𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝙍𝙀𝙂𝙄𝙊𝙉𝘼𝙇 𝘾𝘼𝙋𝘼𝘾𝙄𝙏𝙔 𝘽𝙐𝙄𝙇𝘿𝙄𝙉𝙂 𝙊𝙉 𝙄𝙉𝘾𝙇𝙐𝙎𝙄𝙑𝙀 𝙀𝘼𝙍𝙇𝙔 𝙒𝘼𝙍𝙉𝙄𝙉𝙂 𝙈𝙀𝙎𝙎𝘼𝙂𝙄𝙉𝙂
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝙍𝙀𝙂𝙄𝙊𝙉𝘼𝙇 𝘾𝘼𝙋𝘼𝘾𝙄𝙏𝙔 𝘽𝙐𝙄𝙇𝘿𝙄𝙉𝙂 𝙊𝙉 𝙄𝙉𝘾𝙇𝙐𝙎𝙄𝙑𝙀 𝙀𝘼𝙍𝙇𝙔 𝙒𝘼𝙍𝙉𝙄𝙉𝙂 𝙈𝙀𝙎𝙎𝘼𝙂𝙄𝙉𝙂 | 𝟖 – 𝟏𝟎 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan penyampaian amaran awal bencana yang lebih inklusif menerusi penyertaan dalam program 𝘙𝘦𝘨𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘊𝘢𝘱𝘢𝘤𝘪𝘵𝘺 𝘉𝘶𝘪𝘭𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘯 𝘐𝘯𝘤𝘭𝘶𝘴𝘪𝘷𝘦 𝘌𝘢𝘳𝘭𝘺 𝘞𝘢𝘳𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘔𝘦𝘴𝘴𝘢𝘨𝘪𝘯𝘨 yang berlangsung di Da Nang, Viet Nam. Program anjuran ASEAN 𝘊𝘰𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘦𝘯𝘵𝘳𝘦 𝘧𝘰𝘳 𝘏𝘶𝘮𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘴𝘴𝘪𝘴𝘵𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘰𝘯 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 (𝘈𝘏𝘈 𝘊𝘦𝘯𝘵𝘳𝘦) ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama serantau serta meningkatkan keupayaan negara-negara ASEAN dalam menyampaikan mesej amaran awal bencana yang jelas, mudah difahami dan berorientasikan tindakan kepada semua lapisan masyarakat.
Program ini turut memberi penekanan terhadap pendekatan komunikasi risiko yang lebih inklusif khususnya kepada golongan rentan seperti orang kurang upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak serta komuniti berisiko tinggi agar setiap mesej amaran awal dapat diterima, difahami dan diambil tindakan dengan berkesan semasa situasi bencana.
Malaysia telah diwakili oleh beberapa agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana dan penyampaian amaran awal iaitu En. Muhammad Haydal Muhammad Shukeri daripada NADMA, Puan Nazian Zainal Abidin daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Puan Muzliana Ramli daripada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) serta En. Xilas Ngang Wei Xiang daripada 𝘊𝘳𝘪𝘴𝘪𝘴 𝘙𝘦𝘭𝘪𝘦𝘧 𝘚𝘲𝘶𝘢𝘥 𝘰𝘧 𝘔𝘊𝘈 (CRSM). Program ini turut menghimpunkan seramai 70 peserta terdiri daripada wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NDMO) ASEAN, Agensi Meteorologi dan Hidrologi Kebangsaan, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Organisasi Masyarakat Sivil, Sekretariat ASEAN serta pelbagai organisasi antarabangsa termasuk UNDRR, WMO, ITU, IFRC dan UNICEF.
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝙄𝙉𝘿𝙊-𝙋𝘼𝘾𝙄𝙁𝙄𝘾 𝙃𝙀𝘼𝙇𝙏𝙃 𝙎𝙀𝘾𝙐𝙍𝙄𝙏𝙔 𝘼𝙇𝙇𝙄𝘼𝙉𝘾𝙀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟕 & 𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara terhadap ancaman kesihatan awam dan bencana rentas sempadan menerusi penyertaan dalam 𝘐𝘯𝘥𝘰-𝘗𝘢𝘤𝘪𝘧𝘪𝘤 𝘏𝘦𝘢𝘭𝘵𝘩 𝘚𝘦𝘤𝘶𝘳𝘪𝘵𝘺 𝘈𝘭𝘭𝘪𝘢𝘯𝘤𝘦 (IPhas) 2026 yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Persidangan ini menjadi medan penting hubungan kerjasama serantau serta memperluas perkongsian pengetahuan dan kepakaran dalam aspek keselamatan kesihatan dalam kalangan negara Indo-Pasifik.
