PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Operasi Pembenihan Awan di Bukit Merah, Perak

Operasi Pembenihan Awan di Bukit Merah, Perak | 4 Ogos 2025
 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan tadahan Empangan Bukit Merah, Perak.
 
Penerbangan operasi pada hari ini turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, bersama Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah serta Panglima Operasi Udara, YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon dan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MET Malaysia, YBrs. En Zunaidi bin Mat.
 
Operasi ini dilaksanakan berikutan keadaan cuaca panas berpanjangan yang menyebabkan paras air di empangan berada pada tahap sangat kritikal, dengan peratusan takungan air hanya mencatatkan 12.21% setakat 31 Julai 2025.
 
Tujuan pelaksanaan OPA ini adalah bagi meningkatkan paras air di kawasan tadahan empangan, memastikan kelangsungan bekalan air domestik dan pertanian, serta mengurangkan kesan jerebu yang turut dialami di beberapa kawasan dalam tempoh Monsun Barat Daya ini.
 
Operasi pada hari ini telah menggunakan kaedah pembenihan basah dengan penyemburan larutan garam (natrium klorida) ke dalam awan kumulus menara pada ketinggian 5,000 hingga 8,000 kaki. Proses ini dilaksanakan dengan teliti oleh pasukan MET Malaysia, dengan sokongan logistik pesawat TUDM.
 
Semoga pelaksanaan operasi ini dapat membantu menambah paras air empangan secara berperingkat serta mengurangkan kesan negatif fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search