MIRI (Dec 10): The teachers at SMK Suai have gone the extra mile to ensure that all 22 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) candidates from the school, stranded by floodwaters at their longhouses, could reach school to sit for their examinations.
Heavy rain since Monday night had submerged the surrounding areas and access routes, leaving students unable to travel.
The school’s senior assistant for Form 6, Wong Ling Ing, said that the teachers coordinated efforts to fetch the affected students for the Geography paper scheduled yesterday morning.
“Yes, I am waiting for two more SPM candidates taking the Geography paper today.
“Once they arrive, we will send them straight to school. Earlier this morning, we managed to bring one student back,” she said when met early Tuesday.
One student was temporarily placed at SMK Bakong to ease travel to the examination centre amidst the flooded routes.
Wong added that the tachers would continue deploying to various locations this week to ensure all students sit for their exams.
Deputy Minister for Women, Childhood and Community Wellbeing Development Datuk Rosey Yunus, who is Bekenu assemblywoman, also visited the area to inspect flood-affected villages.
SETIAP tahun pasti antara kita mengimpikan satu percutian yang mampu memberikan ketenangan. Tidak kiralah sama ada percutian itu di dalam negara atau di luar Malaysia.
Namun tahun ini mungkin antara kita terpaksa ‘mengorbankan’ impian bercuti dek kerana hukum alam apabila ada antara negara-negara terutama di Asia Tenggara kini dilanda cuaca ekstrem tidak menentu.
Tidak perlu melihat jauh, negara-negara jiran kita terpaksa berdepan dengan episod duka apabila Thailand dan Indonesia mengalami banjir besar dan tanah runtuh selain negeri utara iaitu Perlis turut mengalami nasib serupa.
Bulan lalu sahaja, kita dikejutkan dengan banjir besar yang melanda Hatyai, Thailand apabila sebanyak 105 mayat dijumpai sepanjang tempoh lima hari kejadian banjir yang melanda kawasan bandar itu pada bulan lalu.
Jurucakap Pusat Operasi Kecemasan Banjir (Focec) Selatan Thai, Siripong Angkasakulkiat berkata, jumlah itu dilaporkan oleh Unit Sains Forensik Polis Wilayah.
Katanya, setakat ini, sebanyak 85 mayat menjalani beberapa proses termasuk bedah siasat, manakala lebih 20 lagi masih dalam siasatan.
Akibat banjir di Hatyai itu juga, rakyat Malaysia turut terkena tempias apabila kenderaan-kenderaan mereka yang dibawa masuk ke wilayah itu ditenggelami air termasuk bas-bas Malaysia yang membawa pelancong.
Kata beliau, hal ini kerana sifat semula jadi atmosfera yang amat sensitif kepada kekacauan kecil, menyebabkan kondisi-kondisi atmosfera yang lebih kurang, namun kejadian-kejadian yang terjadi boleh berlaku berbeza.
“Bagi orang ramai yang tidak mempunyai akses kepada sumber-sumber untuk meramal kejadian cuaca ekstrem yang bakal berlaku, kita sebenarnya boleh melindungi kita dengan melengkapkan ilmu pengetahuan berkenaan corak iklim di tempat kita tinggal ataupun bakal melawat.
“Contohnya, kita semua tahu corak iklim di Pantai Timur Semanjung julat hujannya lebih tinggi menjelang hujung tahun.
“Walaupun pengetahuan ini tidak akan memberitahu kita pada hari apa atau masa bila hujan lebat akan turun tetapi ianya boleh menyebabkan risiko bahawa kita mungkin boleh terkena dengan cabaran cuaca ekstrem,” ujar beliau.
Mengulas lanjut, walaupun ada sesetengah mungkin berada di tempat kurang berisiko dilanda cuaca ekstrem, ia tidak seharusnya dipandang mudah.
“Kita tidak boleh menolak hukum alam tetapi kita boleh menjauhinya dengan sentiasa peka terhadap nasihat dan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Meteorologi Malaysia dan bukannya daripada sumber tidak sahih di media sosial.
“Tidak salah untuk mempercayai ramalan sumber terbuka, namun harus berhati-hati kerana bimbang imformasi yang diterima, ditokok tambah dengan imaginasi apatah lagi dunia moden sekarang terdedah dengan kandungan berasaskan kecerdasan buatan (AI),” katanya.
KUALA NERUS – Penduduk Kampung Pengkalan Maras di sini, kini dilanda kegusaran yang kian memuncak apabila hakisan pantai di perkampungan mereka semakin merebak.
Setiap malam sejak minggu lalu, deruan ombak besar terus ‘menggempur’ pesisir pantai sehingga menghakis tanah dan mengancam rumah penduduk, surau, premis perniagaan dan kemudahan nelayan yang terletak berhampiran pesisir pantai.
Seorang penduduk, Zulkefli Abd. Ghani, 62, berkata, Surau Kampung Pengkalan Maras seakan menunggu masa untuk rebah akibat hakisan pantai.
“Beberapa batang pokok kelapa yang terletak di pekarangan surau tumbang akibat hakisan.
“Kami risau kerana struktur tapak surau tersebut dibadai ombak setinggi tiga meter hampir setiap malam pada musim tengkujuh ini,” katanya kepada Kosmo! di Kampung Pengkalan Maras di sini semalam.
