OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

LATIHAN TABLETOP EXERCISE (TTX) DAN FIELD TRAINING (FTX) BENCANA TANAH RUNTUH NEGERI SABAH TAHUN 2024 | 22 hingga 25 OKTOBER 2024 | HOTEL PERKASA KUNDASANG, SABAH
 
Majlis perasmian Latihan Tabletop Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Meor Ismail Bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi. Turut hadir sama, DCP Datuk Mazli Bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.
 
Latihan ini merupakan kolaborasi strategik antara Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah bersama-sama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Latihan ini melibatkan penyertaan seramai lebih 70 orang peserta daripada pelbagai agensi responden. Antara tujuan pelaksanaan latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi serta badan sukarela yang terlibat dalam pengurusan bencana selain dapat menambah baik Prosedur Tetap Operasi (PTO) yang sedia ada.
Previous Next

AUS-02 INSARAG External Reclassification (IER) 2024 | 13 - 19 Oktober 2024 | Emergency Services Academy (ESA) Sydney, New South Wales (NSW), Australia.
 
Pasukan Malaysia telah diketuai oleh YBrs. Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA dan PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang hadir selaku Observers dan Exercise Controller (EXCON) bagi menjayakan program tersebut.
 
Penglibatan ini merupakan latihan pertama mentor IER MAS-01 2026 bersama Pasukan SMART yang mana memberi peluang tim EXCON melaksanakan tugas yang diberi bagi menjayakan IER AUS-02 bermula proses semakan dokumen sehingga tamat simulasi 36 jam. Observers diberi peluang melihat simulasi 36 jam dan dalam masa yang sama diberi perkongsian tentang proses sebelum dan semasa IER dilaksanakan secara keseluruhan.
Previous Next

PENYERTAAN KE PERSIDANGAN PERINGKAT MENTERI ASIA-PASIFIK BAGI PENGURANGAN RISIKO BENCANA | 13 hingga 19 OKTOBER 2024 | MANILA, FILIPINA
 
YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Menteri Asia-Pasifik bagi Pengurangan Risiko Bencana (Asia-Pacific Ministerial Conference on Disaster Risk Reduction – APMCDRR) ke-10 di Manila, Filipina. Penyertaan ke persidangan ini turut melibatkan wakil daripada NADMA iaitu YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan Puan Siti Mariam binti Abu, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Mitigasi.
 
YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan Kenyataan Negara antara lain menerangkan inisiatif, pelaksanaan, pencapaian dan cabaran negara dalam melaksanakan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030. Beliau turut menyatakan kejayaan negara dalam menggubal Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 selain mengetengahkan peranan Malaysia dalam menentukan hala tuju dasar pengurangan risiko bencana di peringkat Asia-Pasifik. Malaysia juga telah terlibat dalam penganjuran Partner Event bersama Republik Rakyat China dan Republik Indonesia. Ketiga-tiga negara ini telah dipilih oleh United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR) selaku penganjur persidangan untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengendalian risiko bencana.
 
YBhg. Ketua Pengarah NADMA juga turut terlibat dengan sesi kunjungan hormat dan perbincangan ke atas TYT Ferdinand R. Marcos, Jr., Presiden Republik Filipina, PYT Sara Z. Duterte, Naib Presiden Republik Filipina, Setiausaha Alam Sekitar dan Sumber Asli ,TYT Gilberto Teodoro, Jr., Setiausaha Pertahanan Republik Filipina dimana secara langsung telah membincangkan berkenaan dengan peluang dan ruang untuk bekerjasama di dalam aspek meningkatkan keupayaan (capacity building) melibatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan aplikasi teknologi dalam pengurusan bencana dengan lebih menyeluruh.
 
YBhg. Ketua Pengarah NADMA juga mengadakan sesi perbincangan bersama Ministry of Interior Disaster and Emergency Management Presidency, Republic of Turkey, National Disaster Reduction Centre of China dan negara New Zealand bagi menerokai peluang kerjasama baru, dan unik ke arah pengukuhan sistem pengurusan bencana di Malaysia dan seterusnya memeterai Memorandum Persefahaman dalam pengurusan bencana pada masa hadapan.
Previous Next

14 Oktober 2024 – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk negeri-negeri yang sedang dilanda banjir bagi mendapatkan maklumbalas dan status terkini keadaan di negeri-negeri berkenaan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil daripada Malaysian Meteorological Department (MeTMalaysia), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS, Seksyen Pelaksanaan Operasi (SPO) NADMA, Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) NADMA, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). Selain itu, Tuan Pengerusi juga memohon agar setiap agensi dan negeri untuk membuat penyelarasan serta sentiasa bersiap sedia dalam memastikan keselamatan nyawa terpelihara dalam situasi banjir ini.

Previous Next

KUNJUNG HORMAT NADMA KE KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT | 11 OKTOBER 2024 | KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT, KUALA LUMPUR
 
Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA ke Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara NADMA dan Amerika Syarikat dalam bidang pengurusan bencana.
 
Sesi ini telah dihadiri bersama oleh dua (2) orang pegawai dari NADMA, iaitu Pn. Munirah binti Zulkaple, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Dasar dan Perancangan dan En. Shanmugam A/L Gopalan, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Penyelarasan Operasi. Selain itu, Ketua Pengarah NADMA juga turut menyatakan hasrat agar kerjasama erat yang berterusan antara NADMA dan agensi Amerika Syarikat dalam pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana dapat diteruskan.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search