OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Calon berisiko banjir diberi dua pilihan

Calon berisiko banjir diberi dua pilihan

Kuching: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tinggal di kawasan berisiko banjir diberi pilihan untuk tinggal di asrama sekolah atau rumah ahli keluarga berdekatan pusat peperiksaan berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Langkah itu dicadangkan sebagai persediaan untuk memastikan calon tidak menghadapi masalah untuk menghadiri peperiksaan jika kediaman mereka dilanda banjir.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa lokasi berisiko banjir berikutan cuaca buruk yang sedang melanda ketika ini.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) membuat persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku banjir ketika peperiksaan SPM yang bermula semalam hingga 7 Mac.

“JPNS menubuhkan jawatankuasa pengurusan bencana bersama pelbagai agensi Persekutuan dan negeri sebagai langkah berjaga-jaga jika banjir melanda sepanjang tempoh peperiksaan SPM.

“Setakat ini tiada sekolah yang terjejas akibat banjir, tetapi kita harus menyediakan pelan tindakan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search