PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

Program Asean Committee on Disaster Management (ACDM): Mesyuarat Ke-10 ACDM Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG On PRR) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan serta Aktiviti-Aktiviti di bawah WG On PRR | 5 hingga 7 Ogos 2025 | Pulau Langkawi, Kedah
 
Telah berlangsung program ACDM di bawah Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG On PRR) yang dipengerusikan oleh Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar NADMA selaku wakil National Disaster Management Organization (NDMO) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar. WG on PRR merupakan salah satu kumpulan kerja di bawah ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) yang berperanan penting dalam menyelaras usaha serantau berkaitan kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan bencana.
 
Kumpulan kerja ini dipengerusikan bersama oleh Malaysia, Myanmar dan Singapura. Fokus utama WG on PRR adalah memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara anggota ASEAN terhadap bencana, meningkatkan keberkesanan tindak balas sewaktu kejadian bencana serta memastikan proses pemulihan pasca bencana dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Selaras dengan ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) dan AADMER Work Programme, kumpulan kerja ini juga berperanan membangunkan pelan, garis panduan dan strategi serantau bagi mengurangkan risiko serta kesan bencana.
 
Mesyuarat WG on PRR kali ini merupakan mesyuarat terakhir bagi kitaran semasa AADMER Work Programme 2021–2025, sebelum memasuki fasa baharu program kerja seterusnya. Penganjuran program ini dilaksanakan oleh AHA Centre selaku penganjur utama, manakala NADMA bertindak sebagai tuan rumah bagi mesyuarat kali ini. Program ini telah dihadiri oleh ahli-ahli kumpulan kerja iaitu NDMO dari Brunei, Filipina, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor-Leste selaku pemerhati selain turut disertai oleh Sekretariat ASEAN dan AHA Centre. Turut hadir ialah wakil daripada Mission of Japan to ASEAN serta Japan-ASEAN Integrated Fund (JAIF) Management Team.
 
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai NADMA yang terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah (Logistik), Ketua Penolong Pengarah (Mitigasi), Penolong Pengarah Kanan I dan II (Dasar) dan Penolong Pengarah (Operasi) selaku wakil Malaysia untuk mesyuarat dan program yang berkaitan.
Previous Next

Kunjungan Hormat Mitracorp Resources Sdn. Bhd. kepada Ketua Pengarah NADMA | 7 Ogos 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menerima kunjungan hormat daripada Mitracorp Resources Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Pengarah Syarikat, Ts. Zakir Yusoff. Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan pelbagai isu berkaitan ICT bagi menambah baik perkhidmatan sedia ada syarikat kepada NADMA.
 
Kunjungan hormat ini turut disertai Zerajmahal Biansing, Ketua Teknikal dan Siti Aishah Aminuddin, Ketua Operasi. Manakala pihak NADMA, dihadiri oleh Mohamed Azriza Abdul Karim, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Ts. Abrar Noor Akramin Kamarudin, Seksyen Teknologi Maklumat.
Previous Next

Majlis Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) | 5 Ogos 2025 | Pelabuhan Senari, Sarawak
 
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Anak Embas, Timbalan Premier Sarawak I, Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Sarawak, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
 
Majlis ini merupakan simbolik penyerahan sebanyak dua (2) set Jambatan Bailey daripada NADMA kepada Kerajaan Negeri Sarawak sebagai salah satu usaha memperkukuh kesiapsiagaan negeri dalam menghadapi bencana, khususnya ketika berlakunya gangguan jaringan jalan raya. Inisiatif ini adalah selaras dengan mandat YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam memperkasakan pengurusan bencana di seluruh negara.
 
Delegasi NADMA diketuai oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) serta Pengarah- Pengarah Seksyen NADMA merangkumi Pengarah Seksyen Logistik, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.
Previous Next

Operasi Pembenihan Awan di Bukit Merah, Perak | 4 Ogos 2025
 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan tadahan Empangan Bukit Merah, Perak.
 
Penerbangan operasi pada hari ini turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, bersama Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah serta Panglima Operasi Udara, YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon dan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MET Malaysia, YBrs. En Zunaidi bin Mat.
 
Operasi ini dilaksanakan berikutan keadaan cuaca panas berpanjangan yang menyebabkan paras air di empangan berada pada tahap sangat kritikal, dengan peratusan takungan air hanya mencatatkan 12.21% setakat 31 Julai 2025.
 
Tujuan pelaksanaan OPA ini adalah bagi meningkatkan paras air di kawasan tadahan empangan, memastikan kelangsungan bekalan air domestik dan pertanian, serta mengurangkan kesan jerebu yang turut dialami di beberapa kawasan dalam tempoh Monsun Barat Daya ini.
 
Operasi pada hari ini telah menggunakan kaedah pembenihan basah dengan penyemburan larutan garam (natrium klorida) ke dalam awan kumulus menara pada ketinggian 5,000 hingga 8,000 kaki. Proses ini dilaksanakan dengan teliti oleh pasukan MET Malaysia, dengan sokongan logistik pesawat TUDM.
 
Semoga pelaksanaan operasi ini dapat membantu menambah paras air empangan secara berperingkat serta mengurangkan kesan negatif fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search