Program Kolaborasi NADMA Malaysia dan AHA Centre : 4th AHA Centre Information Network (AIM-Net) Workshop and Meeting
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
18 Mac 2023 - YBhg. Tuan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA Malaysia, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, diiringi oleh Dr. Sithu Pe Thein - Director of Operations of the AHA Centre, telah merasmikan Program Kolaborasi NADMA Malaysia dan AHA Centre : 4th AHA Centre Information Network (AIM-Net) Workshop and Meeting yang akan berlangsung mulai 18 hingga 22 Mac 2024 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Program ini bertujuan untuk bertindak sebagai platform solidariti ASEAN dalam memperkukuhkan sistem dan pengurusan maklumat bencana di rantau ini, terutamanya dalam kalangan EOCs (Emergency Operations Centre) seliaan NDMO ASEAN.
Program ini juga buat pertama kalinya melibatkan pelaksanaan sesi ASEAN EOC Exercise secara langsung dari NDCC NADMA Malaysia, berbanding sebelum ini secara virtual dari EOC AHA Centre di Jakarta.
Expanding The Horizon: Disaster Management 101 For Occupational Health Practitioners
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
9 Mac 2024 - Sedang berlangsung seminar Expanding The Horizon: Disaster Management 101 For Occupational Health Practitioners. Seminar kali ini adalah tentang cara merancang, melaksana dan menilai pelan pengurusan bencana untuk organisasi, serta cara menangani kesan psikologi dan fizikal bencana ke atas pekerja.
Seminar ini telah dihadiri oleh wakil NADMA iaitu Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah, Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dengan ceramah berjudul Ground Zero & Beyond: Preparedness And Disaster Management In Malaysia.
Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Makhzan bin Mahyuddin
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
8 Mac 2024 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Makhzan bin Mahyuddin. Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama dan keperluan pengurusan bencana antara NADMA dan Kerajaan Negeri Sabah termasuk cadangan penambahbaikan pengurusan bencana yang boleh dilaksanakan. Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah turut berkesempatan menghadiri Sesi Perbincangan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas di Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah di Menara Kinabalu, yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur. Sesi perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan status terkini perkembangan pembinaan PPKB Daerah Pitas yang merupakan salah satu projek perintis PPKB.
5 Mac 2023 – Telah berlangsungnya Program Marhaban Ya Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan. Program tersebut diadakan bersempena menyambut Ramadhan yang bakal menjelma tak lema lagi. Program telah diisi dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syahmi Syazeril bin Azmi dari Pusat Tadabbur Centre Sdn.Bhd Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Antara pengisian yang disampaikan oleh penceramah adalah perkara utama yang perlu diingati oleh umat Islam apabila berbicara berkaitan Bulan Ramadhan adalah turunnya kitab suci Al-Quran. Selain itu, penceramah juga menegaskan bahawa amalan perbanyakkan berdoa adalah sangat digalakkan ketika Ramadhan. Hal ini kerana, amalan berdoa dan berpuasa adalah sinonim dan sering bersangkut paut satu sama lain. Di akhir sesi ceramah, penceramah turut menyeru agar kita semua sentiasa menyucikan hati dengan perbanyakkan amalan di bulan mulia dan menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya.
Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
4 Mac 2024 Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Zaidi bin Johari. Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama dan keperluan pengurusan bencana antara NADMA dan Kerajaan Negeri Melaka termasuk cadangan penambahbaikan pengurusan bencana yang boleh dilaksanakan . Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH DCP Dato' Zainol bin Hj. Samah, Ketua Polis Melaka bagi mendapatkan pandangan mengenai peruntukan yang telah disalurkan bagi menambahbaik PKTK dan beberapa cadangan penambahbaikan pengurusan bencana termasuk aspek SOP dan latih amal di Melaka dan seluruh negara secara amnya. Sesi kunjungan hormat berakhir jam 12.00 tengah hari.
