OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa bah berkurang, tinggal 12 PPS beroperasi

Mangsa bah berkurang, tinggal 12 PPS beroperasi

Johor Bahru: Mangsa banjir di Johor terus berkurang kepada 1.097 orang pagi semalam berbanding 1,860 orang mangsa dicatatkan jam 4 petang kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi juga berkurang kepada 12 PPS sahaja.

“Setakat pagi ini (semalam), daerah Kluang mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir paling tinggi membabitkan 415 mangsa daripada 128 keluarga yang berlindung di PPS.

“Daerah Pontian juga masih mencatat jumlah mangsa banjir kedua tertinggi membabitkan seramai 354 mangsa (97 keluarga) di lima PPS yang masih beroperasi,” katanya semalam.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, Kota Tinggi yang sebelum ini paling terjejas, semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 275 orang (88 keluarga) pada jam 8 pagi semalam, berbanding 1,016 orang (289 keluarga) petang kelmarin.

Katanya, hanya tinggal tiga PPS masih dibuka di Kota Tinggi.

Menurut beliau, di Johor Bahru pula, kekal seramai 53 mangsa daripada 16 keluarga yang berada di sebuah PPS.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir di mana-mana daerah di negeri ini, namun terdapat amaran hujan berterusan tahap waspada di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang dijangka berlaku pada Jumaat hingga Ahad ini.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search