PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sri Lanka keluarkan amaran tanah runtuh terbaru

Sri Lanka keluarkan amaran tanah runtuh terbaru

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka mengeluarkan amaran tanah runtuh terbaru ketika hujan lebat melanda kawasan yang musnah akibat taufan kuat, dengan jumlah korban semasa meningkat kepada 618 orang.

Rangkaian ribut tropika dan hujan monsun melanda Asia Tenggara dan Asia Selatan dengan ia mencetuskan tanah runtuh, menenggelamkan kawasan daratan yang luas dan memutuskan hubungan penduduk dari hutan hujan Pulau Sumatera hingga ke ladang di Sri Lanka.

Sekurang-kurangnya 1,812 orang dilaporkan maut susulan bencana alam yang melanda Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam sepanjang dua minggu lalu.

Presiden Indonesia, Prabowo Subiantohari ini berikrar untuk meningkatkan penyaluran bantuan, susulan demonstrasi rakyat selepas jumlah kematian di negara itu melebihi 900 orang.

Sementara itu, lebih dua juta orang di Sri Lanka iaitu hampir 10 peratus daripada penduduknya terjejas disebabkan banjir dan tanah runtuh minggu lalu yang dicetuskan oleh Taufan Ditwah, iaitu bencana terburuk di pulau itu dalam abad ini.

Pusat Pengurusan Bencana (DMC), berkata ribut monsun menyebabkan taburan hujan yang lebih tinggi dan menjadikan cerun bukit tidak stabil, termasuk di kawasan pergunungan tengah dan tanah tinggi barat laut.

Helikopter dan pesawat digunakan hari ini untuk menyalurkan bekalan kepada komuniti yang terputus hubungan akibat tanah runtuh.

Tentera Udara Sri Lanka berkata, pihaknya turut menerima bekalan bantuan dari Myanmar semalam. Kerajaan Sri Lanka mengesahkan 618 kematian, 464 dari kawasan pertanian teh yang subur, manakala 209 orang lagi masih hilang.

Lebih daripada 75,000 rumah mengalami kerosakan, termasuk hampir 5,000 yang musnah sepenuhnya. - AFP

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search