๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐
ย
NADMA dengan kerjasama MET Malaysia dan TUDM melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi Negeri Sabah mengikut permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.
Pelaksanaan operasi ini merupakan siri pertama OPA di Sabah bagi tahun 2026 dibuat selama 3 hari bermula 15 sehingga 17 Jun 2026.
ย
Pelaksanaan OPA di Sabah ini melengkapkan usaha kerajaan untuk memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi Monsun Barat Daya dan potensi kesan fenomena El Niรฑo kuat yang dijangka mempengaruhi taburan hujan sehingga awal tahun hadapan.
ย
5 kawasan tumpuan operasi iaitu di Empangan Babagon, Empangan Tenom Pangi, Empangan Cinta Mata,Empangan Kogopon dan Empangan Ulu Padas.
ย
Operasi ini memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air strategik bagi membantu meningkatkan taburan hujan dan mengekalkan paras simpanan air yang diperlukan oleh rakyat.
Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan proaktif dan tidak menunggu sehingga sesuatu keadaan menjadi kritikal sebelum tindakan diambil.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Petronas Gas Berhad (PGB) yang diketuai oleh Tuan M Zakiamani bin M. Nor, Pengarah Kanan (Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran), bertempat di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya. Delegasi tersebut telah disambut oleh Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim.
ย
Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap insiden kebocoran gas, khususnya pelaksanaan Sistem Amaran Awal (๐๐ข๐ณ๐ญ๐บ ๐๐ข๐ณ๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐บ๐ด๐ต๐ฆ๐ฎ - ๐๐๐) di kawasan berkepadatan penduduk tinggi, serta potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam pengurusan risiko bencana.
ย
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan Petronas Gas Berhad dalam memberi nilai tambah kepada pengurusan bencana negara.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
NADMA hari ini mengadakan sesi perbincangan bersama MYDIN Mohamed Holdings Berhad bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh pengurusan bantuan bencana negara.
ย
Perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim memberi fokus kepada cadangan penyediaan bekalan keperluan asas dan kelengkapan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), selain memperkasakan penggunaan produk tempatan serta keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bantuan bencana.
ย
Kolaborasi ini berpotensi memperkukuh kesiapsiagaan dan penyampaian bantuan yang lebih cekap, berkesan serta memberi manfaat kepada komuniti yang terjejas.
๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ร๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ร๐
ย
Alhamdulillah NADMA telah selesai menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) Zon Timur selama dua (2) hari melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu. Operasi ini memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air strategik di Empangan Bukit Kwong, Kelantan, Empangan Paya Peda di Terengganu dan Negeri Pahang melibatkan empangan Chereh.
ย
YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, TKP(O) NADMA bersama-sama Tuan Ambun Dindang, TKP(O) MET Malaysia turut memantau pelaksanaan opa. Wakil media RTM turut dijemput membuat liputan bagi menyebarluaskan usaha Kerajaan dalam mendepani cabaran cuaca panas.
ย
Sehingga kini, NADMA telah menyelaras lapan (8ย siri OPA melibatkan 29 penerbangan sejak Februari 2026 meliputi zon utara, selatan, timur serta negeri Sabah dan Sarawak.
Ketika negara sedang berdepan Monsun Barat Daya yang dicirikan oleh cuaca panas dan kering serta peningkatan risiko fenomena El Niรฑo, pelaksanaan OPA merupakan antara langkah mitigasi awal kerajaan bagi membantu meningkatkan taburan hujan, mengekalkan paras takungan air empangan dan mengurangkan kesan cuaca kering yang berpanjangan.
ย
Operasi ini dilaksanakan melalui kerjasama erat antara NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam memastikan kesiapsiagaan negara sentiasa berada pada tahap terbaik serta menjamin kelangsungan bekalan air demi kesejahteraan rakyat.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐๐๐พ) ๐๐๐ผ๐๐พ๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐๐ผ๐๐๐) ๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐ฝ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐๐๐พ) ๐๐๐ผ๐๐พ๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐๐ผ๐๐๐) ๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐ฝ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ | ๐ โ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Mesyuarat ๐๐ช๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฐ๐ฏ๐ง๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ (๐๐๐) ๐๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (๐๐๐๐๐) ๐๐ข๐ณ๐ช๐ต๐ช๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐ด๐ด ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (๐๐๐๐) ๐๐น ๐๐ช๐ฎ๐ฃ๐ข๐ธ๐ข๐ฏ Tahun 2026 telah diadakan bagi memperincikan perancangan dan persiapan akhir pelaksanaan ๐๐ช๐ฆ๐ญ๐ฅ ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (FTX) bencana maritim berskala besar (Tier 3).
ย
Mesyuarat ini turut menjadi platform penyelarasan dan koordinasi kesiapsiagaan melibatkan semua agensi serta industri yang terlibat dalam pelaksanaan latihan berkenaan. Perbincangan memberi penekanan kepada aspek fungsi, lokasi penugasan serta komunikasi strategik setiap agensi dan industri bagi memastikan pelaksanaan operasi dapat dijalankan secara tersusun, efektif dan bersepadu.
ย
Selain itu, sesi perbincangan turut memberi fokus kepada pengukuhan koordinasi antara agensi berdasarkan ๐๐ต๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ณ๐ฅ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ณ๐ฐ๐ค๐ฆ๐ฅ๐ถ๐ณ๐ฆ (๐๐๐) berkaitan dokumen ๐๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ข๐ณ๐ช๐ต๐ช๐ฎ๐ฆ ๐๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐ข๐ฏ๐ถ๐ข๐ญ (๐๐๐๐๐๐) di peringkat maritim serta Arahan NADMA No.1 di peringkat daratan.
ย
Langkah penambahbaikan turut dibincangkan bagi memperluaskan peranan setiap agensi dan industri melalui pemerkasaan kesiapsiagaan pengurusan bencana di darat selaras dengan pelaksanaan Arahan NADMA No.1.
ย
Turut hadir ke mesyuarat ini ialah DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah SPO bersama wakil-wakil agensi dan industri berkaitan yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Ex Limbawan 2026.
