KUALA KRAI: Hujan lebat sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa kawasan sekitar Tanah Merah dan Kuala Krai mula dinaiki air.
Bagaimanapun setakat ini masih belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.
Penduduk Kampung Temalir, Ridzuan Mohd Noor, 34, berkata hujan lebat yang berterusan menyebabkan mereka sekeluarga berjaga-jaga disebabkan peningkatan paras air sungai yang berdekatan dengan kediamannya.
"Sekiranya hujan masih lagi belum berhenti, besar kemungkinan kami akan terputus hubungan disebabkan jambatan dan jalan kampung yang digunakan sebagai laluan utama ditenggelami banjir.
"Semoga hujan akan segera reda supaya paras sungai tidak bertambah," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Juniman Junoh berkata, pemantauan yang dilakukan setakat pada pagi tadi mendapati beberapa kawasan rendah sudah dinaiki air iaitu di Kampung Keroh, laluan masuk ke Ladang Pasir Gajah dan Jalan Bukit Sireh ke Kampung Bedal yang kini ditutup oleh semua kenderaan.
"Setakat ini keadaan terkawal, dan tiada sebarang proses pemindahan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS) dijalankan.
"Walau bagaimanapun, semua pihak perlu dalam keadaan bersedia selain saya juga memohon penduduk yang berada di kawasan rendah supaya bersiap sedia sekiranya diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa agar tiada berlaku sebarang insiden yang tidak diingini," katanya.
KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan proses pengambilan tanah bagi pembangunan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, ia sebagai usaha mempercepatkan pelaksanaan projek itu untuk mengatasi masalah banjir di negeri berkenaan.
Ahli Parlimen Tambun itu turut memaklumkan, fasa I, II dan III projek tebatan banjir di Rantau Panjang termasuk disenggara Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Dengan menyegerakan bermakna RM2 bilion tambahan (dibelanjakan), dalam masa sama penjimatan kos bagi tiga fasa PLSB Sungai Golok adalah RM1.7 bilion.
"Sebab itu saya katakan, soal tatakelola dan ketelusan projek harus dijaga," katanya ketika sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mengenai langkah proaktif kerajaan menangani banjir setiap kali musim monsun dan faktor luar jangka di kawasan sering serta berpotensi dilanda bah.
Dalam pada itu Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, penggabungan tiga fasa PLSB dan projek disenggara MKN ekoran melibatkan rundingan Sungai Golok-Rantau Panjang termasuk kerja mengorek dan membersihkan muara Sungai Golok antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Thailand.
Sementara itu Anwar menjelaskan, kerajaan turut mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi melaksanakan Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT) di Johor dengan kos RM1.64 bilion.
"Dua projek di Batu Pahat dan Ledang, maknanya projek-projek ini diawalkan 12 bulan daripada unjuran awal perancangan projek kerana ia mengambil masa.
"Kerajaan sejak 2024 telah beri kelonggaran kepada kerajaan negeri (gunakan) wang Marris (Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia) termasuk untuk menyediakan Jambatan Bailey," jelasnya.
‘Muar tak pakai baju Melayu hari ni?’
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA – ‘Muar tak pakai baju Melayu hari ni? Model pakaian tak ada hari ni? Hari ni pakai baju apa?’
Demikianlah usikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Bukan itu sahaja, seiisi Dewan Rakyat juga kelihatan terhibur dan bergelak tawa sehingga ada yang menyebut nama penyanyi popular, Bella Astillah.
“Saya gurau gurau je,” tambah Anwar selepas itu.
Syed Saddiq sebelum itu bertanyakan tentang langkah proaktif bagi menangani banjir pada setiap kali musim monsun serta faktor luar jangka di kawasan yang sering dilanda banjir serta berpotensi dilanda banjir pada masa akan datang.
Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella Astilah mencuri tumpuan netizen apabila kedua-dua mereka dilihat seperti pasangan pengantin kerana segak berpakaian tradisional Melayu mendaki Gunung Kinabalu. – KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan 126 projek tebatan banjir diluluskan membabitkan kos RM22.57 bilion.
