SC lancar Cabaran COFAR, galak inovasi dalam penyelesaian adaptasi Iklim Pulau Carey
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dengan kerjasama ICAEW Malaysia, melancarkan Cabaran Adaptasi dan Ketahanan Banjir Pesisir (COFAR), satu inisiatif berfokus kepada pembangunan penyelesaian iklim berdaya tahan bagi komuniti pesisir seperti Pulau Carey di Selangor.
Cabaran ini mensasarkan penyertaan pelajar universiti dari seluruh negara bagi merangka penyelesaian adaptasi yang menggabungkan infrastruktur kejuruteraan dan pendekatan berasaskan alam semula jadi.
Setiap cadangan perlu mengandungi model kewangan yang berdaya maju dan boleh menjana pendapatan, selaras dengan matlamat SC untuk mengarusperdanakan daya tahan iklim dalam pasaran modal.
Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, cabaran COFAR adalah sebahagian daripada agenda Adaptasi dan Ketahanan SC, bertujuan membina kapasiti dan mendorong penyelesaian praktikal terhadap risiko iklim yang semakin meningkat di kawasan pesisir.
“Penyertaan generasi muda adalah penting dalam membentuk penyelesaian jangka panjang,” katanya dalam kenyataan. Pulau Carey yang dimiliki 79 peratus oleh SD Guthrie (Guthrie) menjadi lokasi kajian kes cabaran ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Upstream Malaysia Guthrie, Jeffry Faizal Kamaruddin berkata, Guthrie sebagai rakan teknikal akan menyediakan maklumat lokasi serta data kejuruteraan berkaitan sistem tebatan banjir sedia ada.
“Kami telah kenal pasti jurang dalam infrastruktur semasa seperti benteng dan sistem saliran.
“Penyertaan dalam COFAR membolehkan kami menilai penyelesaian baharu yang lebih berkesan dan menjimatkan kos,” ujarnya.
Turut serta sebagai rakan ilmu ialah SEADPRI-UKM, yang membekalkan kepakaran dalam pengurangan risiko bencana dan penyelidikan iklim.
ICAEW Malaysia melihat cabaran ini sebagai peluang memperkukuh kemahiran pelajar dalam bidang kewangan mampan.
Ketua ICAEW Malaysia, Shenola Gonzales pula berkata, cabaran ini membantu pelajar memahami bagaimana elemen kewangan boleh digunakan untuk menyokong penyelesaian iklim sebenar.
“Ini penting dalam membentuk profesional kewangan yang bersedia hadapi cabaran masa depan,” katanya.
Finalis COFAR akan berpeluang mempersembahkan idea mereka pada Sidang Kemuncak Kelestarian ICAEW pada November 2025 dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai sehingga RM50,000.
Mereka turut akan diberi pengiktirafan di Persidangan Antarabangsa ACMF, membuka peluang kerjaya dan penyelidikan dalam bidang iklim dan kewangan mampan di peringkat ASEAN.
Cabaran ini dibuka kepada semua pelajar universiti di Malaysia serta pelajar Malaysia di luar negara. Setiap pasukan mesti mempunyai lima hingga emam ahli, termasuk sekurang-kurangnya seorang pelajar dari bidang kewangan atau perakaunan dan seorang dari kejuruteraan. – UTUSAN
GERIK – Perak melakar sejarah tersendiri apabila memiliki tapak pendaratan helikopter (helipad) pertama dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia bagi mempercepatkan operasi pemadaman kebakaran hutan.
Pembinaan helipad di HSK Kenderong itu berhampiran telaga tiub yang dibina hasil kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak dan Jabatan Perhutanan Perak.
Penolong Pengarah (Seksyen Ladang Hutan dan Inovasi) Jabatan Perhutanan Perak, Farhan Sukiman berkata, kemudahan helipad dan telaga air itu menandakan pencapaian penting dalam kesiapsiagaan pengurusan kebakaran hutan di negeri Perak.
Katanya, inisiatif itu juga menjadi bukti bahawa kerjasama strategik antara agensi Persekutuan dan negeri serta teknikal mampu menghasilkan impak tinggi terhadap perlindungan sumber asli negara.
“Kedua-dua infrastruktur ini dibina di bawah Projek Pembinaan Infrastruktur dan Perolehan Kelengkapan Kebakaran Hutan di Negeri Perak (2023–2025).
“Pembinaan telaga tiub ini dibangunkan dengan ketetapan teknikal tinggi dan lengkap dengan pam, struktur perlindungan serta sistem keselamatan untuk memastikan ia sedia digunakan oleh pasukan kecemasan pada bila-bila masa,” katanya.
Menurut beliau, pembinaan helipad di lokasi strategik itu juga dijangka memendekkan masa operasi udara bagi memadam kebakaran hutan di sekitar Gunung Kenderong dan sepanjang jajaran Gerik-Kupang.
