Penyertaan ke Mesyuarat Ke-8 Asean Committee on Disaster Management Plus China (ACDM Plus China), Mesyuarat Ke-8 Asean Committee on Disaster Management Plus Japan (ACDM Plus Japan) dan Mesyuarat Ke-7 Asean Committee on Disaster Management Plus Republic of
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PENYERTAAN KE MESYUARAT KE-8 ASEAN COMMITTEE ON DISASTER MANAGEMENT PLUS CHINA (ACDM PLUS CHINA), MESYUARAT KE-8 ASEAN COMMITTEE ON DISASTER MANAGEMENT PLUS JAPAN (ACDM PLUS JAPAN) DAN MESYUARAT KE-7 ASEAN COMMITTEE ON DISASTER MANAGEMENT PLUS REPUBLIC OF KOREA (ACDM PLUS ROK) | 23 OKTOBER 2024 | BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM
Mesyuarat ini merangkumi pelbagai kerjasama dan aktiviti yang melibatkan tiga (3) rakan ASEAN iaitu China, Jepun dan Republik Korea. Penyertaan aktif daripada Malaysia diteruskan dengan pembentangan oleh En. Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan berkenaan Projek DELSA Fasa ke-4 di bawah agenda ASEAN-Japan Work Plan on Disaster Management. Malaysia merupakan Pengerusi Bersama Project Steering Committee DELSA Phase IV di bawah Working Group on Preparedness, Response and Recovery.
Penglibatan Pegawai Nadma dan Smart Dalam International Fire Conference & Exhibition Malaysia (IFCEM), MIREC & IFCAA Joint Drill 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PENGLIBATAN PEGAWAI NADMA DAN SMART DALAM INTERNATIONAL FIRE CONFERENCE & EXHIBITION MALAYSIA (IFCEM), MIREC & IFCAA JOINT DRILL 2024 | 21 hingga 24 OKTOBER 2024 | Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Program anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malysia iaitu IFCEM, MIREC & IFCAA Joint Drill 2024 telah melibatkan seramai 3 orang pegawai dari NADMA dan SMART yang ditugaskan untuk turut sama bagi menjayakan program tersebut. Program ini disertai oleh peserta tempatan dan beberapa negara lain selaku pembentang, peserta pertandingan dan peserta persidangan. Program ini antara lainnya memberi manfaat kepada 1800 peserta persidangan dan peluang kerjasama antara peserta bagi peningkatan daya tahan bangunan, keselamatan kebakaran dan risiko bencana.
Sesi Perbincangan dan Lawatan Kerja Plus Malaysia Berhad (PLUS) ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
SESI PERBINCANGAN DAN LAWATAN KERJA PLUS MALAYSIA BERHAD (PLUS) KE PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC) | 23 OKTOBER 2024
Telah berlangsung sesi perbincangan dan lawatan kerja yang disertai oleh 11 orang pegawai dari PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang diketuai oleh En. Mohd Yusuf Abdul Aziz, Pengurus Besar Kanan Operasi / Ketua Operasi PLUS. PLUS merupakan pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia dalam menguruskan dan menyelenggara rangkaian lebuh raya sepanjang lebih daripada 1100 kilometer.
Pihak NDCC dan PLUS telah membincangkan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan bersama bagi memperkukuhkan sistem pengurusan bencana sedia ada, serta memastikan koordinasi yang lebih mantap semasa menghadapi situasi bencana. Sehubungan dengan itu, pihak PLUS mengharapkan sesi perbincangan dan lawatan ini dapat meningkatkan keupayaan PLUS dalam pengurusan kecemasan dan bencana.
Penyertaan ke Mesyuarat Ke-45 Asean Committee on Disaster Management (ACDM)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PENYERTAAN KE MESYUARAT KE-45 ASEAN COMMITTEE ON DISASTER MANAGEMENT (ACDM), MESYUARAT KE-21 GOVERNING BOARD OF AHA CENTRE, MESYUARAT KE-6 ASEAN DISASTER RESILIENCE PLATFORM (ADRP) DAN PERJUMPAAN DUA HALA BERSAMA KETUA DELEGASI JEPUN DAN KETUA DELEGASI REPUBLIK KOREA | 21 & 22 OKTOBER 2024 | BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Agensi Pengurusan Bencana di negara anggota ASEAN selaku ahli ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM). Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan diiringi oleh En. Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan serta En. Aiman Na’im Bin Muhammad Razif, Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan.
Malaysia memainkan peranan yang aktif melalui perjanjian ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) dan antara pendokong setiap aktiviti di bawah naungan Program Kerja AADMER selaku pengerusi bersama bagi ACDM Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG on PRR).
YBhg. Datuk Ketua Pengarah NADMA juga telah mengadakan pertemuan bilateral dengan wakil daripada Kerajaan Jepun dan Korea Selatan mengenai peluang kerjasama yang lebih rapi dengan negara-negara berkenaan di dalam pengurusan bencana.
INTERNATIONAL RESCUE CHALLENGE (IRC) 2024 | PAKISTAN
Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah mewakili Malaysia dalam International Rescue Challenge (IRC) sempena Asia Pacific Earthquake Exercise 2024 bagi menguji kebolehan dan kepakaran pasukan-pasukan penyelamat di Asia.
Pasukan SMART telah mewakilkan seramai 8 orang peserta yang diketuai oleh Inspektor Muhamad Zul Khairi sebagai ketua pasukan. Pasukan SMART telah berjaya merangkul tempat kedua dalam acara Height Rope Rescue serta kedudukan keseluruhan juga di tempat kedua daripada 9 negara yang bertanding. Syabas dan tahniah buat Pasukan SMART!