OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐Š๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐’๐ˆ๐€๐†๐€ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐”๐๐ƒ๐€๐’๐€๐๐†, ๐‘๐€๐๐€๐”, ๐’๐€๐๐€๐‡ | ๐Ÿ’ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“ Dewan Dโ€™ Izz Homestay, Kundasang, Ranau, Sabah
ย 
Hari ini 4 lokasi di negeri Sabah iaitu Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu digemparkan dengan bunyi siren nasihat tsunami oleh Met Malaysia.
ย 
Selaku penyelaras utama pengurusan bencana negara, NADMA sentiasa berusaha melalui pelbagai inisiatif bagi membantu komuniti agar bersedia menghadapi apa jua bencana di kawasan masing-masing dan menjadi ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ญ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ apabila bencana berlaku.
ย 
NADMA telah berjaya berkolaborasi dengan Pejabat Daerah Ranau, Sabah serta Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) kepada 118 komuniti kampung serta wakil NGO di Kundasang, Ranau, Sabah sebagai usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan komuniti setempat dalam menghadapi risiko bencana.
ย 
Daripada memahami risiko bencana sehinggalah mempraktikkan tindakan menyelamat, peserta dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran kesiapsiagaan yang merangkumi risiko tanah runtuh dan gempa bumi, pemetaan kawasan berisiko, simulasi pemindahan, penyediaan beg kecemasan serta latihan pertolongan cemas. Penglibatan NGO melalui perkongsian pengalaman sukarelawan turut memberi nilai tambah dalam memperkukuh daya tahan komuniti menghadapi bencana.
ย 
Latihan simulasi bencana seperti ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada komuniti supaya sentiasa bersedia ketika bencana berlaku serta sekali gus dapat memperkukuh daya tahan komuniti terhadap risiko bencana di kawasan Kundasang, Ranau.
Previous Next

๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐˜๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ
ย 
๐Ÿ“Bilik Mesyuarat Ruan Changkul, Aras 7
ย 
Pengurusan Tertinggi NADMA bersama-sama mengikuti siaran langsung Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi bulan Jun secara atas talian.
ย 
Kehadiran secara atas talian ini mencerminkan komitmen semua warga kerja dalam mengadaptasi amanat YAB PM serta memahami inisiatif terkini yang sedang dilaksanakan.
Previous Next

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐Œ๐€๐’๐€๐๐†๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ (๐™€๐˜ผ๐™๐™‡๐™” ๐™’๐˜ผ๐™๐™‰๐™„๐™‰๐™‚ ๐™Ž๐™”๐˜ผ๐™๐™€๐™ˆ -๐™€๐™’๐™Ž ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐‘๐€๐’ ๐๐„๐‘๐†๐„๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐’๐„๐’๐€๐‘ (๐๐€๐๐’) ๐ƒ๐ˆ ๐‘๐€๐๐€๐”, ๐’๐€๐๐€๐‡ | ๐Ÿ” ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“ SK Mesilou, Ranau, Sabah

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menghadiri Majlis Perasmian Projek Pemasangan Sistem Amaran Awal (๐˜Œ๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜บ ๐˜ž๐˜ข๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜š๐˜บ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ - ๐˜Œ๐˜ž๐˜š) dan Penanda Aras Pergerakan Sesar (PAPS) di Sekolah Kebangsaan Mesilou, Ranau. Projek ini merupakan satu inisiatif Kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan komuniti terhadap risiko bencana geologi melalui penggunaan teknologi pemantauan dan amaran awal yang lebih berkesan.

Sebagai agensi peneraju pengurusan bencana negara, NADMA komited dalam menyokong usaha pengurangan risiko bencana selaras dengan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030. Pemasangan sistem EWS dan PAPS ini mencerminkan kerjasama strategik antara pelbagai agensi dalam meningkatkan keselamatan penduduk, komuniti sekolah serta kemudahan awam di kawasan berisiko.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Turut hadir ialah Datuk Mohd Razali Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Zamri Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG); Tuan Tinus Manggam, Pegawai Daerah Ranau; guru-guru besar sekolah sekitar Ranau serta komuniti setempat.

Previous Next

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‹๐ˆ๐๐€๐“ ๐”๐‘๐”๐’ ๐๐„๐‹๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐’๐€๐‘ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐€๐๐†๐€๐ ๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š๐Ž ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“ Tenera Hotel & Suites, Bangi , Selangor
ย 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM) telah menganjurkan Bengkel Libat Urus Pelan Tindakan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara sebagai platform memperkukuh penyelarasan, pemurnian serta pengukuhan inisiatif dan sasaran strategik ke arah memperkasa agenda pengurangan risiko bencana negara menjelang tahun 2030.
ย 
Bengkel ini menghimpunkan seramai 52 peserta yang mewakili pelbagai pemegang taruh strategik melibatkan institusi akademia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta sektor korporat bagi membincangkan usaha memperkukuh pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara secara lebih bersepadu, inklusif dan berdaya tahan.
ย 
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA serta Tuan Haji Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA.
ย 
Selain itu, bengkel ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi antara kerajaan, akademia, NGO dan sektor korporat bagi memastikan pembangunan dasar dan pelaksanaan tindakan pengurangan risiko bencana dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, terselaras dan berimpak tinggi. Pembangunan Pelan Tindakan ini juga selaras dengan aspirasi ๐˜œ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด ๐˜–๐˜ง๐˜ง๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜™๐˜ช๐˜ด๐˜ฌ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (๐˜œ๐˜•๐˜‹๐˜™๐˜™) menerusi Kerangka Kerja Sendai bagi Pengurangan Risiko Bencana 2015โ€“2030 yang menekankan pendekatan inklusif, berorientasikan komuniti dan berdaya tahan dalam pengurusan risiko bencana.
Previous Next

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐“๐€๐€๐ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐€๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐€ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ | ๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“Bilik Mesyuarat Suang Duyung, NADMA, Putrajaya
ย 
Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada hari ini bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan tindak balas bencana khususnya dalam bidang perubatan kecemasan dan operasi mencari serta menyelamat.
ย 
Perbincangan turut memberi fokus kepada keutamaan dan keperluan pasukan Field Anaesthesia Surgical Team (FAS) serta cadangan pelaksanaan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) bersama Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam memperkasa kapasiti tindak balas perubatan kecemasan negara.
ย 
Mesyuarat ini juga membincangkan hala tuju pelaksanaan projek Mobil ICU di samping cadangan kolaborasi melibatkan latihan, bengkel dan sokongan peralatan bagi memperkukuh keupayaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara secara bersepadu.
ย 
Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah wakil daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Luar Negeri (KLN), Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pegawai-pegawai kanan NADMA.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search