OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

ASEAN COMMEMORATION OF 20TH ANNIVERSARY OF INDIA OCEAN TSUNAMI AS PART OF THE GLOBAL FORUM ON SUSTAINABLE RESILIENCE 2024 AND THE 3RD ASIA DISASTER MANAGEMENT AND CIVIL PROTECTION EXPO (ADEXCO) & CONFERENCE 2024 | 11 hingga 12 September 2024 | Jakarta, Indonesia
 
BPNP telah menjemput dua (2) orang wakil daripada Malaysia untuk menyertai Global Forum on Sustainable Resilience sebagai Ahli Panel bagi mengisi slot High Level Dialogue “Building Regional Framework for Sustainable Resilience" (Closed Sesion ASEAN) iaitu Encik Ambun Dindang, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal), Jabatan Meteorologi Malaysia dan Puan Safiah binti Abd Hamid, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan, NADMA.
 
Pegawai turut menyertai 3rd Disaster Management & Civil Protection Expo (ADEXCO) bagi perkongsian pengalaman mengenai usaha-usaha untuk menangani bencana tsunami di samping memberi pandangan dalam pembentukan rangka kerja daya tahan yang mampan di rantau Asean.
Previous Next

JOINT COMBINED EXERCISE THAILAND – MALAYSIA SIRI KE – 4 TAHUN 2024 (JCEX THAMAL 4/2024) | 12 hingga 20 September 2024 | Bangkok, Thailand
 
Seramai 2 pegawai NADMA serta 16 pegawai dan anggota SMART yang diketuai oleh YDH DCP Dato Mazli bin Mazlan, Pengarah Pelaksanaan Operasi terlibat dalam latihan ini.
 
Latihan ini dibahagikan kepada 2 bahagian di mana Staff Exercise (STAFFEX) dilaksanakan di Hotel Kantary 304, Prachinburi Province melibatkan 2 pegawai NADMA. Manakala Field Training Exercise (FTX) melibatkan Pegawai dan anggota dari pasukan SMART dilaksanakan di The Disaster Relief Training Center (DRTC), Chachoengsao Province.
 
Latihan ini juga melibatkan seramai 99 orang pegawai dan anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seorang pegawai dari Kastam Diraja Malaysia. Latihan adalah bertemakan Humanitarian Assisstance Disaster Relief (HADR). Upacara pembukaan telah dirasmikan di DRTC pada 13 September 2024 secara bersama oleh Chief Of Joint Force, Thailand dan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Malaysia.
Previous Next

Mesyuarat Disaster Management Working Group (DMWG) Thai-Mal Kali Ke-30 | 10 hingga 12 September 2024 | Hotel Lee Garden Plaza, Hatyai
 
Mesyuarat ke-30 DMWG dipengerusikan bersama oleh Pengerusi DMWG Malaysia (MJC), En. Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA dan Ms. Wilairat Kahasathien, Pegawai Kanan Pejabat Disaster Prevention and Mitigation Regional Centre 12, Songkhla selaku Pengerusi DMWG Thailand (TJC).
 
Mesyuarat bilateral ini turut dihadiri oleh delegasi Malaysia daripada PDRM, ATM, JPBM, APM, KKM, Jbt. Kastam, Jbt.Imigresen, JKM, dan PBSM dan beserta 20 orang wakil pelbagai agensi Thailand. Mesyuarat ini diurus setiakan oleh Thailand- Malaysia Border Coordination Office (TMBCO) dan penyelarasan di pihak Malaysia dilaksanakan oleh Malaysia-Thailand Border Coordination Office (MTBCO).
 
Selain melapor dan mengemaskini aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan di bawah Kumpulan Kerja bagi tahun 2024, Pengerusi DMWG Malaysia menyampaikan salam takziah atas musibah bencana yang berlaku di beberapa provinsi di Thailand seperti di Chiang Rai susulan impak Siklon Tropika Yagi.
Previous Next

MENTORS ASSESSMENT INSARAG EXTERNAL RECLASSIFICATION (IER) FAR-EASTERN SEARCH AND RESCUE TEAM OF EMERCOM OF RUSSIA (RUS-03) [Field Exercise According to the INSARAG Guidelines] | 1 hingga 7 SEPTEMBER 2024 | KHABAROVSK, RUSSIA
 
DSP Safrizan Suhaini, Pegawai Pasukan SMART dan En. Rosli Bin Shaari, Pegawai NADMA telah dipilih oleh INSARAG Secretariat, United Nation Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (UNOCHA) sebagai Mentor dan Co-Mentor bagi persiapan IER Far Eastern SAR EMERCOM (RUS - 03) MEDIUM USAR PADA 2026.
 
Sepanjang program berlangsung, pasukan RUS-03 telah mengadakan sesi penerangan dari segi dokumentasi; logistik; familiarisasi tapak latihan; penerangan keupayaan pasukan; dan latihan simulasi 36 jam kepada Mentor.
Previous Next

MESYUARAT PRA-PERSEDIAAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA PUSAT (JPBP) BILANGAN 2 TAHUN 2024 | 12 September 2024 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah NADMA, Pengarah Seksyen NADMA dan pegawai kanan dari pelbagai Kementerian dan Agensi secara fizikal dan dalam talian.
 
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan kertas pertimbangan yang melibatkan perkara-perkara yang memerlukan keputusan dasar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan menjurus kepada persediaan menghadapi MTL 2024/2025, untuk dipertimbangkan sebagai salah satu agenda di dalam Mesyuarat JPBP Bilangan 2 Tahun 2024 kelak.
 
Antara wakil Kementerian dan Agensi yang hadir semasa mesyuarat ini ialah wakil Kementerian Komunikasi, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geologi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search