OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

10 Oktober 2024 - Telah berlangsung sesi taklimat berkenaan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bersama warga NADMA dan Pasukan SMART yang bertempat di Dewan Wawasan, Markas SMART.
 
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mohamed Azriza Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan NADMA. Terima kasih kepada semua warga NADMA dan Pasukan SMART atas kehadiran bagi menjayakan sesi taklimat ini.
Previous Next

JEMPUTAN PEMBENTANGAN SEMPENA PENGANJURAN 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE OF REAL ESTATE AND EXHIBITION (ICREX2024) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SHAH ALAM | 9 Oktober 2024
 
YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA telah memenuhi jemputan untuk menyampaikan pembentangan yang bertajuk "Malaysia Disaster Management Strategy" semasa Persidangan ICREX 2024 berlangsung. Beliau juga telah menyampaikan pembentangan yang merangkumi dasar dan mekanisme pengurusan bencana, peranan NADMA sebagai agensi peneraju utama pengurusan bencana negara, pengurangan risiko bencana serta isu dan cabaran yang dihadapi dalam menguruskan bencana di Malaysia.
 
Persidangan anjuran Pusat Pengajian Hartanah dan Ukur Bangunan, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam ini melibatkan penyertaan daripada ahli akademik, aktivitis komuniti, golongan profesional dalam dan luar negara dan pelajar universiti. Diharapkan pembentangan ini dapat memberi kesedaran akan peri pentingnya penerapan elemen pengurangan risiko bencana terutama dalam pembangunan hartanah yang mampan dalam mendepani cabaran perubahan iklim masa kini.
Previous Next

9 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program The ASEAN Protection, Resilience, and Inclusion for Multi-Hazard Emergencies (ASEAN-PRIME) bagi menyokong ASEAN dalam mengintegrasikan Perlindungan, Jantina, dan Kemasukan (PGI), Adaptasi Perubahan Iklim (CCA), dan mempertimbangkan Kelestarian Alam Sekitar (ES), menyediakan piawaian dan menetapkan mekanisme pengurusan bencana serantau.
 
Program ini telah dihadiri oleh dua (2) orang wakil dari NADMA iaitu Encik Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (wakil WGPRR) dan En. Readwan Jalil bin Salim, Penolong Pengarah Seksyen Mitigasi (wakil WGP&M).
Previous Next

KURSUS PENGENALAN AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2024 | 24 hingga 26 SEPTEMBER 2024 | HOTEL CRYSTAL CROWN, KUALA LUMPUR
 
Kursus ini telah dirasmikan oleh En. Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan (Pasca Bencana). Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada pegawai Baharu berkaitan fungsi Agensi/Bahagian/Seksyen, dan tanggungjawab. Kursus ini telah disertai oleh 53 orang pegawai baharu masuk dan pegawai baru lantik Contract of Service daripada pelbagai bahagian, 3 orang urusetia dan 11 orang penceramah daripada setiap seksyen dijemput bagi memberi perkongsian berkenaan pengenalan dan fungsi seksyen masing-masing.
 
Selain itu, semua peserta diberi peluang untuk mengadakan lawatan ke Depot Simpanan Pertahanan Kementerian Pertahanan Malaysia di Sungai Buloh. Sesi lawatan tersebut diketuai oleh Puan Fathiyah Binti Talib @ Mohd Talib selaku Ketua Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara, Depot Simpanan Pertahanan. Puan Fathiyah memberi taklimat ringkas kepada peserta berkenaan Sistem Penyimpanan Aset dan Stok yang dilaksanakan di depot. Peserta juga telah mengadakan lawatan ke Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Bilik Operasi Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Peserta diberikan penerangan mengenai fungsi sistem kawalan operasi yang dijalankan di bilik operasi.
Previous Next

SESI LAWATAN DAN TAKLIMAT KEPADA PELAJAR DAN PENSYARAH DARIPADA UNIVERSITY OF WOLLONGONG (UOW) KE PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC) | 24 SEPTEMBER 2024
 
Sesi lawatan ini telah disertai oleh 2 orang pensyarah dan 13 orang pelajar daripada UOW yang diketuai oleh Puan Shazana Filzah binti Isahak. Sesi lawatan ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan pemahaman tentang fungsi NDCC dan NADMA secara lebih mendalam lagi.
 
Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di peringkat universiti agar lebih efektif dan efisien. Taklimat berkenaan pengoperasian NDCC dan sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) dalam pengurusan bencana telah disampaikan oleh En. Mohd Firdaus bin Jahaya, Penolong Pengarah Kanan NDCC.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search