PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Anwar: K'jaan terbuka terima permohonan projek baru Kelantan

Kerajaan terbuka untuk menerima permohonan projek baru yang mendesak dari Kelantan walaupun peruntukan untuk projek utama telah disenaraikan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata urutan keutamaan projek yang disenaraikan dalam RMK13 juga dibuat membabitkan libat urus secara langsung bersama kerajaan negeri.

"Walaupun RMK13 telah kita bentangkan, ada beberapa permohonan baru dikemukakan dan memikirkan ada keutamaan, kita akan kaji terutama jika projek itu mendesak seperti tebatan banjir, bekalan air, bekalan tenaga dan pembasmian kemiskinan tegar.

"Sekarang kita sudah mula libat urus Belanjawan negara yang tentunya mengambil kira RMK13, jadi mana yang boleh kita tambah dan utamakan, kita akan kaji semula,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu semalam.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata sesi libat urus telah dipermudah berbanding sebelum ini dengan mengambil kira input daripada kerajaan negeri.

"Maknanya setiap kali kunjungi negeri, ada satu sesi khas memberi ruang kepada kerajaan negeri memberi input selain pemantauan projek-projek yang sedang berjalan... kadang-kadang projek yang kita umumkan jumlahnya besar tetapi pelaksanaannya terbantut, sebab itu rundingan ini kita teruskan dengan maksud pelaksanaan yang lebih berkesan," katanya.

Menyentuh mengenai PMR 2025 Kelantan, Perdana Menteri berkata program itu adalah kesempatan terbaik buat kerajaan mendekati dan menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat.

"Mudah-mudahan menerusi Program MADANI Rakyat ini, kita dapat mendekati masalah rakyat selain mengangkat apa-apa program yang perlu diberi perhatian," katanya.

PMR 2025 Kelantan berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lepas dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai kementerian peneraju dan mendapat kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri serta disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Ia menawarkan lebih 100 perkhidmatan terus kepada rakyat, pameran teknologi terkini dan pelbagai inisiatif mendekati masyarakat melalui pendekatan menyeluruh Kerajaan MADANI.

Sementara itu, Anwar dalam hantaran di Facebook rasmi memaklumkan PMR 2025 Kelantan bukan sekadar ruang mengumumkan pencapaian tetapi medan rakyat menilai, bersuara, memberi sumbang saran berharga tentang kos sara hidup, pendidikan, keselamatan dan teknologi baru yang menjadi pemacu penting untuk memperkukuh dasar negara.

"Pertumbuhan ekonomi yang kita rancang mesti mengangkat taraf hidup rakyat... sebab itu, Kerajaan MADANI menaikkan gaji minimum, menambah pendapatan nelayan dan petani serta menaikkan gaji penjawat awam meskipun melibatkan peruntukan sehingga RM18 bilion kerana setiap titis keringat rakyat wajar dibalas dan dihargai.

"Kos sara hidup kita tangani secara berani dengan menyusun semula subsidi ayam, mengangkat hasil tempatan dan memacu produktiviti pertanian... langkah ini bukan sekadar mengawal harga tetapi membina kemandirian negara," katanya.

Anwar berkata generasi masa depan juga perlu dipersiap dengan ilmu kecerdasan buatan serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) manakala pendidikan moden digabungkan dengan turath Islam dan nilai budaya agar mereka teguh berakar pada warisan namun lincah bersaing di pentas dunia.

Beliau berkata inilah MADANI yang mendengar suara rakyat, bertindak dengan tekad dan memastikan kemajuan yang inklusif untuk semua.

- Bernama

 

 

 

MPP steps up tree clearing efforts in response to extreme weather

KUCHING (Aug 10): The Padawan Municipal Council (MPP) team has chopped down 124 withered trees while its contractors have cleared an average of 204 trees every month since January this year.

MPP chairman Tan Kai said his team had also trimmed and maintained 161 trees, and its contractors had trimmed 944 trees.

“In the past seven months, MPP, together with our contractors has also jointly cut down and trimmed 473 wild and unregistered trees, including coconut trees,” he said during a site inspection yesterday.

Tan said MPP is closely monitoring all the trees within its jurisdiction and will carry out the necessary tasks of either removing or trimming them regularly.

He said this aligns with the council’s mission to minimise risks and uphold public safety, particularly in light of the dangers posed by extreme weather these days.

During the inspection, the MPP chairman made sure that the contractor’s workers comply with the standard operating procedures in delivering their work.

Tan said the council will keep up its efforts to ensure that all the trees are well-maintained to prevent any untoward incidents.

“Inspection is just part of the monitoring job, and MPP will continue to assess the trees in MPP areas to make sure that they are able to sustain heavy rains and strong winds,” he added.

Sibu council continues battle against underground dumpsite fire

SIBU (Aug 10) The Sibu Municipal Council (SMC) is working to contain the spread of an underground fire at the closed Seng Ling dumpsite here, said its chairman Clarence Ting.

He confirmed that the fire has not yet been extinguished.

“Will continue to fight the underground fire till it is over. Now (we are) only containing the spread,” he told The Borneo Post today when asked if the fire had been extinguished.

On Friday, a check by The Borneo Post at the site found thick smoke billowing from the affected area.

Ting had earlier said the dumpsite has been burning since July 30.

“This dump site has been closed since 2010 for household waste and the land has been handed back to the Land and Survey Department,” he said then.

He added SMC was working with Natural Resources and Environment Board (NREB) to permanently close the dumpsite and works should start by the end of the year.

Thunderstorms, strong winds batter parts of Sarawak

KUCHING (Aug 10): Heavy rain and thunderstorms have been forecasted in several parts of Sarawak this afternoon until 6pm.

The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia), in an update, said the weather would affect Kuching (Bau and Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan and Asajaya), Sibu (Kanowit and Selangau), Mukah (Dalat and Mukah), Kapit (Song), Miri (Telang Usan) and Limbang.

Strong winds were reported earlier this afternoon, followed by heavy rain that caused flash floods in several areas in Kuching.

A video shared by Facebook user ‘Bella Hayati’ showed several penambang boats colliding due to the strong winds.

It is believed the video was taken while she was walking on the Darul Hana Bridge on her way to work.

This was followed by another bout of heavy rain, during which Bella recorded a second video showing downpours along the Kuching Waterfront.

Kebakaran hutan merebak, lebih 1,000 penduduk dipindahkan di Sepanyol

MADRID: Lebih 1,000 orang dipindahkan pada Ahad di bahagian barat laut Sepanyol apabila kebakaran hutan merebak, dipacu oleh suhu yang melampau dan angin kencang, menurut pihak berkuasa.

Sekitar 400 orang dipindahkan dari dalam dan sekitar bandar Carucedo, manakala 700 lagi dari beberapa pekan berhampiran Tapak Warisan Dunia UNESCO Las Médulas iaitu kawasan bekas lombong emas Rom yang terkenal dengan landskap merah yang unik.

Ketua kerajaan wilayah Castile dan Leon, Alfonso Mañueco, berkata pakar percaya beberapa kebakaran tersebut berpunca daripada perbuatan khianat.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan serangan terhadap nyawa, keselamatan orang awam, serta warisan sejarah dan alam semula jadi kami,” tulisnya di X.

Unit Kecemasan Tentera Sepanyol (UME) telah mengerahkan hampir 60 anggota tentera dan 20 kenderaan ke kawasan terbabit, menyertai operasi besar-besaran memadam kebakaran yang turut melibatkan pesawat dan jentolak bagi mewujudkan garisan pemutus api (firebreaks).

Pasukan bomba berkata, suhu panas terik, kelembapan udara yang rendah dan angin kuat yang sering berubah arah menyukarkan usaha mereka memadamkan kebakaran.

Kebakaran hutan turut menjejaskan kawasan utara Galicia dan Navarre ketika Sepanyol sedang mengalami gelombang haba yang kini memasuki minggu kedua, dengan suhu mencecah hampir 40 darjah Celsius di banyak kawasan.

Haba melampau ini dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga Khamis. Pihak berkuasa perlindungan awam telah mengeluarkan amaran risiko kebakaran hutan tinggi hingga melampau di sebahagian besar negara.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, menulis di X bahawa beliau sedang “memantau rapat kebakaran hutan” dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan kecemasan “atas usaha mereka yang tidak mengenal penat lelah.”

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search