OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

YAB PERDANA MENTERI MELAWAT MANGSA BANJIR DI PUSAT PERMINDAHAN SEMENTARA (PPS) NEGERI KEDAH | 21 September 2024
 
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah membuat lawatan ke Negeri Kedah untuk meninjau keadaan banjir dan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa PPS di negeri tersebut. YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA turut hadir bersama.
 
YAB Perdana Menteri diberi taklimat berkenaan situasi terkini banjir dan membuat tinjauan di 3 PPS iaitu Stadium Sultan Abdul Halim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.
 
Kejadian banjir di Kedah kali ini melibatkan 6 buah daerah iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Kuala Muda dan Bandar Baharu.
Previous Next

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sistem Pengangkutan Pintar (JPITS) di Malaysia bil. 2/2024 | 20 September 2024 | Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. NADMA selaku peneraju Technical Working Group 6 (TWG6) yang membangunkan inisiatif Pengurusan Bencana dalam Sistem Pengangkutan Pintar telah berbesar hati menjemput semua ahli mesyuarat untuk melawat NDCC sebagai kesinambungan kepada pembentangan laporan akhir inisiatif ini selain berkongsi berkenaan prosedur pengurusan bencana sediada.
Previous Next

JOINT COMBINED EXERCISE THAILAND – MALAYSIA SIRI KE – 4 TAHUN 2024 (JCEX THAMAL 4/2024) | 15 hingga 17 September 2024 | Hotel Kantary 304, Prachinburi Province
 
Latihan Staff Exercise (STAFFEX) JCEX THAMAL SIRI 4/2024 telah melibatkan 43 peserta daripada Angakatan Tentera Malaysia (ATM), seorang pegawai Kastam dan turut disertai oleh 2 pegawai NADMA iaitu YDH DCP Dato Mazli bin Mazlan, Pengarah Pelaksanaan Operasi dan Mej Wazirudin bin Mahfot @ Mahbott, Ketua Penolong Pengarah Penyelarasan Operasi. Latihan ini berkisarkan bagaimana pihak Malaysia merancang dalam mengaturgerakkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan ATM dalam misi bantuan kemanusiaan bagi membantu pihak Thailand di kawasan yang terlibat bencana.
 
Latihan Field Training Exercise (FTX) pula dilaksanakan di The Disaster Relief Training Center (DRTC), Chachoengsao Province melibatkan 57 peserta daripada ATM serta 16 orang pegawai dan anggota dari pasukan SMART. Pasukan SMART bersama anggota ATM serta pasukan penyelamat Thailand berkolaborasi dalam latihan menyelamat mangsa yang terlibat dalam kejadian kawasan tanah runtuh, bencana di air, fire drill, CBRNE dan runtuhan bangunan.
 
Acara penutup telah diadakan pada 19 September 2024 di DRTC yang disempurnakan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat mewakili Malaysia dan Deputy Chief of Joint Staff The Royal Thai Armed Forces mewakili Thailand. Turut hadir adalah wakil pemerhati dari Negara ASEAN serta Amerika Syarikat, Australia, China, Japan, India, Korea Selatan, New Zealand dan Rusia.
Previous Next

The First Exercise Planning Team (1st EPT) Meeting, ASEAN Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise (ARDEX) 25 | 17 hingga 19 September 2024 | Phnom Penh, Cambodia
 
Mesyuarat ini disertai oleh Supt. Al-Amin Mukammal bin Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA dan PPgB Muhamad Luqman bin Hashim, Penyelia Unit IER SMART. Mesyuarat ini membincangkan dan meneliti perancangan ARDEX-25 termasuk senario latih amal, garisan masa, aturan logistik dan elemen yang ingin diuji termasuk pematuhan mekanisme Standard Operating Procedures (SOPs) for Coordination of Emergency Medical Teams (EMTs) dan Multinational Coordination Centre (MNCC) di ASEAN. Latihan simulasi yang dibincangkan akan melibatkan 3 aspek simulasi iaitu Table Talk Exercise (TTX), Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX).
Previous Next

TINJAUAN SISTEM AMARAN AWAL DAN EMPANGAN SABO DI TITI HAYUN | 18 September 2024 | YAN, KEDAH
 
YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA telah mengadakan tinjauan bagi melihat kesiapsiagaan Sistem Amaran Awal (EWS) di sekitar Titi Hayun, Yan, Kedah. Tinjauan ini diadakan sebagai salah satu persiapan menghadapi Monsun Timur Laut 2024/2025 yang lazimnya bermula pada bulan November setiap tahun.
 
Lawatan dan tinjauan EWS ini merangkumi sesi taklimat dan lawatan ke lokasi pemasangan EWS bagi melihat fungsi EWS di bawah seliaan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Empangan Sabo di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Secara lazimnya, Titi Hayun merupakan kawasan peranginan desa yang terdedah dengan bencana banjir puing akibat fenomena kepala air di kaki Gunung Jerai.
 
Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr, Nadzman bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah; Puan Maznim binti Ismail, Pegawai Daerah Yan; wakil JMG Negeri Kedah, wakil JPS Negeri Kedah, Pengarah APM Kedah serta pegawai-pegawai agensi berkaitan peringkat Negeri Kedah.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search