Majlis Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) | 5 Ogos 2025 | Pelabuhan Senari, Sarawak
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Anak Embas, Timbalan Premier Sarawak I, Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Sarawak, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
Majlis ini merupakan simbolik penyerahan sebanyak dua (2) set Jambatan Bailey daripada NADMA kepada Kerajaan Negeri Sarawak sebagai salah satu usaha memperkukuh kesiapsiagaan negeri dalam menghadapi bencana, khususnya ketika berlakunya gangguan jaringan jalan raya. Inisiatif ini adalah selaras dengan mandat YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam memperkasakan pengurusan bencana di seluruh negara.
Delegasi NADMA diketuai oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) serta Pengarah- Pengarah Seksyen NADMA merangkumi Pengarah Seksyen Logistik, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.