OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

HARI KETIGA OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS | 19 MEI 2026
Β 
πŸ“ Pangkalan Udara Subang
Β 
Hari ini adalah hari terakhir OPA diadakan di kawasan utara Semenanjung. Seawal 8.00 pagi Pasukan Teknikal MET Malaysia telah membuat bancuhan air garam. Para petugas turut menghadiri sesi taklimat pelaksanaan operasi dan keselamatan yang diberikan oleh pihak TUDM dan MET Malaysia pada jam 11.30 pagi sebagai persediaan sebelum penerbangan.
Β 
OPA hari ini bermula seawal jam 1.35 petang dengan membawa 4 tangki bancuhan garam bersamaan 6,000 liter bagi kegunaan semburan dari ketinggian 5,000 – 9,000 kaki semasa pembenihan awan dibuat.
Tumpuan kawasan sasaran hari ini adalah di Negeri Kedah melibatkan lokasi empangan yang sama iaitu empangan Beris, Muda, Pedu dan Ahning.
Β 
Ir. Muhammad Fahmi Zaharudin dan Encik Salleh Othman dari Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut menyertai operasi pada hari ini bagi membuat tinjauan pelaksanaan operasi.
Alhamdulillah, pada hari ini terdapat banyak awan Kumulus Menara yang sesuai untuk dibuat pembenihan di semua kawasan sasar
an. Operasi berakhir pada jam 3.00 petang.
Daripada produk Radar QPE (Quantitative Precipitation Estimation) pada resolusi data tinggi 1 kilometer (km) menunjukkan terdapat pola taburan anggaran hujan di semua empangan bermula dari pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
Β 
Pelaksanaan OPA hari ketiga di kawasan utara pada hari ini berjaya menurunkan hujan di kawasan sasaran OPA.
Previous Next

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“πˆπŒππ€π‹π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ€π–π€π‹π€π 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐍𝐃𝐂𝐂) | πŸπŸ— πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
πŸ“Pulau Meranti, Puchong
Β 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menerima lawatan daripada Timbalan Menteri Digital, YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Beliau telah disambut oleh Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim.
Β 
Pertemuan ini menjadi platform perbincangan dan perkongsian pandangan ke arah memperkukuh kerjasama strategik antara Kementerian Digital dan NADMA.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha mempertingkat kesiapsiagaan, memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkasakan pengurusan bencana negara melalui penggunaan teknologi digital.
Β 
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh sinergi strategik ke arah pengurusan bencana negara yang lebih cekap, responsif dan berdaya tahan.
Previous Next

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π‘π„ππ”ππ‹πˆπŠ 𝐂𝐔𝐁𝐀 πŠπ„ ππ€πƒπŒπ€ | πŸπŸ— πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Cuba ke Malaysia, T.E. Yadira Ledesma HernΓ‘ndez bertempat di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya. Beliau disambut oleh Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan.
Β 
Antara perkara yang dibincangkan termasuk perkongsian pengalaman serta potensi kerjasama dua hala dalam bidang pengurusan bencana, pengurangan risiko bencana, kesiapsiagaan kecemasan dan pembangunan daya tahan komuniti.
Β 
Kunjungan ini mencerminkan hubungan baik antara Malaysia dan Republik Cuba serta komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik berkaitan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan.
Previous Next

HARI KEDUA OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS | 18 MEI 2026
Β 
πŸ“ Pangkalan Udara Subang
Β 
Hari ini adalah hari kedua OPA di kawasan utara semenanjung yang diselaraskan oleh NADMA sebagai persediaan menghadapi musim panas yang boleh mengakibatkan gangguan bekalan air kepada rakyat.
Operasi bermula jam 1.40 petang dengan membawa 4 tangki larutan garam. Kawasan sasaran pembenihan awan pada hari ini adalah di Empangan Timah Tasoh, Negeri Perlis dan disusuli di Negeri Kedah melibatkan Empangan Ahning, Pedu, Muda dan Beris. Operasi berakhir pada jam 4.35 petang. OPA akan diteruskan pada esok hari.
Β 
Keadaan cuaca panas serta hujan berkurangan di musim MBD ini akan menyebabkan kemerosotan paras air di sungai-sungai dan empangan yang lebih ketara.
Oleh itu, orang ramai dinasihat supaya menggunakan bekalan air secara berhemat bagi memastikan sumber air bertahan lebih lama.
Previous Next

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŠπŽπŽπ‘πƒπˆππ€π’πˆ πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸπŸ– πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
πŸ“Bilik Mesyuarat Ruan Changkul, Aras 7
Β 
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Operasi Pembenihan Awan (OPA) Bagi Tahun 2026 pada hari ini bagi menyelaras tindakan segera penyelarasan operasi, logistik serta koordinasi di lapangan.
Β 
Tindakan segera ini adalah sebagai langkah kesiapsiagaan dalam menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) yang telah bermula pada 14 Mei 2026 yang lalu. Perbincangan memberi fokus kepada aspek tindakan bersepadu antara agensi supaya pelaksanaan OPA dapat diselaraskan secara efektif dan berkesan.
Β 
Antara agensi yang hadir di mesyuarat ini adalah wakil dari Kementerian Luar Negari (KLN), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), MET Malaysia, Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) serta para pegawai kanan NADMA.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search