PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Mesyuarat 21st Emergency Preparedness Working Group (EPWG 21) dan 18th APEC Senior Disaster Management Officials’ Forum (SDMOF 18)

Mesyuarat 21st Emergency Preparedness Working Group (EPWG 21) dan 18th APEC Senior Disaster Management Officials’ Forum (SDMOF 18) | 30 Julai 2025 hingga 1 Ogos 2025 | Incheon, Republik Korea
 
Telah berlangsung Mesyuarat 21st Emergency Preparedness Working Group (EPWG 21) dan 18th APEC Senior Disaster Management Officials’ Forum yang bertemakan “Advancing Disaster Risk Reduction in Asia-Pacific: Partnerships for a Resilient and Prosperous Future”, merupakan platform kerjasama utama bagi ekonomi APEC dalam memperkukuh pengurusan risiko bencana serantau.
 
Delegasi NADMA telah diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bersama Encik Muhamad Faid Nazri, Penolong Pengarah Kanan II (Dasar) yang hadir selaku national focal point bagi EPWG Malaysia. Kedua-dua mesyuarat dan forum ini juga turut dihadiri oleh ekonomi-ekonomi APEC iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei Darussalam, Chile, China, Filipina, Indonesia, Jepun, Korea, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam yang berkongsi pengalaman serta strategi masing-masing dalam usaha memperkukuh ketahanan bencana serantau.
 
Sebanyak 41 pembentangan telah disampaikan oleh wakil-wakil ekonomi APEC dan organisasi-organisasi antarabangsa semasa mesyuarat EPWG 21 dan SDMOF 18. Malaysia turut terlibat dalam pelbagai intervensi serta soal jawab dalam kedua-dua mesyuarat dan forum tersebut yang memberi fokus kepada pemanfaatan teknologi digital, analisis data besar, emerging risks, sistem-sistem amaran awal dan pemerkasaan komuniti sebagai elemen utama dalam mempertingkatkan daya tahan bencana di rantau Asia-Pasifik.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search