11 September 2024 - YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan barisan pengurusan tertinggi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Sesi kunjungan hormat ini merupakan kunjungan julung kali diadakan oleh Pengurusan Tertinggi NADMA sejak YBhg. Tan Sri dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan bagi memaklumkan berkenaan hal ehwal pengurusan bencana merangkumi dasar-dasar, mekanisme pengurusan bencana, program-program serta penambahbaikan pengurusan bencana yang telah dijalankan oleh NADMA bersama agensi- agensi Kerajaan yang berkaitan. Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah NADMA turut memaklumkan berkenaan pewujudan Pusat Simulasi Bencana di Markas Pasukan SMART.
Sesi Kunjungan Hormat dari Cefs Response, Kertih Terengganu ke NDCC dan Lawatan ke Tapak Simulasi SMART
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Perbincangan Berkaitan Pengurusan Rekod dan Penggunaan Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
2nd Project Steering Committee of the AHA Centre Executive Leadership in Emergency and Disaster Management for ASEAN Programme (PSC ACE-LEDMP) 2023-2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti