OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

BENGKEL PENGURUSAN BENCANA ALAM SEKITAR PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2024 | 6-8 Ogos 2024 | JOHOR BAHRU, JOHOR
 
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan anggota kesihatan tentang konsep pengurusan bencana di Malaysia dan memperkasakan kemahiran anggota kesihatan dalam pengurusan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana alam sekitar selaras dengan Dasar Mekanisme Arahan Keselamatan Negara (MKN) No. 20.
 
Dr Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA dijemput untuk memberi ceramah bertajuk Sistem Pengurusan Bencana di Malaysia: Dasar Dan Mekanisme Arahan MKN No. 20.
Previous Next

BENGKEL KOMANDER OPERASI BENCANA (KOB) POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) BAGI TAHUN 2024 | 4 hingga 7 Ogos 2024 | HOTEL PACIFIC REGENCY PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
 
Telah berlangsung Bengkel Komander Operasi Bencana (KOB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 4 hari di Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini merupakan kolaborasi strategik antara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) bersama-sama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 88 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis berpangkat Inspektor hingga Deputi Komisioner Polis.
 
Antara tujuan pelaksanaan bengkel ini adalah untuk meningkatkan keupayaan Pegawai Kanan PDRM agar sentiasa bersedia untuk melaksanakan serta memikul tanggungjawab sebagai Komander Operasi Bencana (KOB) di peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana berlaku.
 
Majlis penutupan Bengkel Komander Operasi Bencana (KOB) telah disempurnakan oleh CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Bin Md Din, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA). Turut hadir sama Tuan Meor Ismail Bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA.
Previous Next

BENGKEL FAMILIRISASI DASHBOARD SITUASI KESELAMATAN NEGARA (SITREP) BERSAMA AGENSI-AGENSI KESELAMATAN UTAMA, MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI (MKN, JPM) | 5 hingga 7 Ogos 2024 | BAHANG BAY HOTEL, PULAU PINANG
 
Bengkel ini bertujuan untuk memuktamadkan penambahbaikan kandungan Dashboard Pelaporan SITREP bagi memastikan kandungannya adalah bersesuaian dengan keperluan Pejabat YAB Perdana Menteri agar pelaporan situasi keselamatan negara (SITREP) dibuat secara real-time bagi menggantikan sistem pelaporan secara manual.
 
Mulai 1 Jun 2024, semua agensi keselamatan utama melaporkan SITREP masing-masing pada setiap hari menggunakan platform Defence Geospatial Information Management (DGIM) yang dikoordinasikan oleh Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON), MKN.
 
Antara agensi keselamatan utama yang terlibat ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, National Cyber Security Agency (NACSA) Malaysia, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan NADMA. Wakil NADMA dari Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) yang menyertai bengkel ini ialah En. Mohd Syafiq bin Ahmad Dusuki dan Puan Norbazliah binti Ibrahim.
Previous Next

6 Ogos 2024 - Telah berlangsung satu sesi lawatan dari pihak Project Management Office (PMO) Sistem Maklumat Pusat Kawalan Penyakit Negara (eNCDC), Bahagian Kawalan Penyakit (BKP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Sesi ini adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai keperluan projek eNCDC dalam melakukan integrasi dengan sistem NADMA dalam pengurusan bencana dan krisis kesihatan awam.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search