OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

SELESAI HARI KETIGA OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS | 12 MEI 2026
ย 
๐Ÿ“ Pangkalan Udara Subang
ย 
Sesi taklimat pelaksanaan operasi dan keselamatan diberikan oleh pihak TUDM dan MET Malaysia pada jam 10.30 pagi sebagai persediaan sebelum penerbangan.
ย 
OPA hari ini bermula jam 2.00 petang dengan kawasan sasaran adalah di lokasi yang sama iaitu empangan Timah Tasoh di Negeri Perlis dan 4 kawasan empangan di Negeri Kedah iaitu empangan Ahning, Pedu, Beris dan Muda. Puan Afifah Omar, Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) turut menyertai operasi pada hari ini bagi membuat tinjauan pelaksanaan operasi.
ย 
Sebanyak 4 tangki bancuhan garam bersamaan 6,000 liter digunakan untuk semburan dari ketinggian 6,000 โ€“ 9,000 kaki bagi membuat pembenihan. Pada hari ini terdapat banyak awan Kumulus Menara yang sesuai untuk dibuat pembenihan di semua kawasan sasaran. Operasi berakhir pada jam 5.30 petang.
ย 
Daripada produk Radar QPE (Quantitative Precipitation Estimation) pada resolusi data tinggi 1 kilometer (km) menunjukkan terdapat pola taburan anggaran hujan di hampir kesemua Empangan OPA pada kali ini.
ย 
Data anggaran hujan daripada radar adalah seperti yang berikut:
ย 
1. โ Empangan Beris - jam 3.00 petang hingga 8.00 malam;
ย 
2. โ Empangan Muda - jam 3.00 petang hingga 8.00 malam;
ย 
3. โ Empangan Pedu - jam 3.00 petang hingga 7.00 malam;
ย 
4. โ Empangan Ahning jam 3.00 petang hingga 8.00 malam; dan
ย 
5. Empangan Timah Tasoh 4.00 petang hingga 8.00 malam.
ย 
Alhamdulillah, pelaksanaan OPA hari ketiga di kawasan utara pada hari ini berjaya menurunkan hujan yang lebat di kawasan sasaran OPA.
Previous Next

OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK | 12 MEI 2026
ย 
๐Ÿ“PANGKALAN UDARA KUCHING
ย 
Hari ini merupakan hari kedua OPA dijalankan di Negeri Sarawak dan kawasan tumpuan masih memberi fokus kepada di Empangan Bakun dan Empangan Batang Ai.
ย 
Timbalan Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Abdul Gapar Hj. Abu Bakar bersama-sama Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Ir. Bunyak Lunyong, CEO Sarawak Energy turut menyertai operasi pada hari ini. Pesawat C-130 milik TUDM membawa 4 tangki larutan garam bersamaan 6000 liter bagi kegunaan pembenihan awan.
ย 
Operasi bermula pada jam 1:36 tgh hari dan berakhir pada jam 5:00 petang.
ย 
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun pada jam 4:30 petang petang di sekitar kawasan sasaran Empangan Bakun. Sepanjang pembenihan dilakukan, terdapat banyak awan kumulus menara di sekitar kawasan sasaran memudahkan aktiviti semburan dijalankan sekaligus mempercepatkan kejadian hujan.
ย 
Walau bagaimanapun, cerapan hujan di kawasan tadahan Empangan Batang Ai pula masih belum menunjukkan hasil sehingga kini.
Pelaksanaan OPA pada hari ini hanya berjaya menurunkan hujan di kawasan tadahan Empangan Bakun. Manakala di Empangan Batang Ai, pemantauan keberkesanan operasi masih diteruskan oleh pihak MET Malaysia.
Previous Next

OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK | 11 MEI 2026

๐Ÿ“PANGKALAN UDARA KUCHING

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim diiringi Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, wakil JPBN Sarawak serta pegawai dan petugas MET Malaysia bagi mengadakan OPA hari ini.

Sebanyak 3 lokasi kawasan sasaran OPA dibuat hari ini iaitu Empangan Bakun dan Murum serta Empangan Batang Ai dengan membawa muatan sebanyak 4 tangki larutan garam bersamaan 6000 liter menggunakan pesawat C-130 milik TUDM.

