OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa banjir di Sabah meningkat

Mangsa banjir di Sabah meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat, sementara situasi di Pahang kekal setakat awal pagi tadi.

Situasi terkini di Sabah menunjukkan dua daerah baharu terjejas banjir iaitu Pitas dan Paitan, yang mencatatkan lonjakan mendadak kepada 862 mangsa daripada 282 keluarga.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pitas mencatatkan bilangan mangsa tertinggi, dengan 784 mangsa daripada 259 keluarga ditempatkan di tujuh PPS, manakala Paitan melibatkan 61 mangsa dari 17 keluarga di tiga PPS.

Banjir turut melibatkan 19 kawasan di Pitas, tiga kampung di Paitan, dan dua kampung di Kota Marudu.
Pengerusi JPBD Pitas, Asdi@Mohd Faizal Husin, berkata operasi menyelamat tertangguh akibat jalan yang tidak boleh dilalui.

Sekolah yang terjejas di Pitas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Nibang dan SK Pandai Mandamai.

Sementara di Pahang, seramai 32 mangsa banjir dari 13 keluarga di Raub masih berlindung di PPS SK Ulu Sungai.

Pada masa sama, empat sungai di negeri itu turut mencatatkan paras melebihi tahap waspada, iaitu Sungai Dong, Sungai Keratong, Sungai Pahang, dan Sungai Belat.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search