Katanya, punca air berhampiran telaga tiub itu juga menggantikan kebergantungan kepada sumber air terbuka di Sungai Perak dan Tasik Banding. – KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR: Selangor is ready to enhance cooperation with ASEAN nations to advance inclusive, sustainable, and connected urban development.
The state is implementing transformative economic and social initiatives under its long-term planning framework.
Norazlina Yusof, deputy director of the Local Authority Section at the Selangor Economic Planning Unit (UPEN), emphasised the state’s commitment to exchanging best practices with regional partners.
She spoke during the special session ‘Thriving Together: Cities Leading the Way in Inclusion and Sustainability’ at the ASEAN Sustainable Urbanisation Forum (ASUF).
She said, “Selangor contributes more than 26% to Malaysia’s gross domestic product (GDP) and has positioned itself as a smart, global and low-carbon state.”
Key projects driving Selangor’s sustainable agenda include the Selangor Greater Klang Valley (SGKV) metropolitan initiative, the Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS), and the Selangor Maritime Gateway (SMG).
These aim to boost aerospace, industrial growth, and river ecosystem revitalisation.
The state also launched the Selangor Climate Adaptation Centre (SCAC), Malaysia’s first state-level climate governance hub.
It focuses on low-carbon strategies, waste-to-energy technologies, and green job creation.
Norazlina added, “Selangor stands ready to collaborate with our ASEAN neighbours.
“We are already sharing experiences, and while it may not be perfect, our progress is adaptable.”
Social initiatives like Intizam Selangor Penyayang, the Rumah Selangor affordable housing scheme, and the SMART Selangor electric bus service further support inclusive urban development.
The session also featured insights from Fatma Sahin, Mayor of Gaziantep, Turkiye, and Megumi Fujita from Tokyo Metropolitan Government, discussing disaster resilience and urban governance. – Bernama
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan negara-negara ASEAN agar memastikan pembangunan pesat di kawasan bandar tidak mengabaikan aspek keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat berpendapatan rendah.
Beliau berkata, walaupun bandar-bandar di ASEAN menjadi enjin pertumbuhan ekonomi dengan menyumbang 70 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini bernilai AS$3.8 trilion setakat 2024, kemakmuran tersebut masih belum diagihkan secara saksama.
“Kita masih melihat pencakar langit berkilau yang membayangi penempatan setinggan, dan infrastruktur yang sudah melebihi kapasiti. Apabila ASEAN menuju menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, pembandaran mesti membawa bukan sahaja pertumbuhan, tetapi juga keadilan dan peluang untuk semua,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Perasmian ASEAN Sustainable Urbanisation Foruk (ASUF), ASEAN Governors and Mayors Forum (AGMF) dan Meeting of Governors and Mayors od ASEAN Capital (MGMAC) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Sementara itu, Fadillah juga memaklumkan pertumbuhan bandar yang terlalu pesat boleh menimbulkan jurang perbezaan ketara antara golongan kaya dan miskin, sekali gus menambah tekanan kepada krisis perumahan, kesesakan lalu lintas, pencemaran dan daya tahan iklim.
“Banjir berulang, jerebu tebal, dan jalan tenggelam bukan sekadar amaran. Ia panggilan untuk bertindak. Tindakan itu mesti bermula sekarang,” tegasnya.
Beliau menyeru Datuk Bandar dan kerajaan tempatan untuk menjadi ‘arkitek barisan hadapan’ dalam transformasi bandar, memanfaatkan teknologi seperti perancangan berasaskan kecerdasan buatan, bandar pintar dan perkongsian ilmu rentas sempadan.
“Kepimpinan anda akan menentukan sama ada bandar kita menjadi model kesaksamaan atau contoh amaran akibat pertumbuhan tidak terkawal,” katanya. – KOSMO! ONLINE
JERTIH: The Ministry of Agriculture and Food Security has issued a total of 2,153 Good Aquaculture Practice (MyGAP) certifications to aquaculture industry players across Malaysia.
Department of Fisheries deputy director-general (Management) Yeo Moi Eim noted steady growth in certifications over the past five years, with Terengganu showing significant progress.
A total of 45 MyGAP certifications have been awarded in Terengganu, including 25 to fish farmers in Besut district.
Yeo attributed this growth to increased awareness among operators, driven by DOF initiatives such as workshops and promotional campaigns.
The event was officiated by Terengganu Agriculture, Agro-based Industry, Food Security and Commodities Committee chairman Datuk Dr Azman Ibrahim.
Yeo explained that MyGAP certification recognises aquaculture entrepreneurs who meet standards for producing safe, high-quality products.
She emphasised that the certification reflects social responsibility, ensuring farm operations avoid environmental pollution and use safe ingredients.
Meanwhile, Azman stated the Terengganu government aims to help 500 farmers obtain MyGAP certification within two years.
He identified land status as a key obstacle for farmers seeking certification, with the state government taking measures to resolve illegal cultivation issues.
Most cases have been addressed, including areas gazetted under the Aquaculture Industry Zone. – Bernama
