OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

106 mangsa banjir huni dua PPS

106 mangsa banjir huni dua PPS

Kuala Terengganu: Seramai 106 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari semalam susulan akibat ombak besar dan air pasang yang melanda dua daerah di negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) menerusi kenyataannya memaklumkan dua daerah terbabit bencana alam itu adalah Kemaman dan Dungun.

Di Kemaman, seramai 92 mangsa daripada 24 keluarga dari Kampung Geliga Baru ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Geliga Pantai yang dibuka Jumaat lalu.

Manakala di Dungun, seramai 14 mangsa daripada lima keluarga berteduh di Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka Ahad lalu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan terkini, memaklumkan amaran angin kencang dan laut bergelora dengan angin Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) di kawasan

perairan Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor berlaku hingga 18 Januari. MetMalaysia turut meramalkan ketinggian ombak boleh mencecah hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil serta aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. Sehubungan itu, penduduk di kawasan pantai diminta lebih berwaspada dan tidak menghampiri pantai.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search