OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐇𝐇 𝐇𝐄𝐀𝐋𝐓𝐇𝐂𝐀𝐑𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 | 𝟐𝟐 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍Bilik Mesyuarat Suang Duyung, NADMA, Putrajaya
 
Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Integrated Healthcare Holdings (IHH) Healthcare Malaysia pada hari ini bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan tindak balas bencana di peringkat nasional.
 
Perbincangan turut memberi fokus kepada usaha mempertingkat koordinasi dan sokongan tindak balas kecemasan khususnya dalam menghadapi situasi banjir dan bencana yang memberi kesan kepada komuniti di seluruh negara.
 
Mesyuarat ini juga membincangkan inisiatif penubuhan Emergency Medical Response Team (EMRT) oleh Integrated Healthcare Holdings (IHH) Healthcare Malaysia sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan sektor kesihatan dan sokongan kepada sektor awam dalam pengurusan situasi kritikal secara bersepadu.
 
Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah pegawai-pegawai daripada Integrated Healthcare Holdings (IHH) Healthcare Malaysia serta pegawai kanan NADMA.
Previous Next

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀) | 𝟐𝟐 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍Dewan Serbaguna, Aras B2, SP5
 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Perhimpunan Bulanan bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Setia Perkasa 5, Putrajaya.
 
Majlis dimulakan dengan amanat oleh Ketua Pengarah NADMA yang merakamkan ucapan tahniah kepada 16 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 sebagai penghargaan atas prestasi dan komitmen cemerlang yang telah ditunjukkan. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada 7 orang pesara atas segala jasa, pengorbanan dan bakti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka kepada organisasi dan negara.
 
Dalam ucapannya, beliau menyeru seluruh warga NADMA agar terus mengekalkan budaya kerja yang pantas, responsif, profesional dan berintegriti tinggi selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam.
Previous Next

𝙒𝙀𝘼𝙏𝙃𝙀𝙍 𝘼𝙉𝘿 𝘾𝙇𝙄𝙈𝘼𝙏𝙀 𝙎𝘾𝙄𝙀𝙉𝘾𝙀 𝙁𝙊𝙍 𝙎𝙀𝙍𝙑𝙄𝘾𝙀𝙎 𝙋𝙍𝙊𝙂𝙍𝘼𝙈𝙈𝙀 (𝙒𝘾𝙎𝙎𝙋) 𝙎𝙊𝙐𝙏𝙃𝙀𝘼𝙎𝙏 𝘼𝙎𝙄𝘼 𝙍𝙀𝙂𝙄𝙊𝙉𝘼𝙇 𝙒𝙊𝙍𝙆𝙎𝙃𝙊𝙋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟖–𝟐𝟏 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍 Shangri-La Mactan, Cebu, Filipina
 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyertai 𝘞𝘦𝘢𝘵𝘩𝘦𝘳 𝘢𝘯𝘥 𝘊𝘭𝘪𝘮𝘢𝘵𝘦 𝘚𝘤𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘧𝘰𝘳 𝘚𝘦𝘳𝘷𝘪𝘤𝘦𝘴 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘮𝘦 (𝘞𝘊𝘚𝘚𝘗) 𝘚𝘰𝘶𝘵𝘩𝘦𝘢𝘴𝘵 𝘈𝘴𝘪𝘢 𝘙𝘦𝘨𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘴𝘩𝘰𝘱 2026 yang diadakan di Cebu, Filipina selama 4 hari.
 
