OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

LAWATAN TAPAK PUSAT PEMINDAHAN KEKAL BENCANA (PPKB) DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MEDAN, BATU PAHAT, JOHOR | 1 OKTOBER 2024
 
Satu sesi lawatan tapak pemantauan projek pembinaan PPKB SK. Seri Medan, Batu Pahat, Johor telah diadakan pada hari ini yang diketuai oleh YBrs. Ir. Haji Malek Bin Hisham, Pengarah Seksyen Teknikal & Infrastruktur (STI) bersama pegawai-pegawai STI dan wakil JKR Batu Pahat.
 
PPKB adalah salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk kemudahan dan keselesaan kepada mangsa yang ditimpa bencana. PPKB didalam kawasan sekolah atau lokasi strategik adalah bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan PPKB sebagai serampang dua mata iaitu sebagai pusat pemindahan mangsa bencana dan juga sebagai tempat untuk aktiviti pelajar atau komuniti setempat semasa tidak berlaku bencana.
Previous Next

BENGKEL NATIONAL ANTICIPATORY ACTION & SIMPLIFIED EARLY ACTION PROTOCOL WRITE-SHOP | 30 SEPTEMBER & 1 OKTOBER 2024 | HOTEL MAYA, KUALA LUMPUR
 
Telah berlangsung Bengkel National Anticipatory Action & Simplified Early Action Protocol Write-Shop yang di anjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Bengkel Anticipatory Action melibatkan agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan yang berkepentingan dan BSMM negeri-negeri bagi meningkatkan kerjasama dan penyelarasan dalam pelan Anticipatory Action Nasional.
 
Pihak penganjur telah menjemput wakil NADMA iaitu Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Overview of Anticipatory Action in Malaysia & inter-agency collaboration and the role of Simplified Early Action Protocols (sEAP).
Previous Next

27 September 2024 - Telah berlangsung majlis penutupan INSARAG Re-Classification HUNOR-01 yang diadakan di Budapest dan juga Home Base HUNOR-01 bertempat di Hajduszoboszlo, Hungary. Hungarian HUNOR-01 Search and Rescue Team telah lulus dengan cemerlang didalam IER. 10 negara telah menghantar wakil Classifier masing-masing dan Malaysia diwakili oleh En Rosli bin Shaari, Pegawai Penempatan Khas, Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA .

Previous Next

27 September 2024 - Telah berlangsungnya sesi temubual eksklusif bersama YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA di konti radio Nasional FM bersama DJ Lynn Zainol. Sesi temubual eksklusif ini membincangkan mengenai topik Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut. Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA dan Puan Nor Faeza binti Sabari, Ketua Unit Komunikasi Korporat NADMA.

Previous Next

PROGRAM KESIAPSIAGAAN DAN LATIHAN TABLETOP KECEMASAN RADIOLOGIKAL PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2024 | 24 SEPTEMBER 2024 | MENARA PKNS, PETALING JAYA, SELANGOR
 
Kursus ini anjuran Unit Kawalsedia Radiasi Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan berkenaan peranan, tanggungjawab dan respon anggota perubatan yang terlibat dalam menangani kejadian kecemasan radiologikal di peringkat hospital dan daerah negeri Selangor. Pihak penganjur telah menjemput wakil NADMA iaitu Dr Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Pengenalan kepada Arahan Majlis Keselamatan No. 20 (MKN 20)".
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search