OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

10,000 terjejas, 16 jalan tenggelam

10,000 terjejas, 16 jalan tenggelam

Kira-kira 10,000 penduduk di Pitas di utara Sabah terjejas akibat banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan di daerah itu dengan seramai 213 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9 malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas, Asdi@Mohd Faizal Hussin berkata, anggaran setakat itu membabitkan kampung terkurung, terjejas dan jalan raya tidak dapat dilalui.

Katanya, ia membabitkan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pitas dan Dun Bengkoka dengan empat pusat penempatan sementara (PPS) sudah dibuka sehingga kini.

Empat PPS terbabit katanya ialah Dewan Kusilad, Dewan Sekolah Kebangsaan

(SK) Pekan II, SK Salimpodon Darat dan Balai Raya Kampung Lugu.

“Setakat ini, seramai 38 keluarga dengan 106 mangsa membabitkan 15 lelaki, 36 wanita, 30 kanak-kanak lelaki, 21 kanak kanak perempuan, tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan ditempatkan di PPS SK Pekan II.

“Selain itu, 21 keluarga dengan 47 mangsa membabitkan 10 lelaki dewasa, 24 wanita, lima kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dipindahkan di PPS SK Salimpodon Darat.

“Setakat jam 9 malam tadi juga, seramai 21 keluarga

membabitkan 66 mangsa dipindahkan di Balai Raya Kampung Lugu, masing-masing 29 lelaki, 25 wanita, masing-masing lima

kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dua bayi perempuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, katanya banjir di daerah itu menyebabkan 16 jalan tenggelam dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan iaitu Jalan Kampung Manduring Laut,

Jalan Salungkapit, Jalan Dandun Seberang, Jalan Bilangau Besar, Jalan Dandun Pusat dan Jalan Dandun Laut.

Selebihnya ialah Jalan Dandun Darat, Jalan Kampung Masin, Jalan Layung, Jalan Rukom, Jalan Sulakalung, Jalan Sinukab, Jalan Pangkalan Kanibongan, Jalan Pandai Mandamai, Jalan Kampung Kusilad dan Jalan Kampung Layang.

Asdi berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pitas turut mengesahkan dua sekolah terkesan iaitu SK Nibang dan SK Pandai Mandamai.

Katanya, sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang terdiri pelbagai agensi serta jabatan dan sudah diaktifkan 24 jam, atau menerusi talian 088-615655.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search