Seorang peniaga ikan, Mohd. Dzulfaizi Mazlan, 41, berkata, Pasar Nelayan Pengkalan Maras yang menjadi lokasinya mencari rezeki juga turut berhadapan ancaman hakisan.
“Bahagian di belakang pasar yang menghadap pesisir pantai sedikit demi sedikit telah terhakis sejak sembilan tahun lalu.
Pengusaha kedai makan, Nor Fazilah Mustafa, 38, pula seakan hilang harapan apabila premis perniagaan milik keluarganya sejak lebih 30 tahun lalu hanya menunggu masa untuk ‘ditelan’ hakisan pantai.
“Kami terpaksa mengosongkan kedai makan tersebut baru-baru ini demi keselamatan diri dan pelanggan.
“Sedih sebab rezeki berniaga di premis inilah, ayah, Mustafa Sulaiman, 60, menyara kami sekeluarga sejak tiga dekad lalu,” katanya.
Nor Fazilah juga buntu untuk bangkit semula berniaga kerana kekurangan modal, apatah lagi sewa premis baharu juga agak tinggi yang di luar kemampuannya.
IPOH – Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak mengambil tindakan segera dengan menambah 12 unit pam air kecemasan mudah alih bagi mengatasi masalah banjir genang yang melanda beberapa kawasan di Bagan Datuk susulan hujan ekstrem pada akhir November lalu.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas daerah Bagan Datuk menjadi antara lokasi paling terkesan akibat hujan berterusan dari 23 hingga 27 November yang turut mencetuskan limpahan air sungai.
“Selain tiga pam kekal berkapasiti 50 cusec di Rumah Pam Rungkup, JPS telah menggerakkan tambahan 12 pam mudah alih di beberapa lokasi strategik seperti Rumah Pam Rungkup, Tebuk Semani, Sungai Balai dan Sungai Nipah.
“Kerja-kerja mengorekpulih saliran di Tebuk Semani turut dilaksanakan bagi melancarkan aliran air keluar. Pemantauan setakat 9 Disember menunjukkan keadaan banjir genang semakin berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohammad Nizar berkata, daerah Bagan Datuk sememangnya terdedah kepada banjir disebabkan kedudukan topografi yang rendah dan jaringan parit yang berfungsi sebagai parit takungan menyebabkan aliran air ke laut bergantung sepenuhnya kepada pintu-pintu air.
Menurutnya, bagi penyelesaian jangka panjang, JPS telah menyiapkan reka bentuk semula Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bagan Datuk selepas menerima bantahan penduduk terhadap jajaran asal yang melibatkan pengambilan tanah.
“Terkini, setelah mengambil kira reka bentuk jajaran baharu, JPS bersedia untuk mengiklankan projek Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk ini dengan kos berjumlah RM87.6 juta pada April 2026.
“JPS Perak juga akan memohon tambahan projek RTB Bagan Datuk Fasa 2 melalui Rolling Plan Kedua, RMK-13 (Rancangan Malaysia Ke-13) bagi penyelesaian masalah banjir yang menyeluruh di daerah Bagan Datuk,” katanya.
Sementara itu, Mohammad Nizar mengingatkan semua pihak termasuk pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan agar memastikan kebersihan saliran serta pematuhan piawaian pembinaan dalam parit bagi mengelakkan aliran tersumbat.
Beliau pada masa sama menasihatkan penduduk supaya mendapatkan maklumat melalui saluran sah serta terus bersabar sementara kerja-kerja mitigasi dilaksanakan.
COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka mengeluarkan amaran tanah runtuh terbaru ketika hujan lebat melanda kawasan yang musnah akibat taufan kuat, dengan jumlah korban semasa meningkat kepada 618 orang.
Rangkaian ribut tropika dan hujan monsun melanda Asia Tenggara dan Asia Selatan dengan ia mencetuskan tanah runtuh, menenggelamkan kawasan daratan yang luas dan memutuskan hubungan penduduk dari hutan hujan Pulau Sumatera hingga ke ladang di Sri Lanka.
Sekurang-kurangnya 1,812 orang dilaporkan maut susulan bencana alam yang melanda Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam sepanjang dua minggu lalu.
Presiden Indonesia, Prabowo Subiantohari ini berikrar untuk meningkatkan penyaluran bantuan, susulan demonstrasi rakyat selepas jumlah kematian di negara itu melebihi 900 orang.
Sementara itu, lebih dua juta orang di Sri Lanka iaitu hampir 10 peratus daripada penduduknya terjejas disebabkan banjir dan tanah runtuh minggu lalu yang dicetuskan oleh Taufan Ditwah, iaitu bencana terburuk di pulau itu dalam abad ini.
Pusat Pengurusan Bencana (DMC), berkata ribut monsun menyebabkan taburan hujan yang lebih tinggi dan menjadikan cerun bukit tidak stabil, termasuk di kawasan pergunungan tengah dan tanah tinggi barat laut.
Helikopter dan pesawat digunakan hari ini untuk menyalurkan bekalan kepada komuniti yang terputus hubungan akibat tanah runtuh.
Tentera Udara Sri Lanka berkata, pihaknya turut menerima bekalan bantuan dari Myanmar semalam. Kerajaan Sri Lanka mengesahkan 618 kematian, 464 dari kawasan pertanian teh yang subur, manakala 209 orang lagi masih hilang.
Lebih daripada 75,000 rumah mengalami kerosakan, termasuk hampir 5,000 yang musnah sepenuhnya. - AFP