NADMA diwakili oleh Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi yang turut menghimpunkan para pemimpin sektor pertahanan, kesihatan dan keselamatan dari 21 negara. Program anjuran 𝘜𝘯𝘪𝘵𝘦𝘥 𝘚𝘵𝘢𝘵𝘦𝘴 𝘐𝘯𝘥𝘰-𝘗𝘢𝘤𝘪𝘧𝘪𝘤 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥 (𝘜𝘚 𝘐𝘕𝘋𝘖𝘗𝘈𝘊𝘖𝘔) dan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) ini memberi penekanan terhadap kesiapsiagaan pandemik, keselamatan kesihatan global serta pengukuhan koordinasi tindak balas krisis melalui latihan, perkongsian pengalaman dan amalan terbaik negara.
Persidangan ini turut melengkapkan penganjuran 𝘎𝘭𝘰𝘣𝘢𝘭 𝘏𝘦𝘢𝘭𝘵𝘩 𝘚𝘦𝘤𝘶𝘳𝘪𝘵𝘺 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 (GHSC) 2026 dan mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab dialog serta diplomasi keselamatan kesihatan di rantau Indo-Pasifik. NADMA akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi berkaitan selaras dengan pendekatan 𝘞𝘩𝘰𝘭𝘦-𝘰𝘧-𝘎𝘰𝘷𝘦𝘳𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘞𝘩𝘰𝘭𝘦-𝘰𝘧-𝘚𝘰𝘤𝘪𝘦𝘵𝘺 bagi meningkatkan kesedaran kesiapsiagaan dan koordinasi pengurusan bencana serta krisis kesihatan awam secara menyeluruh kepada masyarakat.
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆 | 𝟗 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk Mekanisme Pengurusan Bencana: Arahan NADMA No. 1 kepada pegawai kesihatan dan paramedik dari fasiliti kesihatan di daerah Klang. Program anjuran Unit Survelan, Pejabat Kesihatan Daerah Klang ini telah berlangsung pada 9 Jun 2026 di Menara Bank Rakyat, Shah Alam.
Taklimat ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta mengenai mekanisme pengurusan bencana negara serta peranan dan tanggungjawab agensi yang terlibat semasa menghadapi krisis kesihatan awam dan situasi bencana. Para peserta turut didedahkan kepada kepentingan kesiapsiagaan dari aspek operasi, logistik dan sumber manusia bagi memastikan tindak balas yang terancang dan berkesan.
Diharapkan taklimat yang diberikan dapat memperkukuh tahap kesiapsiagaan anggota kesihatan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan bencana. Selain itu, program ini turut membantu mengukuhkan komunikasi serta koordinasi antara agensi berkaitan agar pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, berkesan dan menyeluruh.
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝙈𝙀𝘼𝙇 𝙍𝙀𝘼𝘿𝙔-𝙏𝙊-𝙀𝘼𝙏 (𝐌𝐑𝐄) 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝙈𝙀𝘼𝙇 𝙍𝙀𝘼𝘿𝙔-𝙏𝙊-𝙀𝘼𝙏 (𝐌𝐑𝐄) 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Bagi memperkukuh kesiapsiagaan logistik dan bekalan makanan dalam menghadapi sebarang situasi bencana, NADMA telah mengadakan Mesyuarat Berkaitan Status Semasa Pembekalan Kit Makanan dan 𝘔𝘦𝘢𝘭 𝘙𝘦𝘢𝘥𝘺-𝘵𝘰-𝘌𝘢𝘵 (MRE) NADMA 2025/2026 di Ibu Pejabat FAMA, Selayang.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Wan Nora Wan Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Produk Proses, FAMA dengan penyertaan pegawai-pegawai daripada NADMA dan FAMA bagi membincangkan hala tuju, perancangan serta status semasa pengurusan dan pembekalan Kit Makanan dan MRE untuk kegunaan pengurusan bencana.
Perbincangan turut memberi fokus kepada aspek penyelarasan, penambahbaikan mekanisme pembekalan serta langkah-langkah bagi memastikan bekalan Kit Makanan dan MRE sentiasa mencukupi, berkualiti dan bersedia untuk digerakkan dengan segera semasa berlakunya bencana.
Mesyuarat ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara agensi bagi memastikan pengurusan logistik bantuan bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, tersusun dan responsif demi kesejahteraan rakyat yang terjejas.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA, Puan Nor Nadirah Abdul Aziz, pegawai Seksyen Logistik NADMA serta pegawai-pegawai daripada FAMA.
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 | 𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat Mekanisme Pengurusan Bencana kepada warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai peranan dan fungsi NADMA dalam pengurusan bencana negara. Selain itu, para peserta turut didedahkan berkaitan konsep pengurusan bencana di Malaysia serta peranan agensi yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan seperti yang termaktub dalam Arahan NADMA No. 1.
Diharapkan taklimat yang diberikan dapat membantu tahap kesiagaan anggota kesihatan dalam menghadapi sebarang situasi bencana. Selain dapat mengukuhkan koordinasi kerjasama supaya pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, berkesan dan menyeluruh.
