OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa banjir di empat negeri meningkat

Mangsa banjir di empat negeri meningkat

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri meningkat kepada lebih 1,800 orang setakat 5.30 petang semalam.

Menurut laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat, di Sabah, sebanyak lapan PPS dibuka di tiga daerah terbabit dengan 1,695 dari 441 keluarga.

Jumlah itu meningkat berbanding 862 mangsa pagi semalam yang terjejas di Pitas, Paitan dan Kota Marudu.

Angkatan Pertahanan Awam

Malaysia mengatakan sebanyak 16 jalan terjejas dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan, manakala Pejabat Pendidikan Daerah Pitas mengesahkan dua sekolah yang terkesan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nibang dan SK Pandai Mandamai.

Di Terengganu ada 71 mangsa banjir dari 21 keluarga ditempatkan di dua PPS di Chukai dan Paka.

Sementara itu, di Pahang 32 mangsa banjir di Raub membabitkan 13 keluarga kekal ditempatkan di PPS SK Ulu Sungai pagi semalam.

Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan empat sungai melebihi tahap waspada iaitu Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong Rompin; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan

Setakat 6 petang semalam, 51 mangsa banjir dari 16 keluarga masih ditempatkan di satu PPS, manakala di Sarawak terdapat 37 mangsa banjir di satu PPS.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search