PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

๐”๐’๐€๐‘ ๐‰๐จ๐ข๐ง๐ญ ๐“๐ซ๐š๐ข๐ง๐ข๐ง๐  ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ๐ฆ๐ž ๐›๐ž๐ญ๐ฐ๐ž๐ž๐ง ๐Œ๐€๐’-๐ŸŽ๐Ÿ ๐š๐ง๐ ๐‘๐”๐’-๐ŸŽ๐Ÿ‘ | ๐Ÿ๐Ÿ“ - ๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ง๐ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
ย 
Joint Exercise USAR antara Pasukan MAS-01 dan Rusia RUS-03 diteruskan dengan sesi praktikal physical search, satu teknik penting bagi pengesanan mangsa di bawah runtuhan secara fizikal menggunakan komunikasi vokal dan pergerakan berpasukan. Latihan ini merupakan satu kemahiran asas namun kritikal dalam operasi mencari dan menyelamat.
ย 
Sesi diteruskan dengan kelas teori dan praktikal Latihan Shoring, yang memberi tumpuan kepada kaedah penstabilan struktur bangunan runtuh bagi memastikan keselamatan pasukan penyelamat sebelum memasuki kawasan berisiko.
ย 
Sepanjang latihan ini, kerjasama erat antara Malaysia dan Rusia terus diperkukuh, bukan sahaja dari aspek teknikal, tetapi juga dalam pertukaran pengetahuan, budaya kerja dan kesepaduan pasukan dalam menghadapi cabaran operasi sebenar.
ย 
Sesi latihan hari ini ditamatkan lebih awal bagi memberi ruang kepada peserta berehat dan membuat persiapan rapi menjelang acara simulasi penuh SIMEX yang akan dijalankan pada malam ini hingga esok.
Previous Next

Sesi Lawatan Delegasi Persekutuan Rusia ke Menara Kuala Lumpur | 18 Jun 2025
ย 
Sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi ke Malaysia, Delegasi Persekutuan Rusia telah dibawa melawat ke Menara Kuala Lumpur (KL Tower), salah satu mercu tanda ikonik negara. Lawatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada delegasi untuk menikmati keindahan panorama 360 darjah bandar raya Kuala Lumpur dari ketinggian lebih 300 meter, malah turut membuka ruang untuk perkongsian pandangan dan pengalaman berhubung pelan kontigensi dan mekanisme pengurusan bencana Malaysia melibatkan bangunan tinggi.
ย 
Delegasi juga berpeluang menyaksikan secara langsung kemajuan pesat pembangunan infrastruktur serta landskap ibu negara Malaysia, sekali gus memahami cabaran dan pendekatan Malaysia dalam aspek keselamatan dan kesiapsiagaan bencana di kawasan pesat membangun serta kependudukan tinggi.
ย 
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan dua hala melalui pertukaran pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan bencana, di samping memperkenalkan delegasi kepada salah satu destinasi pelancongan utama negara.
Previous Next

Sesi Lawatan Delegasi Persekutuan Rusia ke Pusat Kawalan SMART, Jabatan Pengairan dan Saliran | 18 Jun 2025
ย 
Telah berlangsung satu (1) sesi Lawatan Delegasi Persekutuan Rusia ke Pusat Kawalan SMART, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang diketuai oleh Mr. Roman Kurynin, Timbalan Menteri EMERCOM of Russia.
ย 
Wakil NADMA yang turut hadir adalah YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar; YBrs. Encik Mohd Khairi bin Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik; YBrs. Encik Ir. Hanizan bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi serta pegawai-pegawai NADMA yang lain.
ย 
Turut hadir bersama bagi sesi lawatan ini adalah pegawai-pegawai dari Pusat Kawalan SMART yang diketuai oleh Puan Kalsom binti Mean, Pengarah Operasi Pusat Kawalan SMART.
ย 
Lawatan ini merupakan platform perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan bencana, kejuruteraan terowong pelbagai fungsi serta sistem mitigasi banjir bandar yang diterajui Malaysia.
ย 
Delegasi ini telah diberi taklimat ringkas oleh Ir. Siti Azura binti Mat Daud mengenai operasi dan teknologi di sebalik sistem kawalan SMART serta keberkesanannya dalam menangani isu banjir kilat di ibu negara.
Previous Next

18 Jun 2025 - YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA dan barisan pengurusan tertinggi NADMA serta pegawai-pegawai dari Kedutaan Rusia bersama-sama menyambut ketibaan H.E Colonel General Alexander V. Kurenkov, Menteri EMERCOM of Russia yang akan mengadakan lawatan selama 2 hari di Malaysia dari 18 hingga 20 Jun 2025.
ย 
Lawatan ini bertujuan bagi melihat sendiri latihan bersama antara Pasukan SMART dengan Pasukan EMERCOM RUS-03 sebagai persediaan kedua-dua buah pasukan menjalani INSARAG External Reclassification (IER) pada tahun 2026. Beliau juga akan mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Previous Next

๐”๐’๐€๐‘ ๐‰๐จ๐ข๐ง๐ญ ๐“๐ซ๐š๐ข๐ง๐ข๐ง๐  ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ๐ฆ๐ž ๐›๐ž๐ญ๐ฐ๐ž๐ž๐ง ๐Œ๐€๐’-๐ŸŽ๐Ÿ ๐š๐ง๐ ๐‘๐”๐’-๐ŸŽ๐Ÿ‘ | ๐Ÿ๐Ÿ“ - ๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ง๐ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
ย 
Hari kedua latihan menyaksikan Pasukan SMART Malaysia (MAS-01) dan Rusia (RUS-03), memberi penekanan terhadap aspek taktikal dan operasi di lapangan.
ย 
Sesi pagi telah dimulakan dengan pembentangan berkaitan operasi unit K9 JBPM oleh TPgB II Pramnath A/L Hariskisna yang menerangkan tentang peranan anjing pengesan dalam misi mencari dan menyelamat bersama Pasukan MAS-01.
ย 
Sesi latihan diteruskan lagi dengan pelaksanaan Latihan Rope Rescue serta Cutting and Breaking di mana ia merupakan salah satu teknik kritikal dalam misi menyelamat mangsa di bawah runtuhan. Pasukan RUS-03 turut berkongsi demonstrasi peralatan khas yang digunakan dalam operasi mereka, membuka ruang kolaborasi teknikal dua hala yang lebih kukuh.
ย 
Kerjasama ini bukan sahaja meningkatkan kesediaan teknikal, malah memperkukuh kepercayaan dan kebolehlaksanaan operasi bersama antara MAS-01 dan RUS-03 ke arah kesiapsiagaan bencana berskala global.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search