Sesi Taklimat Sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) kepada Jabatan Audit Negara (JAN)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
19 Ogos 2024 - Telah berlangsung satu Sesi Taklimat Sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) kepada Jabatan Audit Negara (JAN) bertempat di Bilik Mesyuarat Oval, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
Taklimat ini diadakan bagi membolehkan Pasukan Audit dari Jabatan Audit Negara mendapatkan maklumat lanjut yang diperlukan. Selain itu, sesi taklimat ini telah disertai oleh 9 orang pegawai dari Jabatan Audit Negara (JAN) yang diketuai oleh YBrs. Y Hamdan bin Mohd Dom, Pengarah Audit Prestasi I, Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara.
Sesi Taklimat dan Lawatan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan Projek Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 Ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
19 Ogos 2024 - Telah berlangsung sesi taklimat dan lawatan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan Projek Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan, selain menjadi platform perkongsian dan perbincangan isu-isu berkaitan pengurusan bencana serta ’best practices’ dalam pengurusan bencana yang diamalkan di NADMA.
Taklimat berkenaan pengoperasian NDCC dan sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) dalam pengurusan bencana disampaikan oleh En. Nazaruddin bin Shaarai, Pengarah NDCC.
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) KE ATAS KETUA PENGARAH JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 19 Ogos 2024 | Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan berkenaan kerjasama antara NADMA dan JUPEM dalam Pengurusan Bencana selain mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh En. Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC); Brig. Jen. Dato' Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri Bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan; Kol. Norazlin Binti Pamuji, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan dan Lt Muhammad Hafidzuddin Bin Mohd Norzalan, Penolong Pengarah Seksyen Perkhidmatan Geo-Dataraya.
Kunjungan Hormat Bahagian Pengurusan Krisis Dan Insiden PETRONAS Ke NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PENGURUSAN KRISIS DAN INSIDEN PETRONAS KE AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) | 14 Ogos 2024 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
Sesi Kunjungan hormat ini dipengerusikan oleh YBrs. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA. Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini ialah En. Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dan DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi. Delegasi PETRONAS diketuai oleh En. Mohd Farid Nazri, Ketua Pengurusan Krisis dan Kecemasan, Encik Khairul Anuar bin A. Rahman, Puan Suzanna Razali Chan, Puan Siti Hawa binti Basri dan Puan Sapura binti Baharen.
Kunjungan hormat ini bertujuan memaklumkan hasil kerjasama PETRONAS dan NADMA dalam mengadakan 7 siri Bengkel Pengurusan Bencana di seluruh negara pada 2023-2024. Siri bengkel tersebut adalah merupakan fasa pertama kerjasama untuk seterusnya menghasilkan SOP khas sinergi pengurusan bencana negara dengan Emergency Response Plan Installation PETRONAS.
Mesyuarat Penyelarasan Latih Amal (Table Top Exercise) Bencana Empangan (Empangan Batu Dan Klang Gates) Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
MESYUARAT PENYELARASAN LATIH AMAL (TABLE TOP EXERCISE) BENCANA EMPANGAN (EMPANGAN BATU DAN KLANG GATES) TAHUN 2024 | 12 Ogos 2024 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA dan ianya dilaksanakan bagi penyelarasan latih amal bencana empangan yang melibatkan agensi, jabatan dan badan korporat peringkat Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos 2024.
Turut hadir YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan YBhg. En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi.