PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Mesyuarat 21st Emergency Preparedness Working Group (EPWG 21) dan 18th APEC Senior Disaster Management Officials’ Forum (SDMOF 18)

Mesyuarat 21st Emergency Preparedness Working Group (EPWG 21) dan 18th APEC Senior Disaster Management Officials’ Forum (SDMOF 18) | 30 Julai 2025 hingga 1 Ogos 2025 | Incheon, Republik Korea
 
Dalam Sesi 6 EPWG 21 – Prioritizing Community Leadership in Responses to Complex Disasters, Malaysia telah mencadangkan penubuhan APEC Community Leadership Models Repository yang bertujuan mengumpul dan berkongsi model kepimpinan komuniti yang berkesan bagi memperkukuh kesiapsiagaan bencana dalam kalangan ekonomi APEC.
 
Malaysia juga telah membuat pembentangan bertajuk Data-Driven Innovations in Disaster Management: Strengthening Multi-Layered Governance in Malaysia pada Sesi 4.2 SDMOF 18 – Strengthening Multi-Layered Governance for Resilient Disaster Management. Pembentangan ini menekankan peranan penting MyDIMS sebagai platform pengumpulan data dan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) sebagai pusat koordinasi utama yang menggunakan inovasi berasaskan data dalam memperkukuh kerjasama pelbagai peringkat dalam pengurusan bencana.
 
Selain itu, YBhg. Datuk Dr. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA turut berkesempatan melawat pameran yang dianjurkan sempena APEC 2025, yang menampilkan pendedahan serta perkongsian teknologi terkini dalam pengurusan bencana kepada semua delegasi APEC. Pada hari terakhir program, satu (1) lawatan kerja telah diadakan bersama delegasi-delegasi APEC ke beberapa lokasi bersejarah dan berteknologi tinggi di Republik Korea. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada delegasi mengenai warisan budaya Republik Korea serta pendekatan moden dalam pengurusan keselamatan dan pembangunan bandar pintar.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search