano Carranza.- VIORY