Perdana Menteri berkata, ia membabitkan masing-masing 74 projek di peringkat pelaksanaan dan baki 35 lagi dalam fasa pra-pelaksanaan.
Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama pegawai Ketua Setiausaha Negara akan menyelaraskan projek tebatan yang menjadi keutamaan itu.
"Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bertanggungjawab (menyelaras projek tebatan banjir) memang sudah mengambil kira (kejadian banjir) sejak tahun lalu.
"Kita sudah memutuskan dan meneruskan program asal, termasuk mempercepatkan proses yang bermakna pengambilan tanah oleh kerajaan negeri akan disegerakan.
"Saya dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, semalam, singgung perkara ini kerana projek umpamanya yang harus disegerakan di Kelantan yang menghadapi masalah terbesar, kemudian tentunya Terengganu, Johor, Kedah dan negeri lain," katanya yang juga Menteri Kewangan pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai langkah proaktif bagi menangani banjir setiap kali musim monsun dan faktor luar jangka di kawasan sering serta berpotensi dilanda bah.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, proses pengambilan tanah dan Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT) Johor membabitkan kos bernilai RM1.64 bilion, turut dipercepatkan.
Selain itu, katanya, beberapa projek berkenaan sudah dimulakan, masing-masing dua projek di Segamat serta Batu Pahat dan Ledang yang diawalkan 12 bulan daripada unjuran awal perancangannya.
"Kita juga beri kelonggaran kepada kerajaan negeri supaya wang Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) diberikan, termasuk untuk menyediakan jambatan bailey. Kita setuju dan kelonggaran diberikan kepada kerajaan negeri sejak 2024.
"Kemudian apabila berlaku monsun, saya ucapkan terima kasih kepada kecekapan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan memberikan lebih RM200 juta kepada kerajaan negeri untuk membantu (mangsa banjir), termasuk di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.
"Justeru, untuk negeri termasuk (yang terjejas akibat kesan) monsun Timur Laut (MTL), tambahan (peruntukan bernilai) RM22.5 juta dalam (bentuk) bantuan makanan dan sokongan logistik disediakan," kata Ahli Parlimen Tambun itu.
KOTA KINABALU: Sabah hopes to build up the use of renewable energy, promote reforestation and adopt climate-smart agricultural practices as part of efforts to combat climate change, says Datuk Seri Hajiji Noor said.
“By investing in renewable energy, promoting reforestation, and adopting climate-smart agriculture, we can mitigate the worst effects of global warming and secure long-term food availability,” the Chief Minister said.
In Sabah, rising temperatures, unpredictable monsoon seasons, and intensified storms are devastating crops, destroying livelihoods, and displacing families, he said.
Hajiji added that coastal areas were increasingly vulnerable to saltwater intrusion into freshwater sources that further jeopardise both agriculture and drinking water supplies.
“While these trends are alarming, they are not irreversible. Combating climate change is not only an environmental necessity but also a moral obligation to future generations," he said at the Kinabalu Convention 2025: Food Security, Climate Change and Investment here.
His speech was delivered by Deputy Chief Minister Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.
Hajiji said that the Sabah government will collaborate with all stakeholders to combat climate change and its challenges.
He said the State Government was already taking steps in the agroforestry programmes, organic farming incentives, and community-based conservation projects aimed at building resilience among local populations.
“However, these efforts require sustained support not only from within Malaysia but also from international partners committed to fostering sustainable development,” he said.
He said addressing food insecurity and climate change requires more than goodwill since it demands substantial financial resources and strategic partnerships.
“Private sector should get involved and complement efforts by the government. We invite businesses, investors and all like-minded organisations to explore green investments to address these issues,” he said.
The Chief Minister said the convention offered an opportune platform to discuss, share knowledge and commit to concrete actions that included strengthening regional cooperation, promoting sustainable agriculture and empowering local communities.
Hajiji stressed that addressing food security issues begins with confronting its root cause, which is climate change.