Bengkel ini telah dihadiri oleh dua orang pegawai NADMA iaitu Kol.Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir Md Naziri, Pengarah Seksyen Mitigasi yang juga merupakan ketua delegasi Malaysia dan Encik Rosnadi Majid, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Turut disertai oleh para pegawai daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) , Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
 
Bengkel ini menghimpunkan para saintis dan peramal cuaca dari pelbagai negara rakan kongsi dan pihak yang berkaitan untuk bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman, dengan tujuan untuk menambah baik penggunaan Ensembles dan penyampaian ramalan-ramalan (ketidaktentuan) berkaitan cuaca, iklim, dan sebagainya serta impak yang boleh menyokong perancangan risiko dan daya tahan sesebuah kawasan dan negara. Ia juga merupakan peluang kepada para saintis daripada United Kingdom (UK) dan Asia Tenggara yang terlibat dalam projek kerjasama untuk bersama-sama menyemak kemajuan, meningkatkan kesedaran tentang kerja dan projek yang sedang dijalankan dan membangunkan hubungan di antara rakan kongsi.
Previous Next

𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐒𝐇𝐎𝐏 𝐎𝐍 𝐃𝐈𝐒𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘-𝐈𝐍𝐂𝐋𝐔𝐒𝐈𝐕𝐄 𝐃𝐈𝐒𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐏𝐑𝐄𝐏𝐀𝐑𝐄𝐃𝐍𝐄𝐒𝐒: 𝐂𝐀𝐋𝐋 𝐓𝐎 𝐀𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍 | 𝟏𝟖–𝟏𝟗 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍Tenera Hotel, Bangi, Selangor
 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan Yayasan TM dan RED A Humanitarian Development Global bagi menganjurkan bengkel pengukuhan kesiapsiagaan bencana yang inklusif kepada kumpulan sasar Orang Kurang Upaya (OKU).
 
Bengkel ini dihadiri hampir 100 peserta terdiri daripada golongan OKU, penjaga dan wakil agensi kerajaan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca) NADMA.
 
Bengkel ini memberi pendedahan berkaitan pengurusan OKU semasa bencana melalui sesi teori dan praktikal meliputi penjagaan kesihatan ketika kecemasan, tatacara evakuasi, Sistem Amaran Awal, komunikasi berkesan, latihan menyelamat di air serta penyediaan pelan tindakan komuniti.
 
Turut dilaksanakan sesi simulasi dan latihan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap tindakan awal ketika bencana.
 
Program ini dilaksanakan selaras dengan prinsip 𝘕𝘰 𝘖𝘯𝘦 𝘓𝘦𝘧𝘵 𝘉𝘦𝘩𝘪𝘯𝘥 bagi memastikan golongan OKU tidak terpinggir dalam aspek kesiapsiagaan dan pengurusan bencana komuniti.
Previous Next

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐁𝐑𝐔-𝟏𝟎 | 𝟖 - 𝟏𝟖 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍 Brunei Darussalam
 
Pasukan SMART NADMA selaku mentor kepada pasukan Urban Search and Rescue (USAR) BRU-10, Brunei telah melaksanakan Program Pementoran selama 11 hari di Brunei bagi memperkukuh kapasiti dan kesiapsiagaan pasukan tersebut ke arah pengiktirafan INSARAG External Classification (IEC) 2029.
 
Seramai 19 delegasi terlibat dalam program ini terdiri daripada dua (2) pegawai NADMA dan 17 pegawai SMART yang diketuai oleh Tuan Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi bersama Ketua Mentor P/SUPT Safrizan Suhaini dan PgKB II Mohamad Hafiezul Abdul Halim.
 
Sepanjang sesi pementoran, Pasukan BRU-10 telah dibimbing berdasarkan komponen utama INSARAG yang merangkumi aspek Management, Search, Rescue, Medical dan Logistic bagi meningkatkan keupayaan operasi serta pematuhan terhadap standard antarabangsa USAR.
 
Selain latihan teknikal, Project Management Team (PMT) INSARAG Brunei turut mengadakan beberapa siri perbincangan bersama ketua delegasi dan mentor bagi menyelaras aspek pengurusan serta pelaksanaan pelan tindakan ke arah proses pengiktirafan IEC 2029 yang lebih sistematik dan berkesan.
 
Delegasi Malaysia turut mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Mulia Awang Salminan Haji Burut, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Brunei.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search