Bilik khas untuk calon SPM
- Admin UKK
- Berita
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan bilik khas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) khusus bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghadapi peperiksaan itu.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, calon SPM juga diberikan ruang istirehat dan tidur berasingan daripada mangsa banjir di PPS menempatkan mangsa banjir.
Katanya, kemudahan itu diberikan bagi memastikan calon SPM dapat mengulang kaji pelajaran dalam keadaan lebih selesa selain fokus menghadapi peperiksaan.
“Pihak sekolah menyediakan bilik khas untuk pelajar calon SPM menjalani ulang kaji dan tidur. “Calon ini tidak ditempatkan mangsa banjir lain. Jadi keselesaan mereka diberikan keutamaan.
“Seluruh Johor juga gunakan pendekatan sama, kita pastikan pelajar calon SPM dapat akses untuk menduduki peperiksaan.
“Kita beri pilihan untuk tinggal di asrama sekolah sedia ada, kalau tidak sesuai kita sediakan bilik khas untuk kemudahan calon SPM. Keseluruhan berjalan lancar tiada calon SPM (terkesan banjir) yang tidak pergi peperiksaan,”
katanya selepas melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota di sini, semalam.
Azman berkata, secara keseluruhannya pengendalian mangsa banjir di PPS sekolah berjalan dengan lancar.
Lawatannya ke tiga PPS termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana dan SK Dato Usman Awang di sini, memberi fokus kepada kemudahan disediakan pihak sekolah untuk anak mangsa banjir.
“Anak mangsa banjir sama ada sekolah rendah dan menengah terbabit kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP),” katanya.