Operasi bermula pada jam 1.05 tgh hari di mana pesawat tiba di lokasi pertama, Empangan Bakun dan Murum pada jam 2.06 petang. Semburan garam sebanyak 2 tangki telah dibuat pada jam 2.25 petang. Seterusnya pesawat menuju ke kawasan sasaran ketiga, Empangan Batang Ai dan tiba pada jam 3.30 petang. Sebanyak 2 tangki larutan garam dibuat semburan di kawasan sekitar. Operasi berakhir pada jam 4.00 petang.

Keadaan awan di sekitar kawasan sasaran menunjukkan terdapat banyak awan kumulus menara yang sesuai untuk dilakukan pembenihan.

Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun pada jam 3.30 petang di sekitar kawasan sasaran Empangan Bakun dan Murum. Sementara di kawasan tadahan Empangan Batang Ai, hujan mula turun bermula jam 4.30 petang tadi dan berterusan sehingga kini.

Pelaksanaan OPA pada hari ini di Negeri Sarawak berjaya menurunkan hujan di kawasan sasaran.

Sebagai makluman, kali terakhir OPA dilaksanakan di Negeri Sarawak adalah pada tahun 2019. NADMA telah menerima permohonan untuk melaksanakan OPA daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berikutan masalah kekurangan air di kawasan tadahan serta empangan bagi kegunaan bekalan air domestik.

Previous Next

[KEMASKINI: OPERASI DITANGGUHKAN KERANA MASALAH TEKNIKAL]
ย 
HARI KEDUA OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS | 11 MEI 2026
ย 
๐Ÿ“PANGKALAN UDARA SUBANG
ย 
Seawal jam 8.00 pagi Pasukan Teknikal MET Malaysia telah membuat sebanyak 4 tangki bancuhan garam untuk kegunaan operasi pada hari kedua ini.
ย 
Sesi taklimat pelaksanaan operasi dan keselamatan diberikan oleh pihak TUDM dan MET Malaysia pada jam 10.30 pagi sebagai persediaan sebelum penerbangan.
ย 
Kawasan sasaran OPA hari ini masih di lokasi yang sama iaitu empangan Timah Tasoh di Negeri Perlis dan 4 kawasan empangan di Negeri Kedah iaitu empangan Ahning, Pedu, Beris dan Muda. Puan Afifah Omar, Pengarah KEDA turut menyertai operasi pada hari ini.
ย 
Penduduk di sekitar kawasan empangan dijangka akan menerima hujan yang lebat selepas operasi dilaksanakan. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan keadaan cuaca.
Penduduk juga dicadangkan supaya membuat tadahan air hujan sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air paip untuk kerja-kerja selain kegunaan kritikal seperti memasak dan pembersihan diri.
Previous Next

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐’๐€๐’ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐„๐Œ๐„๐‘๐†๐„๐๐‚๐˜ ๐‘๐„๐’๐๐Ž๐๐’๐„ ๐“๐„๐€๐Œ (๐„๐‘๐“) ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Ÿ“, ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ (๐‰๐๐Œ) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ–-๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“ Akademi Bomba Wilayah Timur, Tronoh, Perak
ย 
Seramai 21orang pegawai keselamatan ketua aras dan penolong aras yang dilantik sebagai Pasukan ๐˜Œ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜บ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ฆ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฎ (๐˜Œ๐˜™๐˜›) Bangunan Setia Perkasa 5, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diberi Kursus Latihan Asas Keselamatan Kebakaran selama 3 hari. Para peserta yang terlibat adalah daripada daripada pelbagai agensi di bawah JPM termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta pihak ๐˜๐˜ข๐˜ค๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜บ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต (๐˜๐˜”) bangunan.
ย 
Para peserta telah diberi pendedahan berkaitan tatacara pencegahan, pengawalan dan pemadaman kebakaran termasuk pengetahuan mengenai kejadian api, kaedah pemadaman dan kemerebakan kebakaran.
Selain itu, mereka juga turut didedahkan dengan sistem keselamatan kebakaran dalam bangunan termasuk sistem perlindungan kebakaran aktif dan pasif selain latihan tindakan awal kecemasan serta penggunaan peralatan pemadaman kebakaran secara berkesan dan teratur.
ย 
Diharapkan melalui kursus yang telah diikuti ini, tahap kesiapsiagaan, keyakinan dan kecekapan Pasukan ERT agensi di bawah JPM termasuk NADMA akan lebih meningkat dan seterusnya dapat diaplikasikan sekiranya menghadapi sebarang situasi kecemasan di Bangunan Setia Perkasa 5.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search